Menginap Dua Malam di Mega Hotel Miri

2:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita jalan-jalan ke Miri, Sarawak. Selepas singgah cari makan di Pasar malam Saberkas, kami menuju ke tempat penginapan iaitu Mega Hotel. Kami akan menginap selama dua malam di sini. Cadangan bermalam di hotel ini datangnya daripada Amie sendiri.  Tahun-tahun awal bertugas di LD, Amie dikehendaki menghadiri kursus selama seminggu di Miri. Di Hotel Mega inilah tempat penginapan kami. Di hotel inilah, kawan sebilik perkenalkan buah dabai yang dibeli di pasar dan di dewan makan Hote Mega inilah juga Amie kenal pelbagai jenis masakan Sarawak termasuk umai ikan.

Kisah itu sudah 29 tahun berlalu, dan tak sangka pula akan jejak sekali lagi di Hotel Mega ini.


Keadaan bilik masih seperti dulu!





Dulu tidak ada TV skrin rata begini.


Sebelum tidur, sempat menanda kertas peperiksaan. Entah bila hendak habis menanda! Berat berkilo-kilogram, diusung nasik turun van setiap hari!


Dulu tidak ada sterika dan sejadah. Alhamdulillah, disediakan kelengkapan ini ketika kami menginap di sini.


Bilik  kami agak luas. Selesa untuk solat dan berguling-guling atas permaidani.


Malam itu kami menanda kertas sambil makan kudap-kudapan yang dibeli di Pasar malam Saberkas dan bancuh teh panas.



Bilik aiar kemas dan bersih.


Kena cepat-cepat bersihkan diri sebelum berehat. Seharian berjalan dari Bintulu ke Miri, kena hujan, pijak pasir pantai dan masuk pasar malam sudah tentu pelbagai aroma melekat di badan. 



Google - Mega Hotel Miri


Bolehlah tidur lena sepanjang malam. Tak perlu fikir kena bangun awal pagi keesokan hari untuk berkemas dan kelam-kabut turun ke lobi membawa beg masing-masing.

Goog;le - Selamat Malam Mega Hotel


4 comments

  1. Nampak selesa dan luas biliknya. Cuti cuti pun sempat menanda kertas periksa ye, kak.

    BalasPadam
  2. holiday pun masih tanda kertas juga terbaik amie sambil menyelam minum air

    BalasPadam
  3. Luas jugak biliknya tu selesa la nak berehat. Hilang kepenatan seharian berjalan.

    BalasPadam
  4. Adoi, berapa kilo agaknya beg Kak Amie jika ditimbang. Baju pun kena bawa banyak jugak tu, kan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe