Menginap Dua Malam di Mega Hotel Miri
2:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita jalan-jalan ke Miri, Sarawak. Selepas singgah cari makan di Pasar malam Saberkas, kami menuju ke tempat penginapan iaitu Mega Hotel. Kami akan menginap selama dua malam di sini. Cadangan bermalam di hotel ini datangnya daripada Amie sendiri. Tahun-tahun awal bertugas di LD, Amie dikehendaki menghadiri kursus selama seminggu di Miri. Di Hotel Mega inilah tempat penginapan kami. Di hotel inilah, kawan sebilik perkenalkan buah dabai yang dibeli di pasar dan di dewan makan Hote Mega inilah juga Amie kenal pelbagai jenis masakan Sarawak termasuk umai ikan.
Kisah itu sudah 29 tahun berlalu, dan tak sangka pula akan jejak sekali lagi di Hotel Mega ini.
Keadaan bilik masih seperti dulu!
Sebelum tidur, sempat menanda kertas peperiksaan. Entah bila hendak habis menanda! Berat berkilo-kilogram, diusung nasik turun van setiap hari!
Dulu tidak ada sterika dan sejadah. Alhamdulillah, disediakan kelengkapan ini ketika kami menginap di sini.
Bilik kami agak luas. Selesa untuk solat dan berguling-guling atas permaidani.
Malam itu kami menanda kertas sambil makan kudap-kudapan yang dibeli di Pasar malam Saberkas dan bancuh teh panas.
Bilik aiar kemas dan bersih.
Kena cepat-cepat bersihkan diri sebelum berehat. Seharian berjalan dari Bintulu ke Miri, kena hujan, pijak pasir pantai dan masuk pasar malam sudah tentu pelbagai aroma melekat di badan.
Bolehlah tidur lena sepanjang malam. Tak perlu fikir kena bangun awal pagi keesokan hari untuk berkemas dan kelam-kabut turun ke lobi membawa beg masing-masing.
Goog;le - Selamat Malam Mega Hotel |
4 comments
Nampak selesa dan luas biliknya. Cuti cuti pun sempat menanda kertas periksa ye, kak.
BalasPadamholiday pun masih tanda kertas juga terbaik amie sambil menyelam minum air
BalasPadamLuas jugak biliknya tu selesa la nak berehat. Hilang kepenatan seharian berjalan.
BalasPadamAdoi, berapa kilo agaknya beg Kak Amie jika ditimbang. Baju pun kena bawa banyak jugak tu, kan.
BalasPadam