Dari Sepanyol ke Portugal, Singgah Makan Tengah Hari di Mister Noodles Restaurant
12:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tibalah masanya kami meneruskan perjalanan ke Portugal yang mengambil masa di antara empat hingga lima jam. Memandangkan pemanduan yang agak laju, rasanya tidak sampai lima jam untuk sampai ke destinasi.
Apa pun, perut perlu diisi!
Mbak Watie membawa kami menikmati makan tengah hari di sebuah restoran Asia sentuhan Thailand, iaitu Mister Noodles yang terletak di Avenida de San Francisco, Seville. Restoran ini beroperasi dari pukul 13:00 sehingga 01:00 pagi.
Mister Noodles |
Sebelum itu kongsikan dahulu beberapa keping gambar yang dirakam dari dalam bas dari kawasan Paseo de las Delicias.
Pokok limau pahit sentiasa kelihatan di sepanjang jalan. |
Mister Noodles menawarkan pelbagai masakan nasi dan mi dengan ayam, daging lembu, udang dan menu vegetarian. Sudah tentulah ada SupTom Yum Pedas dan Tom Kha Kai iaitu sup tom yam yang lebih ringan. Selain itu terdapat makanan pembuka seperti hidangan pelbagai salad segar, popia dan ayam goreng.
Alhamdulillah, menurut laman eHalal, Mister Noodles Beef menggunakan beef (daging lembu) yang diimport dari Jerman / Belanda dan memiliki label halal. Selain itu Mister Noodles Chicken juga turut menunjukkan label Halal dan asalnya adari Eropah (Jerman / Belgium).
Selamat menjamu selera! |
Sos Cili Pedas beredar dari meja ke meja! Sangkaan kami restoran ini sediakan sos itu, rupanya salah seorang rakan rombongan yang bawa dari tanah air! Sedap sangatlah dapat makan mi goreng dengan cili sos pedas!
Ini cili sos yang disediakan oleh pihak restoran tetapi tidaklah ada rasa pedas seperti sos cili kita. |
Apa pun, syukur Alhamdulillah dapat isi perut seadanya.
Satu kotak mi goreng untuk kami itu isinya banyak!
Tour leader kami, Ustaz Azhar Ashaari. |
Sempat rakam tram yang berselisih laluan di hadapan Mister Noodles.
Sempat makan buah epal yang dibawa masuk dalam beg sandang dari B&B Hotel Seville. Nampak jeragat memenuhi kulit epal. |
Menempuh perjalanan dari Seville ke Portugal dan memakan masa selama empat hingga lima jam adalah sangat jauh. Jadi, kami berhenti di Abades Merida yang terletak di Badajoz, Sepanyol untuk berehat seketika. Abades Merida merupakan kawasan rehat dan kemudahan lebuh raya seperti stesen minyak, kafe dan tandas. Tiada kemudahan surau disediakan di sini seperti di R&R di negara kita.
Jadinya Mbak Watie meminta izin kami gunakan tandas dan mengambil wudhu' serta menggunakan satu kawasan lapang (dalam bangunan) untuk solat. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Cuma, air untuk wudhu' sangatlah sejuk! Maklumlah musim sejuk.
Letih berjalan di Seville, kini kami merehatkan diri di dalam bas. Melihat pemandangan ladang zaitun dan bukit-bukau di kiri kanan jalan tidak membuatkan mata terus segar, sebaliknya terlelap dan tidak sedar entah pukul berapa kami tiba di Portugal.
Sekian dahulu, catatan perjalanan di Sepanyol dan Amie akan sambung catatan di Portugal selepas selesai tulis entri ke Brunei dan Sarawak.
Jumpa nanti di Portugal!
16 comments
HIlanglah rindu dapat makan makanan Asia. Tergoda tengok mee dalam bekas. Tanjat sy tengok ada sos cili Mudim, hihi.
BalasPadamAlhamdulillah. Sedaplah mi goreng tu. Ada ayam, cendawan segar dan sayuran di dalamnya.
Padambeef halal tu ambil dari jerman ye.. kat portugal ni mmng takde pusat penyembelihan halal ke agaknya. tapi mee tu nampak sedap!
BalasPadamDi Sepanyol ni. Tak tahulah ada atau tidak pusat sembelihan halal di Portugal.
PadamJauh sos mudim tu berjalan...
BalasPadamYa, betul tu dia ikut travel.
PadamTerang benderang cuaca elok, seronok dapat ambil gambar banyak-banyak. Perjalanan lama tapi dalam melihat permandangan yang lain dari biasa, sudah tentu tak rasa lama. Cantik permandangan di sungai tu.
BalasPadamBagus Mbak Watie ni memahami bila mana kena berhenti semua tu. Selesa makan dalam resto ni, porsi mi dia pun banyak dan nampak menyelerakan. Wah ada juga tu yang bawa sos musim. Mendonia sos mudim sampai ke luar negara.
Restoran tidak sesak. Pelayan sibuk melayan kami. Memang selesa singgah makan di sini.
Padamkalau ke luar negara yang dirindui adalah makanan malaysia kan..
BalasPadamwalaupun ada makanan di luar negara yang macam malaysia, tak boleh layan makanan di malaysia hehehe...jauh sos merantau...
Kesempatan untuk rasa makanan di negara orang.
PadamBagus juga ya, bawa sos sendiri. Sekurang-kurangnya bila makan ada lah rasa Asia.
BalasPadamsedap mkn mi dgn sos bekalan pecah selera kan
BalasPadamYa allah. dah lama tak jengah Amie, tup2 dah ke Spain ke Portugal la ye. atfer some time jenjalan luar negara ni mmg nak pekena asian food kan. baru tak jelak.
BalasPadamsuka tengok awan cantik 😍😍disamping makanan yg sedap
BalasPadamTenang kalo diajak makan di tempat yg halal begini. Itu enaknya kalo jalan dengan travel, semua dah disiapkan sesuai kebutuhan peserta trip 👍👍. Saya jadi penasaran pula nama travel agent yg kakak pakai ini. Nampak baguuus tripnya
BalasPadamSeronok nya tengok traviling ni..hebat kan negara sana..pokok dan bangunan apa apa nampak unik lah..Perjalanan yang cukup indah..berbaloi ke sana banyak kesan sejarahnya tu Amie
BalasPadam