Dari Sepanyol ke Portugal, Singgah Makan Tengah Hari di Mister Noodles Restaurant

12:07 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tibalah masanya kami meneruskan perjalanan ke Portugal yang mengambil masa di antara empat hingga lima jam. Memandangkan pemanduan yang agak laju, rasanya tidak sampai lima jam untuk sampai ke destinasi.

Apa pun, perut perlu diisi!
Mbak Watie membawa kami menikmati makan tengah hari di sebuah restoran Asia sentuhan Thailand, iaitu Mister Noodles yang terletak di Avenida de San Francisco, Seville. Restoran ini beroperasi dari pukul 13:00 sehingga 01:00 pagi.

Mister Noodles


Sebelum itu kongsikan dahulu beberapa keping gambar yang dirakam dari dalam bas dari kawasan Paseo de las Delicias.






Pokok limau pahit sentiasa kelihatan di sepanjang jalan.


Mister Noodles menawarkan pelbagai masakan nasi dan mi dengan ayam, daging lembu, udang dan menu vegetarian. Sudah tentulah ada SupTom Yum Pedas dan  Tom Kha Kai iaitu sup tom yam yang lebih ringan. Selain itu terdapat makanan pembuka seperti hidangan pelbagai salad segar, popia dan ayam goreng.

Alhamdulillah, menurut laman eHalal, Mister Noodles Beef menggunakan beef (daging lembu) yang diimport dari Jerman / Belanda dan memiliki label halal. Selain itu Mister Noodles Chicken juga turut menunjukkan label Halal dan asalnya adari Eropah (Jerman / Belgium).















Noodles Mixto : 14.40 EURO

Selamat menjamu selera!


Sos Cili Pedas beredar dari meja ke meja! Sangkaan kami restoran ini sediakan sos itu, rupanya salah seorang rakan rombongan yang bawa dari tanah air! Sedap sangatlah dapat makan mi goreng dengan cili sos pedas!

Ini cili sos yang disediakan oleh pihak restoran tetapi tidaklah ada rasa pedas seperti sos cili kita.


Apa pun, syukur Alhamdulillah dapat isi perut seadanya. 
Satu kotak mi goreng untuk kami itu isinya banyak!

Tour leader kami, Ustaz Azhar Ashaari.

Sempat rakam tram yang berselisih laluan di hadapan Mister Noodles.

Kami meneruskan perjalanan, melepasi ladang dan sungai.

Sempat makan buah epal yang dibawa masuk dalam beg sandang dari B&B Hotel Seville. Nampak jeragat memenuhi kulit epal.





Menempuh perjalanan dari Seville ke Portugal dan memakan masa selama empat hingga lima jam adalah sangat jauh. Jadi, kami berhenti di Abades Merida yang terletak di Badajoz, Sepanyol untuk berehat seketika. Abades Merida merupakan kawasan rehat dan kemudahan lebuh raya seperti stesen minyak, kafe dan tandas. Tiada kemudahan surau disediakan di sini seperti di R&R di negara kita.

Jadinya Mbak Watie meminta izin kami gunakan tandas dan mengambil wudhu' serta menggunakan satu kawasan lapang (dalam bangunan) untuk solat. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Cuma, air untuk wudhu' sangatlah sejuk! Maklumlah musim sejuk.

Abades adalah rangkaian besar kawasan rehat, hotel dan restoran lebuh raya di Sepanyol.Abades Group mengendalikan puluhan lokasi di seluruh Sepanyol terutamanya di Andalusia (Granada, Seville, Malaga dan Jaen termasuk Merida. Tempat kami singgah ini di lebuh raya A-5 Madrid - Badajoz - Portugal.


Letih berjalan di Seville, kini kami merehatkan diri di dalam bas. Melihat pemandangan ladang zaitun dan bukit-bukau di kiri kanan jalan tidak membuatkan mata terus segar, sebaliknya terlelap dan tidak sedar entah pukul berapa kami tiba di Portugal.

Sekian dahulu, catatan perjalanan di Sepanyol dan Amie akan sambung catatan di Portugal selepas selesai tulis entri ke Brunei dan Sarawak.

Jumpa nanti di Portugal!


16 comments

  1. HIlanglah rindu dapat makan makanan Asia. Tergoda tengok mee dalam bekas. Tanjat sy tengok ada sos cili Mudim, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sedaplah mi goreng tu. Ada ayam, cendawan segar dan sayuran di dalamnya.

      Padam
  2. beef halal tu ambil dari jerman ye.. kat portugal ni mmng takde pusat penyembelihan halal ke agaknya. tapi mee tu nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Sepanyol ni. Tak tahulah ada atau tidak pusat sembelihan halal di Portugal.

      Padam
  3. Jauh sos mudim tu berjalan...

    BalasPadam
  4. Terang benderang cuaca elok, seronok dapat ambil gambar banyak-banyak. Perjalanan lama tapi dalam melihat permandangan yang lain dari biasa, sudah tentu tak rasa lama. Cantik permandangan di sungai tu.
    Bagus Mbak Watie ni memahami bila mana kena berhenti semua tu. Selesa makan dalam resto ni, porsi mi dia pun banyak dan nampak menyelerakan. Wah ada juga tu yang bawa sos musim. Mendonia sos mudim sampai ke luar negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran tidak sesak. Pelayan sibuk melayan kami. Memang selesa singgah makan di sini.

      Padam
  5. kalau ke luar negara yang dirindui adalah makanan malaysia kan..
    walaupun ada makanan di luar negara yang macam malaysia, tak boleh layan makanan di malaysia hehehe...jauh sos merantau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesempatan untuk rasa makanan di negara orang.

      Padam
  6. Bagus juga ya, bawa sos sendiri. Sekurang-kurangnya bila makan ada lah rasa Asia.

    BalasPadam
  7. sedap mkn mi dgn sos bekalan pecah selera kan

    BalasPadam
  8. Ya allah. dah lama tak jengah Amie, tup2 dah ke Spain ke Portugal la ye. atfer some time jenjalan luar negara ni mmg nak pekena asian food kan. baru tak jelak.

    BalasPadam
  9. suka tengok awan cantik 😍😍disamping makanan yg sedap

    BalasPadam
  10. Tenang kalo diajak makan di tempat yg halal begini. Itu enaknya kalo jalan dengan travel, semua dah disiapkan sesuai kebutuhan peserta trip 👍👍. Saya jadi penasaran pula nama travel agent yg kakak pakai ini. Nampak baguuus tripnya

    BalasPadam
  11. Seronok nya tengok traviling ni..hebat kan negara sana..pokok dan bangunan apa apa nampak unik lah..Perjalanan yang cukup indah..berbaloi ke sana banyak kesan sejarahnya tu Amie

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe