Pindang Tumis Ikan Kayu
11:43 PTGPetang tadi hanya masak Pindang Tumis Ikan Kayu serta tumis sayur sawi campur small fish roll untuk berbuka puasa. Firdaus hendak berbuka dengan popia, jadi kita goreng mana yang sempat sebab sudah hampir sangat waktu berbuka. Encik Suami pula bantu siapkan jus tembikai.
Sebelum tidur, bukalah dapur maya sekejap. Kalau ikutkan hati memang hendak rebahkan diri saja di pembaringan, tapi apabila fikir kalau sekali tak tulis entri maka akan jadi dua tiga kali dan lama-lama malas nak menulis! Jadi, kenalah menulis walaupun cerita biasa-biasa sahaja.
Pindang Tumis Ikan Kayu |
Sawi Tumis dengan Small Fish Roll |
Popia untuk Firdaus. Angkat popia dari kuali apabila dua minit lagi hendak berbuka. |
Jus tembikai. |
Pindang Tumis Ikan Kayu |
Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan kayu - bersihkan - potong ikut suka
- 4 batang kacang bendi - potong 2
- 4 sudu besar minyak
- 4 cawan air
- 2 keping asam gelugur
- garam / perasa pilihan
- 10 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 batang serai
- 2 cm kunyit
- 2 cm halia
- 2 cm lengkuas
Sebelum tinggalkan dapur, sempat ambil gambar bunga kantan yang kecil comel ini! |
14 comments
amboiii lawan sapa mandi paling banyak ya harini hahahha..
BalasPadammenu berbuka sungguh menyelerakan :D
Wah banyaknya bunga kantan.
BalasPadamwaktu puasa mcm ni menu simple resepi mak nenek mcm ni lah terpaling sedap... tp anak² kena ada ayamlah pulak... dah jd mcm tulip pulak bunga kantan tu kak.. hehhehe
BalasPadamTak silap Mak Cella pun mandi 4-5 kali juga semalam haha...
BalasPadamSy pun dah mula buat persiapan utk juadah raya... Semalam dah 'buka' daun palas :D
nanti nak raya dah senang kan kak... semua dah tersedia
BalasPadamcantik bunga kantan tu ,
BalasPadamEh..eh..rasanya SA yang menang kot..SA mandi hari Sabtu 5 kali...semalam SA mandi selang 1 jam sebab terlampau panas..sedap plak tengok singgang ikan kayu kak amie ni
BalasPadamHahaha...mandi terbanyak dalam sehari...Firdaus suka sekali popia 😀
BalasPadamAlamak! Warna jus tembikai tuuuu.... Auuummm!
BalasPadamBagusnya, Amie, sudah siap sediakan daging dan ayam untuk hari raya. Sedap pindang tumis. Hirup kuah panas-panas. :)
BalasPadamMandi kerbau 😄
BalasPadamLama tak guna perkataan tu.
MasyaAllah cantik bunga kantan, banyak dan gemuk2. Geram tengok.
Tudiaaaa....5x mandi..
BalasPadamMemang bergelumang seafood.yer cikgu..
Banyaknya stok lauk raya
Kalau lepas siang ikan kayu memang kena mandi
BalasPadamtambah pulak cuaca paas, memang cari alasan nak mandi berkali-kali
BalasPadam