Cerita Tentang Ikan Kerapu
11:18 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Jom kita cerita tentang keluarga ikan kerapu. Gambar-gambar yang Amie kongsikan ini ada yang tersimpan sejak tahun 2024 di galeri HP. Hendak dibuang sayang pula. Baiklah simpan di sini buat bacaan dan rujukan akan datang. Sebelum ini Amie pernah kongsikan paparan : Jom Berkenalan dengan Keluarga Kerapu
Banyak sungguh adik-beradik, sepupu-sepapat ikan kerapu ini. Sekali pandang macam sama, tapi ada yang tak serupa.
Kalau diperhatikan betul-betul gambar ikan kerapu di bawah ini seperti sama saja, tapi sebenarnya tidak serupa. Lihat sahajalah dari segi warnanya yang berbeza!
Beza - Warna yang ketara. |
Beza : Seekor agak panjang, seekor agak melengkung. |
Ada beza tak di antara keduanya? |
Macam sama saja kan? |
Ikan Kerapu Cicak. |
Antara tiga ekor ikan kerapi cicak ini, dua ekor sama tapi yang di tengah lain warna. Tidak pastilah adakah perbezaan warna itu menunjukkan beza jantina ikan kerapu cicak. Wallahu'alam. Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui kerana Dia Maha Pencipta makhluk di seluruh alam.
21 comments
sy tak tgk saiz kak...sy tgk... alahaiii cantiknyaaa ikan..syg nak mkn hehehe
BalasPadamCantik kan Anies.
PadamKebetulan hari ini PI beli ikan kerapu di pasar tani. Tapi, satu pun tak sama macam dalam gambar, agaknya sebab dah dibuang sisik, rupanya berubah ke, Kak Amie?
BalasPadamBanyak jenis keluarga kerapu ni SK. Kadang nampak sama tapi tak serupa.
PadamMacam ikan hiasan pulak.
BalasPadamKan. Warnanya tu cantik.
PadamCantik blog..persembahan yang menceriakan kami melihatnya, baru tahu ikan kerapu banyak warna..tapi sama bentuk..ni keajiban kuasaNya ..subahanallah..nilah kekebihan ada blog personal..baru boleh atur..kurang kan pic di hphone..
BalasPadamMemang sayang nak buang gambar, jadi pindahkan ke blog untuk dijadikan entri.
PadamBanyak betul jenis dan warnanya ye kak...
BalasPadamYa, bantak jenis kerapu. Warnanta pun tak sama.
PadamBiasa tau ikan kerapu je. Baru tau hari ni ada ikan kerapu cicak. Ada yang warna merah Mak Ngah ye
BalasPadamBanyak nama kerapu, tapi tak banyak yang saya tak tahu.
PadamWarnanya memang beda2 tapi tetap saja saya tak bisa ingat nama2 mereka 🤣🤣🤣. Apalagi kalau dah dimasak, yg terlihat sedap belaka 😄
BalasPadamBetul tu Fanny. Apa jenis dan namanya, kerapu memang sedap apabila sudah diolah.
PadamKakak ipar pernah bagi kerapu bara yg dia pos terus dari Sabah. Besar betul dan masa dapat tu terus jam taktau nak masak apa
BalasPadamKerapu bara harga kayangan tu.
PadamMesti sedap kak kan...dagingnya mesti manis...SA suka ikan kerapu tapi sayangnya harga mahal di semenanjung
BalasPadamDi sini pun mahal juga. Memang tak mampu beli. Ada jenis kerapu harga ratus ringgit sekilogram
PadamAlamakkkkk.. banyak pulak adik beradik sepupu sepapat kerapu ni.. biasa jumpa yang kelabu coklat je.
BalasPadamSubhanallah.
PadamMacam-macam ciptaan-Nya yang di luar pengetahuan kita.
Cantik-cantik ikan kerapu. Banyak juga spesis dan coraknya kan. Kalau tanya saya, memang tak tahu. Rasa sayang pula dibuat makan. Tapi harga ikan kerapu ni boleh tahan mahal juga kan kak Amie. Terima kasih kenalkan pada kami.
BalasPadam