Makan Tengah Hari di Restaurante Marrakesh Lisbon
11:15 PGBismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan panjang kami terhenti di hadapan sebuah restoran di Avenida Conde Valbom. Melihat di bahagian luar restoran dengan tanda 'halal' membuatkan kami mengucap syukur Alhamdulillah.
Sebelum masuk restoran, tinjau-tinjau dahulu makanan yang ada di sini. Ada couscous, tajine, bastia dan sebagainya.
Apabila memasuki ruang makan, terbau aroma lazat dari sajian para pelanggan yang ada di situ. Di sebelah kita, seorang orang putih lelaki sedang menikmati tajine. Aduhai... tiba-tiba teringat keenakan sajian tajine di Morocco!
Apakah hidangan yang disajikan untuk kami?
Mula-mula kami dihidangkan salad.
Melihat meja makan yang kemas dan lengkap dengan pelbagai aksesori, sudah tentu hidangannya pun kayangan juga... ahaks!
Setiap seorang diberikan sebotool air mineral 500 ml.
Ambil dahulu salad dari mangkuk besar. |
Tidak lama kemudian datang semangkuk seperti masakan kari ayam. Kami sabar menanti kedatangan lauk-pauk seterusnya. Datang pula nasi.
Agak lama juga menunggu, tiada apa-apa lagi yang dihidangkan. Kami pun mulalah makan nasi dengan salad dan kari ayam. Dan sampai ke akhir, itu sahajalah menu kami. Dalam hati berharap akan adalah pencuci mulut seperti dessert atau buah. Nampaknya setakat ini sahajalah hidangan yang disajikan. Wassalam!
Seperti biasa sebelum meninggalkan restoran kami akan qada' hajat dahulu. Cantiklah pula pintu tandasnya. Sementara menunggu giliran masuk ke tandas, ambil dahulu gambar hiasan dalaman Restaurante Marrakesh.
Walaupun membuka perniagaan di Portugal, namun identiti Morocco tetap dibawa bersama.
Ketika mengambil gambar ini hati masih teringat-ingat suasana di Marrakesh. |
Gambar atas dan bawah ini merupakan dessert Morocco.
Entah bila lagi akan dapat merasai keenakan tajine. |
Berasa agak lama menunggu giliran di pintu tandas, baiklah bergambar dahulu di depan pintunya yang cantik ini.
Dalam perjalanan menuju ke bas, terpandang pula ada restoran India di sini. Indian Dosa, biasanya dosa itu membawa maksud tosei!
Berjalan menuju ke bas biru.
Ini bas kuning, bukan bas biru kami yang berbelalai gergasi itu. |
Petang itu kami dijadualkan bergerak terus ke Sepanyol dengan jangkaan waktu antara empat hingga lima jam. Seperti yang dijanjikan oleh tour guide, sepanjang perjalanan dari Portugal ke Sepanyol kami sama-sama akan bertahlil di dalam bas dengan diketuai oleh beliau sendiri. Para peserta dialu-alukan menghantar mesej nama-nama keluarga yang telah pergi menghadap Ilahi.
Bas biru belalai gergasi dalam perjalanan melintasi jambatan gantung sejauh 2.3 kilometer, Ponte 25 de April
Sempat makan buah pear yang tersimpan dalam beg sandang. |
Menjeling ke smartwatch. Hari ini sahaja, dari Hotel Laitau kami sudah menapak sejauh 8806 langkah bersamaan 6.67 kilometer dan jumlah kalori yang terbakar sebanyak 313 kcl.
0 comments