Minum Fresh Orange dan Makan Kek Kentang Sepanyol Waktu Sarapan
8:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah seharian meredah Granada hingga ke Cordova dan malamnya merehatkan diri di Seville, memang tidak lain yang diharapkan selain dapat berehat sepuasnya untuk mendapatkan kembali tenaga. Apalagi dalam keadaan sudah membersihkan diri dan tidur di atas tilam empuk dalam suasana hangat di bawah selimut maka lenalah tidur hingga ke pagi. Mimpi pun tak sempat singgah dalam tidur!
Seperti biasa, rutin harian diteruskan dengan mengalas perut di dewan makan. B&B Hotel menghidangan sarapan continental atau ala Andalus. Antaranya termasuklah pelbagai jenis roti kecil Andalus, pastri, buah segar, kopi, teh, jus, bijirin, yogurt dan sebagainya.
Minyak Zaitun |
Kekacang |
Sewaktu sarapan, kami sering dihidangkan dengan roti baguetta atau bollo andaluz, iaitu roti putih tempatan yang dibelah dua dan dibakar serta dihidang panas. Bolehlah disapu dengan mentega atau jem. Di sini dipanggil tostada con mantequilla y mermelada.
Boleh bakar roti pilihan di sini.
Ada Hot Drink Machine dan juga Cold Baverage Dispenser.
Orange Juice Machine (Automatic Citrus Juicer ) - Maquina exprimidora de naranja automatica. |
Kami memilih satu sudut, tempat Orange Juice Machine (Automatic Citrus Juicer). Seronoklah dapat menekan butang mesin, 100% jus oren segar terus masuk ke dalam gelas, Rasanya sejuk dan manis bersari. Sedap! Hendak ambil segelas lagi, terfikir pula sebentar lagi kami akan memulakan perjalanan. Cukuplah minum segelas. Perut perlu dijaga!
Agaknya memang epal di Sepanyol jenis ada bintik-bintik jeragatlah!
Tidak pastilah fresh orange ini dari berapa biji buah oren, sebab hanya perlu tekan butang sehingga sebanyak mana jus yang kita mahu.
Jom sarapan. Bismillah. |
Kek Kentang Sepanyol, telur hancur dan kekacang. |
Bollo Andaluz yang dibakar dan disapu mentega dengan jem. |
Bilik 212 |
Selepas sarapan, naik ke bilik dan turun semula untuk memulangkan kunci bilik.
Siapa boleh teka maksud SALIDA? |
Kami akan meninggalkan B&B Hotel sekitar pukul 8:00 pagi.
Ada yang meminta kami bergambar bersama kerana kami memakai pakaian tradisional Morocco. Kami beli pakaian ini di Morocco tetapi memakainya ketika berada di Sepanyol.
Tiga model berpakaian tradisional Morocco. |
Pagi itu, bas membelah dingin pagi mwninggalkan B&B Hotel menuju ke destinasi seterusnya.
Sempat mengerling bacaan suhu ketika itu 9'C.
11 comments
Macam tu je sarapan mereka. Kalau kita tu meriah dah makanan berat bagai sarapan.
BalasPadamSemua makanan nampak sedap :)
BalasPadamAestetic! Sampai mknn pun nmpk nilai estetikanya. Menyelerakan pun ya jugak
BalasPadamSaya kalo di sana, bakal sukaaaaa sangat sarapan hanya dengan sayuran, pakai dressing zaitun dan madu, lalu icip2 aneka roti dan keju 😍😍😍. Itu saja dah kenyaaang sangat. Terkadang rindu makan roti2 ala eropa, Krn roti mereka padat dan mengenyangkan. Beda dengan roti asia yg terlalu lembut dan cepat buat lapar.
BalasPadamRasulullah S.A.W. tidak pernah mencela pada sesuatu makanan. Jikalau baginda berselera pada makanan itu baginda akan memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda tinggalkan tanpa berkata apa-apa.”
BalasPadamSubahanallah..indahnya kata-kata ini, rasa lembut dan segar jiwaraga membacanya. OO ya pelancongan di Sepanyol ya..pasti melakar kenangan indah, balik Malaysia akan terbayang kenangan itu. Juadah yang ada amat menyelerakan..inilah kelebihan bila travel..selain hilangkan tekanan dapat banyak ilmu...
wahhh macam macam makanan ada ye
BalasPadamSedapnya sarapan² dia...sekali sekala hadap tu pun syiok..asyik makan berat ke bila sarapan..
BalasPadamKek kentang tu nampak sedap...
BalasPadamOrang Malaysia pakai baju tradisi Morocco jadi tumpuan di Sepanyol, menarik 👍🏻😁
apa ya makna salida sedapnya kek karot
BalasPadamWalaupun cuma roti, tapi kalau dah dibakar di letak topping pelbagai boleh makan bertambah dan mengenyangkan jugak kan kak. Besar betul buah epal dia kak. Kenyang makan sebiji
BalasPadamrambang mata....semua sedap
BalasPadam