Cahaya di Taman Firdaus
2:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu Firdaus sakit lebih seminggu lamanya, dia tidak mahu berenggang dengan Amie. Kadang-kadang tidur malamnya terganggu sampai mengigau. Jadi, kami banyak menghabiskan masa di ruang tamu. Amie buat kerja menoreh, Firdaus berehat atau tidur di sebelah kita sambil minta diusap belakangnya. Dia baring di sebelah kiri kita. Katanya, tangan kanan Mommy buat kerja, tangan kiri Mommy gosok belakang Daus.
Pada waktu terluang, Encik Suami membersihkan Taman Firdaus. Amie pun tak tahu apa yang dibersihkan dan diubahsuai. Suatu malam, Encik Suami berkata kepada Firdaus:
Tengok di luar sana. Baba pasangkan lampu di taman Daus.
Amie hanya memandang sekilas menerusi tingkap, dan terlihat cahaya di hujung taman.
Pada malam yang lain, sebelum pergi ke masjid untuk solat terawih, Encik Suami berkata lagi:
Daus, Baba pasangkan lampu di taman. Nanti Daus boleh tengok.
Semalam Amie melihat Taman Firdaus yang bercahaya sehingga ke pagi. Rupanya ada dua buah lampu di dalam dua buah rumah burung. Selama beberapa malam Amie hanya melihat sebuah lampu sahaja di hujung taman. Ketika mendekati meja batu yang sudah dicat semula, terbau aroma wangi dari bunga limau kasturi dan bunga akar dani.
Ada pokok epal bidara dan pokok mata kucing. |
Lampu di sudut ini terlindung oleh tingkap. Itu sebabnya apabila waktu malam hanya nampak cahaya di sudut satu lagi. |
Selain mengecat meja dan bangku batu, Encik Suami susun batu-batu sungai di sekeliling Taman Firdaus. |
Melihat kesan-kesan lumut di pagar berwarna putih, timbul pula rasa sayu. Pemandangan begini segera menimbulkan pelbagai kesan di hati, ditambah pula dengan aroma bunga akar dani yang semerbak. |
Di waktu siang, beginilah pemandangannya. Bunga akar dani sedang lebat mekar terutama di luar pagar. Rupanya Encik Suami sudah pindahkan pasu-pasu orkid ke sini. |
Encik Suami bukanlah seorang yang kreatif menghias taman, tapi seorang yang rajin mengemas taman. Biarlah dia dengan kegemarannya! |
Nanti setelah Firdaus benar-benar sihat, atau cuti sekolah, di waktu petang bolehlah duduk bermain di sini bersama kawan-kawannya. |
Sekian. |
9 comments
Taman Firdaus... macam lagu P Ramlee!
BalasPadamCantik taman firdaus. Nampak redup, boleh duduk², buat kerja atau minum petang bila habis bulan puasa.
BalasPadamPagar tu gaya rustic cikgu, kalau nak OOTD lawa, sekarang trend gitu, .
BalasPadamwah redup je taman firdaus..
BalasPadambagusnya Taman Firdaus dijaga rapi. Firdaus tak sihat nape tu? Semoga lekas sembuh ye
BalasPadamsejuk mata memandang taman firdaus
BalasPadamSemoga Daus kembali sihat..Begitu juga dengan Fuad..
BalasPadamEh,Fairuz pun semoga dimudahkan urusan..Abang Farid & Kak Aseeyah juga selamat menjalani ibadah puasa,dengan pertanyaan " Raya ni kat Gombak ke kat LD?"
(🤭macam baca kad permintaan kat radio dulu-dulu)
Cantiknya Taman Firdaus apabila diterangi cahaya menyuluh kegelapan.
BalasPadammoga Daus terus sihat, nak raya dah ni kan. Sedih lak baca ayat yg usap belakang tu kak, cantik berseri taman Firdaus bila ada lampu tu
BalasPadam