Bekal Sarapan Menoreh di Ladang
3:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga tidak kongsikan paparan bekal sarapan pergi menoreh. Maklumlah, menunya hampir sama setiap hari terutamanya daun salad, timun, telur rebus dan dressing Kewpie Roasted Sesame. Sesekali singgah di warung beli kuih atau nasi kuning. Kalau beli kuih, memang berulang-ulang kuih yang sama terutamanya karipap dan cucur udang. Kawan-kawan penoreh pun bawa bekal kuih beli dari warung tapi tempat yang berlainan. Pelbagai jenis kuihlah yang mereka beli termasuk popia, cempiang, karipap, kaswi, epok-epok, lumpia dan sebagainya.
Encik Suami belikan bihun goreng dengan peha ayam goreng. |
Bosan ayam goreng, dibelikannya pula bihun dengan sosej goreng. |
Nasi Kuning |
Biasanya nasi kuning berlauk sambal ikan dan telur rebus. |
Nasi lemak + sebiji telur rebus bawa dari rumah. |
Telur Rebus |
Nasi lemak dari rumah. |
Lauk nasi lemak. |
Salad |
Sekarang kawan-kawan penoreh pandai bawa bekal salad dari rumah. Jadi, kalau tak bawa salad, tumpang sajalah dengan mereka.
Sumbat sajalah buah dengan timun & tomato. |
Daun salad ditambah hirisan tomato, buah kurma segar dan telur rebus. Makan begini saja pun sudah kenyang. |
Beli kuih karipap dan pulut serondeng kelapa di warung Kampung Muhibbah. |
Hari yang lain beli kuih lenggang, onde-onde dan kek pisang. |
Kuih cempiang dan seri muka. |
Kuih lenggang, onde-onde dan pulut serondeng kelapa. Kacang putih (gambar atas) dan tempe +++ (gambar bawah) anak murid bagi. |
Buras |
Buras (gambat atas) Amie beli, dan ayam palekko (gambar bawah) Amie masak sendiri.
Ayam Masak Palekko |
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Sedikit sama dirasa, banyak sama dikongsi. Begitulah kami, para penoreh di ladang madani.
7 comments
Pulut serunding kelapa tu, mesti sedap. Bagusnya, bawa bekal. 👍
BalasPadamKuih lenggang tu kuih ketayap ke Kak Amie? Nampak akan²...
BalasPadamBekal dikongsi bersama bertambah sedap jadinya :)
Bekal yang menyihatkan, pilihan sajian lepas penat di kebun yang mengujakan..sedap nampak..
BalasPadamTerima kasih kongsi gambar makanan² ni dengan kita, hihihi.
BalasPadamPelbagai menu bekal kak Amie. Tak sempat masak, beli dan masuk bekal je. Lagi senang. Seronok juga ada geng bawal bekal, boleh rasa sikit-sikit.
BalasPadamseronok bawak bekal macam ni dan share dengan kawan2 :D semua nampak sedap!
BalasPadamWak dulu2 kerja menoreh (betul2 menoreh pokok getah) tak pernah bawa bekal.
BalasPadamSebab habis menoreh sempat balik rumah dulu. Tunggu 2-3 jam barulah sambung kerja bangkit susu getah pulak.