Menginap Dua Malam di Mega Hotel Miri
2:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita jalan-jalan ke Miri, Sarawak. Selepas singgah cari makan di Pasar malam Saberkas, kami menuju ke tempat penginapan iaitu Mega Hotel. Kami akan menginap selama dua malam di sini. Cadangan bermalam di hotel ini datangnya daripada Amie sendiri. Tahun-tahun awal bertugas di LD, Amie dikehendaki menghadiri kursus selama seminggu di Miri. Di Hotel Mega inilah tempat penginapan kami. Di hotel inilah, kawan sebilik perkenalkan buah dabai yang dibeli di pasar dan di dewan makan Hote Mega inilah juga Amie kenal pelbagai jenis masakan Sarawak termasuk umai ikan.
Kisah itu sudah 29 tahun berlalu, dan tak sangka pula akan jejak sekali lagi di Hotel Mega ini.
Keadaan bilik masih seperti dulu!
Sebelum tidur, sempat menanda kertas peperiksaan. Entah bila hendak habis menanda! Berat berkilo-kilogram, diusung nasik turun van setiap hari!
Dulu tidak ada sterika dan sejadah. Alhamdulillah, disediakan kelengkapan ini ketika kami menginap di sini.
Bilik kami agak luas. Selesa untuk solat dan berguling-guling atas permaidani.
Malam itu kami menanda kertas sambil makan kudap-kudapan yang dibeli di Pasar malam Saberkas dan bancuh teh panas.
Bilik aiar kemas dan bersih.
Kena cepat-cepat bersihkan diri sebelum berehat. Seharian berjalan dari Bintulu ke Miri, kena hujan, pijak pasir pantai dan masuk pasar malam sudah tentu pelbagai aroma melekat di badan.
Bolehlah tidur lena sepanjang malam. Tak perlu fikir kena bangun awal pagi keesokan hari untuk berkemas dan kelam-kabut turun ke lobi membawa beg masing-masing.
Goog;le - Selamat Malam Mega Hotel |
21 comments
Nampak selesa dan luas biliknya. Cuti cuti pun sempat menanda kertas periksa ye, kak.
BalasPadamKalau tak dibawa berjalan, tak siaplah kerja.
Padamholiday pun masih tanda kertas juga terbaik amie sambil menyelam minum air
BalasPadamHahaha...kembung perut sambil menyelam minum air.
PadamLuas jugak biliknya tu selesa la nak berehat. Hilang kepenatan seharian berjalan.
BalasPadamYa, luas dan selesa.
PadamAdoi, berapa kilo agaknya beg Kak Amie jika ditimbang. Baju pun kena bawa banyak jugak tu, kan.
BalasPadamBaju dalam beg lain. Kertas peperiksaan dalam beg lain. Berat kertas tu, dalam 65 skrip. Satu skrip 21 muka surat.
PadamSangat selesa..lena tidur..pasti syukur dan zikir zikir diberi kesempatan. Alhamdulillh..turut bersyukur..
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
PadamCantik dan selesa biliknya kak
BalasPadamYa, cantik biliknya.
PadamMenanda kertas periksa bersama kawan-kawan di hotel molek. Ngam kombinasi ni kan Amie.
BalasPadamAduhai....nak byat macanana. Sebenarnya mengganggu huhuhuu.
PadamAura vintage nya kuat sangat, tapi juga terlihat nyaman dan bersih. Apalagi Krn ini hotel lama, jadi luas juga ruangannya. Kalo ajak anak lebih selesa
BalasPadamYa, ruangan hotel lama memang luas.
Padamtudiaaa..holiday tapi bawak kertas peperiksaan utnuk di tanda...gigih Kak Amie...
BalasPadamTerpaksa....
PadamSelesa sangat tu untuk rehatkan diri.
BalasPadamAlhamdulillah. Bolehlah guling-guling luruskan pinggang.
PadamKenangan sungguh kembali ke tempat yang kita pernah pergi selepas 29 tahun lamanya berlalu. Kak Amie kembali di sini. Saya suka kalau stay hotel 3 hari 2 malam, sebabnya lebih relaks dan lebih santai untuk berjalan-jalan pun. Tak kalut nak kemas barang check out tu. Kalau semalaman rasa tak puas. Bagus hotelnya luas dan selesa. Masih elok terjaga. Tak menyesal pilih hotel ni sekali lagi kan kak Amie.
BalasPadam