Bermalam di Sercotel Toledo Renacimiento

7:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Suhu dingin serendah bacaan 9'C menyambut ketibaan kami di Sercotel Toledo Renacimiento  Sepanyol.



Tersedia minuman ringan yang menyegarkan di pintu masuk hotel. Sementara menanti giliran mendapat kunci bilik, bolehlah basahkan tekak dahulu.



Amie ambil sebiji epal hijau.


Setelah menerima kunci bilik, mengambil bungkusan makanan dan sebotol air mineral, kami menyeret beg dan menaiki lift untuk ke bilik masing-masing.




Inilah bilik kami.









Ketika berada di dalam bilik, tidak terasa kedinginan kerana pemanas udara @ heater sudah dipasang. Setelah melalui banyak pengalaman bermalam di bilik hotel yang memasang heater, tertanya-tanya juga kenapa heater diletakkan di bahagian bawah dan bukannya di bahagian atas seperti kedudukan pendingin hawa. Apabila tanya Pak Google, jawabnya : Udara panas naik ke atas. Udara yang dipanaskan menjadi lebih ringan, dan naik ke atas. Udara sejuk turun ke bawah. Udara sejuk lebih padat dan berat, dan turun ke bawah.

Maksudnya, kalau pemanas diletak di atas, udara panas akan kekal di siling, bukan di kawasan manusia berada (samada duduk atau berdiri). Jadi dengan meletakkan heater di bahagian bawah membolehkan udara panas naik perlahan-lahan dan memanaskan keseluruhan ruang bilik secara sekata.

Kalau pendingin hawa diletak di bawah, udara sejuk akan berkumpul di lantai dan tidak menyebar rata. Jadi, memasang aircond di atas membolehkan udara sejuk jatuh ke bawah dan menyejukkan ruang dengan cepat dan sekata.

Kedudukan heater di sebelah katil kami.

Heater




Jom masuk bilik air. Beginilah keadaannya, ada mangkuk tandas di sebelah kanan dan mangkuk pencuci di sebelah kiri seperti dalam gambar di bawah.





Dalam bilik air pun disediakan heater.



Antara kelengkapan yang disediakan di dalam bilik air termasuklah sabun pencuci tangan, sikat, set berus gigi dan juga penutup kepala.




Syampu dan gel mandian pula berbau harum. Rugi kalau tak mandi!


Selepas mandi dan solat jamak, barulah buka bungkusan makanan. Alhamdulillah, hotel ini sediakan pula pemanas air dan juga kopi serta teh. Tak sabar hendak didihkan air dan bancuh teh panas!



Ada gelas di dalam rak bawah kabinet.


Dalam mini peti sejuk ada beberapa botol minuman dan makanan ringan.



Jom bancuh air teh. Lepas itu kita buka bungkusan makan malam yang dibekalkan.


Ada sekeping roti bulat dan sebungkus nasi putih berserta lauk di atasnya.


Antara bahan yang terdapat di atas nasi putih termasuklah salad, hirisan daging dan lain-lain yang sudah dicampur dengan sos.


Amie ambil daging, salad dan sos dan masukkan ke dalam roti bulat yang memang sudah dibelah. Rasa janggal pula hendak makan nasi putih dengan campuran hirisan daging, salad dan sos. 

Hidangan makan malam kami di Toledo.

Bismillah.


Sedaplah pula rasanya. Habis sekeping roti bulat ini Amie makan.

Epal hijau ini bolehlah simpan, esok akan dimakan dalam bas.

Sebelum terlupa, makan juga yogurt yang diambil dari Hotel Laitau. Hahaaa... yogurt dari Portugal dibawa ke Sepanyol!

Selamat malam Toledo.
Sweet dreamzzzz!
Sebenarnya tak mimpi pun sebab terlalu letih dan tidur mati.

14 comments

  1. Siap ada epal sekali welcome drink. Kat Malaysia ni tak pernah jumpa hotel sediakan buah macam tu. Welcome drink tu jela biasanya.

    BalasPadam
  2. sy berkenan laa kak dgn warna langsir tu... sbb nampak lain drpd yg lain😀

    BalasPadam
  3. Siap bagi ayat tu nak bagitau tu sabun

    BalasPadam
  4. Oh ic ... Dpt ilmu baru saya. Ternyata udara panas naik ke atas, sementara udara dingin ke bawah yaaa. Makanya ac selalu di atas letaknya. Tapi saya pernah juga dapat hotel yg ac nya bisa diconvert jadi heater. Cuma lupa pula apa ruangan jadi lebih dingin atau tak, sebab heaternya dari AC yg diconvert.

    BalasPadam
  5. Cantik jubin bilik air tu, dari jauh nampak macam bata. Bilik pun kemas selesa ada segala keperluan. Tidur lenalah Kak Amie ye :)

    BalasPadam
  6. selesa beradu di scortel sampai lupa nk mimpi ya amie

    BalasPadam
  7. Sangat nyaman hotel ini..bersyukur kesempatan stay ..happy sekali,alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. Dioranga bagi buah apple hijau serta welcome drink ye kak...tgok hotelnya selesa tapi tandas xde bidet ye Kak Amie...ke ada....

    BalasPadam
  9. Cantik kemas selesa bilik hotelnya. Roti bulat tu sekali tengok macam dalgona candy.

    BalasPadam
  10. Kebeulan sambil membaca entry ini, kita sedang mengunyah epal hijau, tau, Kak Amie. Cantik langsir bilik hotel belang2, selalu jumpa plain.

    BalasPadam
  11. This is hand soap.... this is shampoo.
    Comel pula bila ada ayat penuh.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe