From LD With Love
7:44 PGBismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi langit LD mendung, awan kelabu dan hujan turun renyai-renyai membasahi tanah bertuah ini. Semoga Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, Allah turunkan rahmat dan keberkatan buat hamba-Nya yang melata di muka bumi.
Apa pun harapnya suasana terus ceria dengan kehadiran diri ini memakai baju baharu , kain kiriman blogger NOTIE. Dari benang menjadi kain, dari kain menjadi baju. Terima kasih sekalung budi buat Notie : Alhamdulillah, Kiriman Kain Cotton Emboidery Daripada Blogger Notie Sudah Sampai!
Semoga terus bersemangat meneruskan kerja-kerja menoreh di ladang.
6 comments
Amie so sweet today. Selamat menoreh.
BalasPadamCantiknya kain tu selepas menjadi baju. Tambah cantik bila digayakan untuk pergi menoreh. Tentu anak² pokok getah tak jemu pandang si penoreh hari ini.
BalasPadamCantiknya baju kurung Kak Amie dah siap..SA x tempah2 lagi...
BalasPadamCantik dan ayunya Kak Amie... selamat menoreh hehe
BalasPadamSelamat bertugas Amie... Bertambah cantik Amie hari ni mengenakan pakaian baru.
BalasPadamPatut la manis je baju baru rupanya ye kak... cantik kainnya
BalasPadam