Smiling Fish Fried Sardin In Chilli Sauce

11:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar semua? Tentu masing-masing sibuk membuat persiapan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Amie pun sama. Rasa teruja kerana anak-anak mula mengatur langkah untuk pulang ke LD. Rumah yang sunyi sepi sudah tentu akan kembali ceria apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul. Kelmarin, Fuad terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan bermalam di tempat Fairuz. Pukul dua pagi nanti mereka dijadualkan bertolak dari Penampang ke LD. Abang Farid dan Aseeyah pula akan terbang dari Kuala Lumpur ke LD pada 22 April 2023. Mungkin pada hari raya kedua kalau 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat.

Menu berbuka puasa kami ringkas sahaja. Kami makan nasi lauk ikan sardin, sayur bunga betik tumis dengan udang kering dan cili padi. Tambah lagi satu lauk iaitu telur dadar. Encik Suami sediakan satu jug besar jus oren dengan lobak merah. Oleh kerana selepas solat terawih hendak sambung kerja di dapur, jadi memang bergelas-gelaslah jus oren dan lobak merah masuk perut!

Smiling Fish Fried Sardin In Chilli Sauce

Amie gunakan Smiling Fish Fried Sardin In Chilli Sauce, ikan tin kegemaran Fuad dan Encik Suami. Memang sedaplah rasanya, sebab ikan sardin siap digoreng dan bersos cili. Amie gunakan dua tin kecil. Masih berbaki, dan boleh dipanaskan semula waktu sahur nanti.

Bunga Betik Tumis dengan Udang Kering dan Cili Padi


Untuk Encik Suami, Amie tumis bunga betik ditambah cili padi dengan udang kering. Nampak lauk kami hari ini kering-kering saja kecuali sardin sedikit berkuah.

Kalau ada lauk sardin rasanya tak lengkap kalau tidak dadarkan telur!


Resipi Smiling Fish Fried In Chilli Sauce
Bahan-bahan:
  • 2 tin Smiling Fried Sardin In Chilli Sauce
  • 2 biji kentang - kupas - potong ikut suka - goreng hingga masak - angkat dan ketepikan
  • 2 tangkai cili hijau - potong 3
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan sardin, dan gaul rata.
  3. Tuangkan bancuhan air asam jawa. Biarkan masak mendidih.
  4. Masukkan kentang goreng dan cili hijau.
  5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  6. Setelah kuah agak pekat, padamkan api dapur.

Satu jug besar jus buah oreng campur lobak merah.

Sempat penuhkan semula bekas kerepek jejari ketam!

Dan potong sotong kering yang sudah kembang sebesen. Hari raya nanti bolehlah masak macam-macam. Hendak masak sambal atau masak kuah kacang, sotong kangkung atau sotong panggung pun boleh.

8 comments

  1. Mesti tak sabarkan Kak Amie nak tunggu kepulangan anak menantu :)
    Kami pula tak sabar nak balik kampung :D

    BalasPadam
  2. Meriah rumah nanti, anak² dah mula sampai. Pertama kali saya tengok ikan sardin dalam tin yang sudah siap digoreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Nur. Memang rindu keriuhan suasana bersama anak-anak.
      Ikan sardin ni sedap, tak lembik.

      Padam
  3. smiling fish tu jenama sardin rupanya. selamat membuat persiapan raya. saya masih bekerja. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, jenama sardin.
      Moga cuti raya nanti dimanfaatkan sepenuhnya.

      Padam
  4. anak2 pun mesti tak sabar nak sampai rumah mummy...macam kami tak sabar nak balik rumah mak ayah,firdaus pun mesti tak sabar nak tunggu abang2&kakak aseyah kesayang...meriahnya raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama sabar menanti kan Afzan.
      Moga Afzan sekeluarga selamat sampai ke rumah mak ayah.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe