Raya Pertama Berlima, Raya Kedua Bertujuh
11:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari raya pertama, kami sambut berlima sahaja. Amie, Encik Suami, Fuad, Fairuz dan Firdaus.
Lima dondon pakaian warna hitam. |
Malam hari raya kedua, sambutan hari keluarga di adakan di rumah adik ipar. Tema hitam emas. Yang lelaki sempat cuci baju melayu waktu siang dan pakai pada malamnya. Kita sauk sahaja baju warna yang sewaktu dengan emas!
Abang Farid dan Aseeyah baru saja mendarat di LD Airport pada pukul 4:05 petang. Sebelah malamnya kami bertujuh berkumpul di kampung.
Abang Farid dan Aseeyah baru saja mendarat di LD Airport pada pukul 4:05 petang. Sebelah malamnya kami bertujuh berkumpul di kampung.
Mommy di samping anak-anak jantannya! |
Lengkap seisi keluarga. |
Semakin lengkap dengan kehadiran Aseeyah. Dulu berenam, tambah ahli baharu. Raya pertama berlima, raya kedua bertujuh. Eh, tak menjadilah pantunnya! |
20 comments
Hahaha...sampai tak jadi pantunnya...punya seronok mommy bila semua anak menantu dah balik..
BalasPadamTahun ni tema hitam tempat pertama katanya..biru ke2 dan hijau ke3..katanya la🤣
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin Cikgu dan keluarga..
Ooo begitu ceritanya ye. Hari raya kedua tu, memang kena pakai tema biru sewaktu majlis bertunang Ummi, tapi kami terlajak pakai tak sama warna.
PadamAlhamdulillah, lengkap seisi keluarga termasuk menantu. Warna hitam buat kita nampak lebih slim. 😁 Saya sekeluarga pun tema hitam juga di hari pertama raya.
BalasPadamDengarnya banyak stok baju warna hitam habis dijual.
PadamSaya tak perasan pula tahun ini banyak pilih tema hitam.
selamat hari raya kak...maaf zahir batin....wah, all black tema gitu..nice...
BalasPadamSelamat hari raya juga MA.
PadamYe, tahun ini bertema hitam pula.
Tahniah Kak..Eh salahhh...tahniah yang bertunang... Salam Aidilfitri Kak sekeluarga..Moga dilimpahkan rahmatNya ❣️
BalasPadamTerima kasih.
PadamAmin ya Allah, sama-sama dilimpahkan rahmat daripada-Nya untuk kita semua.
selamat hariraya maaf zahir batin cikkak ammi itteww., aminn
BalasPadamSama-sama raya Wak.
Padamalhamdulillah, cukup korum akhirnya...selamat hari raya kak amie sekeluarga! maaf zahir batin
BalasPadamYa Ciksun.
PadamPenantian di hari lebaran, Alhamdulillah akhirnya lengkap sekeluarga.
Sy suka pulak tengok tema hitam keemasan ni, berseri betul!
BalasPadamMantul kan SK!
PadamHappy si Daus tu! Mesti banyak duit raya!
BalasPadamMZB amie! Kosong2 kita!
Raya pertama sahaja Daus kutip duit raya. Hari-hari seterusnya berehat di rumah sahaja sebab kurang sihat.
PadamKosong-kosong ye Uncle.
Hitam itu menawan eh!
BalasPadamSelamat hari raya Aidilfitri k.Amie sekeluarga serta maaf zahir dan batin.
Betul tu, hitam itu menawan, hitam itu manis hehehee.
PadamSama-sama raya, maaf zahir batin.
k amie macam tahu2 je warna hitam warna tema #1 thn ni👍😀
BalasPadampssttt kak thn dpn kaler apa? 😁
Baju lebarannya warna cantik...indah kebersamaan bersama encik suami dan anak anak ya kak amie...mbul selalu antusias menantikan menu kuih dan hidangan meja makannya
BalasPadam