Singgah di Hard Rock Cafe Lisboa

11:16 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selama ini Amie tidak pernah ambil peduli apa itu Hard Rock walaupun selalu terpandang nama itu sewaktu balik Malaya. Pernah nampak Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.  Dan beberapa tahun yang lalu sewaktu di Jakarta, kawan-kawan sampai dua kali masuk ke Hard Rock Cafe di Pacific Place Mall. Amie duduk-duduk sahaja di situ sambil minum air mineral yang disediakan percuma dan tumpang bilik air. Entah apa yang menariknya di Hard Rock Cafe itu.

Di Lisbon, mahu tak mahu kena ikut rombongan masuk ke Hard Rock Cafe Lisboa yang terletak di Avenida da Liberdade 2, 1250-144 Lisboa, Portugal berhadapan dengan Praça dos Restauradores, di tengah bandar Lisbon. Bangunannya ialah bekas Cinema Condes, sebuah cinema lama yang telah diubahsuai untuk kegunaan Hard Rock Cafe dan dibuka pada 12 Jun 2003. 

Apabila merujuk Pak Google tentang Hard Rock, ia adalah jenama antarabangsa yang terkenal dengan:

  • Hard Rock Cafe : rangkaian restoran bertema muzik rock, mula diasaskan pada tahun 1971 di London. Ia dikenali dengan dekorasi bertemakan memorabilia artis rock & roll seperti gitar, baju pentas, poster, dan sebagainya.
  • Hard Rock Hotel & Casino : cabang perniagaan hospitaliti seperti hotel, resort serta kasino yang berkonsepkan hiburan dan gaya hidup.
  • Souvenir Hard Rock : terutamanya Hard Rock T-shirt dengan logo bandar misalnya Hard Rock Cafe Lisbon yang menjadi koleksi popular pelancong.
  • Muzik Hard Rock : selain jenama, istilah ini juga merujuk kepada genre muzik rock yang lebih keras, bertenaga, dengan gitar elektrik distorsi, vokal lantang, dan rentak kuat.


Apabila melihat kembali gambar bersama Kamsiah di pintu masuk Hard Rock Cafe Lisboa, barulah faham tombol pintu bentuk gitar yang kami pegang itu merupakan muzik Hard Rock, genre muzik rock yang lebih keras dan bertenaga!

Sebelum sampai ke Hard Rock Cafe Lisboa, Amie kongsikan beberapa keping gambar yang sempat Amie ambil dari dalam bas.










Kami berhenti di tengah bandar Lisbon dan perlu menyeberang jalan untuk sampai ke Hard Rock Cafe Lisboa.


Memang rasa selesa walaupun sudah tengah hari tetapi disebabkan suhu yang rendah, tidak rasa panas dan berpeluh. Ketika ini bacaan suhu menunjukkan angka 16'C.

Bangunannya ialah bekas Cinema Condes, sebuah cinema lama yang telah diubahsuai untuk kegunaan Hard Rock Cafe dan dibuka pada 12 Jun 2003. 

Sambil menyeberang jalan sempat ambil gambar pemandangan di kiri dan kanan.


Nampak beza sangat pemandangannya kerana di sebelah kanan penuh dengan bangunan dan di sebelah kiri hanya jalan raya dan pokok-pokok sahaja.



Kami mematuhi peraturan lalu lintas. Walaupun tidak ada sebarang kenderaan di atas jalan raya, mesti tunggu lampu isyarat bertukar warna hijau, barulah boleh melintas.

Hard Rock Cafe Lisboa



Hard Rock Cafe

Sama seperti di setiap cawangan, restoran dan bar dengan suasana bertema muzik rock. Dihiasi dengan memorabilia artis antarabangsa  serta tempatan, gitar, pakaian, pentas dan poster.



Di Hard Rock Cafe Lisbon, Rock Shopnya menawarkan pelbagai jenis souvenier rasmi yang sesuai untuk dibeli sebagai kenangan atau hadiah. Berikut senarai beberapa jenis contoh khusus dari Lisbon:

  • T-shirt dengan logo Hard Rock dan tulisan Lisbon @ Lisboa serta bercorak logo klasik rekaan khas bandar Lisbon.
  • Hoodies / Sweatshirt, untuk cuaca sejuk atau gaya santai, dengan logo Hard Rock Lisbon 
  • Cerek / Mug / Gelas Minum koleksi Hard Rock Lisbon
  • Pin Enamel (Collectible Pins) misalnya Pin bandar Lisbon, Tram Lisbon, gitar, corak khas Lisbon dan sebagainya.
  • Aksesori kecil seperti topi, keychain, beg tangan atau pouch yang ada logo Hard Rock Lisbon.


Rock Shopnya tidaklah semeriah kedai cendera kenangan yang lain, tetapi disebabkan jenama Hard Rock itulah maka ada peminatnya yang tersendiri. Apabila berjenama maka sudah tentulah EUROnya tahap kayangan pula... ahaks!








Beberapa orang rakan rombongan sempat membeli oleh-oleh dari sini.



Hard Rock nampak istimewa kerana ia menggabungkan muzik, makanan, fesyen dan hiburan dengan sentuhan global dan tempatan. Pebdek kata, Hard Rock bukan hanya jenama, tetapi juga satu ikon budaya pop dan pelancongan.


Memandangkan tidak ada yang hendak dibeli di Hard Rock Cafe Lisbon, Amie dan Kamsiah pun keluar dan melihat-lihat suasana di jalan raya yang lengang.

Sementara menunggu rakan-rakan rombongan keluar dari Hard Rock Cafe, terfikir pula bahawa minat muzik dan gaya hidup kita berbeza-beza. Dan jenama Hard Rock pula lebih kepada lifestyle dan koleksi pelancong sahaja.

Walaupun Amie tidak mesra dengan Hard Rock tapi Amie kawan baik dengan Tupperware... ahaks!



Ke mana pula selepas ini?

2 comments

  1. ishhh kalau tahu kak amie ke sini sy kirim belikan enamel pin HRC Lisbon!

    BalasPadam
  2. Saya pun tak tahu akan masuk sini sebab tak ada dalam itinerary. Mbak Watie yang bawa kami, atas permintaan peminat Hard Rock hihihiii.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe