Buka Puasa 30 Ramadan dengan Nasi Minyak & The Gang
11:12 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Memenuhi permintaan Fuad dan Fairuz yang ingin berbuka puasa dengan air tangan kita, maka kita pun masaklah nasi minyak tapi tersalah bubuh pewarna. Jadilah nasi minyak kuning oren! Fuad kata, biar warna apa sekalipun, masakan Mommy tetap sedap. Alhamdulillah. Pandai Fuad ambil hati Mommy. Nasi minyak ini dihidangkan bersama ayam goreng salut tepung adunan sendiri, rendang daging dan acar. Rendang daging ini Amie sengaja tidak keringkan sebab anak-anak suka mencari kuahnya yang manis asli disebabkan jumnlah bawang besar yang banyak!
Nasi Minyak |
Ayam Goreng Salut Tepung |
Rendang Daging |
Acar Timun & Nanas |
Jus Nanas |
Sebelum undur diri, sempena di bulan nan mulia ini Amie mohon ampun dan maaf seandainya selama tempoh kita teman berteman di alam maya, ada perkataan Amie samada di dalam entri atau komen yang mengguris rasa tanpa Amie sedari. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya, sahabat berkongsi suka duka. Moga ukhuwah kita terus berpanjangan.
Selamat Lebaran 1444. Maaf zahir & batin.
16 comments
Sedapnyaa
BalasPadamSelamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
Terima kasih.
PadamSama-sama kita beraya dan bermaaf-maafan.
selamat hariraya maaf zahir batin dari wak.. aminn
BalasPadamSelamat hari raya juga Wak.
PadamMohon maaf zahir dan batin ye Wak.
Selamat hari raya idul Fitri kak Amie 🎉🎉. Mohon maaf lahir batin. 🙏.
BalasPadamSaya takjub liat kue raya kak Amie, banyak sangaat itu 😄👍. Macam2 pula jenisnya.
Selamat hari raya juga Fanny.
PadamSaya sudah sediakan kuih raya, anak-anak membawa pulang lagi oleh-oleh rayanya. Jadi, bertambahlah jumlahnya.
Wow...banyaknya kuih raya..tentu cikgu bersemangat raya kali ni semua ahli keluarga balik LD..
BalasPadamSemalat Hari Raya..maaf zahir dan batin
Fuad, Fairuz, Abang Farid masing-masing bawa oleh-oleh raya. Itu yang jadi banyak kuihnya.
PadamSelamat hari raya aidilfitri puan. Maaf zahir dan batin.
BalasPadamSelamat hari raya juga Encik Fairuz.
PadamMaaf zahir dan batin.
Selamat hari raya Amie..maaf zahir & batin..
BalasPadamSelamat hari raya juga NOHAS.
PadamMaaf zahir dan batin.
pandai anak amik hati mummy yer... nampak sedap je semua pun
BalasPadamwah..kuih raya bertingket2..geng ngan Ibu ,...semua tupperware jer
Hehehee... jangan amik hati kita ada makna sudahlah.
Padamsetuju dgn fuad janji sedap kak👍👍👍 mana tau boleh buka resto nasi myk special nnt
BalasPadamMambang tu nak jalan2 raya Kak Amie!
BalasPadam