Alhamdulillah, Kiriman Kain Cotton Emboidery Daripada Blogger Notie Sudah Sampai!
7:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi, sewaktu Amie sedang memantau pelaksanaan Program AGE di ladang, tiba-tiba ada panggilan di HP. Belum sempat menyahut panggilan, deringan berhenti. Kita nampak di WhatsAap, ada mesej berbunyi : Bungkusan anda XXXXX telah berjaya dihantar oleh Pos Malaysia, disertai gambar bungkusan dan nombor rumah. Ada satu lagi gambar dikirim, bungkusan sudah diletak di tepi pagar bahagian dalam berdekatan dengan pokok limau.
Hampir pukul dua petang baru sampai rumah.
Seronok tidak terkata dapat kiriman daripada Blogger Notie - SAJE SUKA-SUKA. Terus terbayang kain cotton emboidery, hadiah pengomen terpantas sempena hari jadi Notie. Amie mendapat tempat ketiga. Lucu sungguh bila mengenangkan cara komen 'NAK' dalam blog Notie. Walaupun tempat ketiga tetapi kata Notie tetap top 3 juga, maknanya tiga hadiah tersebut dari tempat pertama hingga tempat ketiga merupakan kain cotton emboidery. Kita ni kalau dapat hadiah, tak kisah tempat ke berapa dan apa hadiahnya tetap rasa seronok!

Kain Cotton Emboideri dari Wafiy Collection. |
Oleh kerana di ruang letak kereta ada kerusi dan meja, jadi Amie buka bungkusan di situ sebelum masuk ke dalam rumah. Amie hendak ambil gambar sebab cukup cahayanya. Nanti dalam rumah lain pula warnanya sebab ruang tamu kurang cahaya matahari.
Sekarang ini banyak jenis warna yang seakan-akan sama. Tak dapat hendak pastikan warna apakah yang timbul di atas kain cotton emboidery ini. Padanan warna kainnya pula samada warna mustard, medallion atau dijon. Apapun Amie suka sangat menerimanya dan tak sabar untuk hantar ke kedai jahit pada hari Isnin nanti.
Sebenarnya sebelum raya tempoh hari, Amie pernah pegang-pegang kain cotton emboidery di kedai kain tetapi tidak jadi beli. Sudah sampai ke rumah teringat-ingat pula. Tak sangka, hari ini dapat rezeki yang diterbangkan jauh dari sanun. Itulah, orang kata rezeki Allah memang tak salah alamat.
Terima kasih banyak-banyak Notie di atas kiriman kain ini. Nanti Amie cari tudung yang sesuai dengan warna kain ini. Dah siap dijahit tentulah hendak melaram pula.... ahaks! Bolehlah dipakai sewaktu turun ke ladang.
Untuk blogger Notie, semua sentiasa sihat dan dipermudahkan rezeki dari pelbagai penjuru. Mudah-mudahan Allah makbulkan hasrat Notie untuk menunaikan haji sebelum pencen. In syaa Allah.
Untuk blogger Notie, semua sentiasa sihat dan dipermudahkan rezeki dari pelbagai penjuru. Mudah-mudahan Allah makbulkan hasrat Notie untuk menunaikan haji sebelum pencen. In syaa Allah.
3 comments
Alhamdulillah, ikut senang
BalasPadamCantik sekali, saya juga mau ah
Semoga saya dapat giliran hadiahnya :D
Alhamdulillah..sampai hadiah nya dengan selamat...cantik warnanya tu
BalasPadamAlhamdulillah rezeki cantik tu
BalasPadam