Berbuka Puasa dengan Kuetiaw Goreng ala Koboi

8:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau minggu lepas dan minggu sebelumnya, setiap hari mendung dan hujan, tetapi sepanjang minggu ini cuaca sangat panas dan agak melemaskan. Allahu Akbar! Setiap kali balik dari menoreh memang rasa hendak terjelepok jatuh depan pintu rumah. Nafas pun rasa sesak semacam. Selepas duduk seketika, kita masuk bilik air, berdiri bawah pancuran air dan mandi basah kepala hingga ke kaki! Kalau boleh hendak berendam dalam kolah! Tapi tak ada kolah. Selepas itu barulah agak bertenaga dan segar sedikit. Kemudian solat zohor dan terus mencari tempat pembaringan untuk sambung berehat.

Seawal pukul 6:45 pagi hingga menjelang tengahari berada di kelas memang badan panas dan rimas! Kebetulan pula tidak ada pendingin hawa di bilik kami. Rupanya bukan kita seorang yang rasa lelah begini! Kawan-kawan yang lain sama juga. 

Tadi sempat baca berita berkaitan cuaca panas di SABAH MEDIA:

Fenomena bahang cuaca panas yang melanda negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata setakat semalam, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Oleh itu, beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya.

Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Dalam keadaan lelah, gagahkan diri masuk ke dapur untuk sediakan juadah berbuka puasa. Sudah tiga empat hari lepas Encik Suami suarakan keinginan untuk makan kuetiaw goreng. Amie minta Encik Suami carikan bahan termasuk kuetiaw, taugeh, daun kucai dan telur di coldstorage. Apabila dibawa pulang:
  • kuetiaw
  • daun bawang
Katanya tidak ada telur. Tidak ada kucai. Tidak ada taugeh. Yang ada daun bawang. Sempat lagi Encik Suami beritahu, tidak boleh beli gula lebih dari dua kilogram! Huurrrmmm.... kita tarik nafas panjang!

Kuetiaw ini ikut kebiasaannya sedap berperencahkan kerang, tapi di Sabah memang susah sangatlah nak dapat kerang. Gunakan sahajalah bahan yang ada. Jumpa sebatang sawi. Jumpa beberapa ekor udang. Ada fish cake dan fucuk ketam. Bolehlah dibuat perencah Kuetiaw  Goreng ala Koboi.

Kuetiaw Goreng Ala Koboi


Firdaus pula sudah berpesan dengan berbuka puasa dengan popia. Daun salad letak tiga helai saja, jangan lebih katanya. Dia pesan lagi gorengkan 12 batang popia untuknya.

Daun bawang yang dibeli Encik Suami. Sebatang harga RM1.00. Hanya dapat dijadikan hiasan kuetiaw goreng sahaja. Nampaknya kena arahkan Firdaus tanam pokok bawang merah dalam sarang telur. Nanti menjelang raya, tumbuhlah pokok bawangnya.

Kuetiaw Goreng ala Koboi

Terlupa! Firdaus minta 12 batang tapi kita tak kira. Cuma gorengkan 10 batang. Kita teringat tiga helai daun salad saja yang Firdaus pesan.

Itulah cerita kami hari ini. Berbuka puasa dengan:
  • Kuetiaw Goreng ala Koboi
  • Popia
  • Jus Oreng Campur Lobak Merah
Agak lama juga tidak makan kuetiaw goreng. Apabila Kuetiaw Goreng ala Koboi ditemankan dengan cili jeruk, rasa hendak menambah-nambah pula makan kuetiaw menjadi dua pinggan!

Cili Jeruk

Jus Oren dengan Lobak Merah

20 comments

  1. Koboi koboi pun penuh rencah.Sebut koboi teringat dialog adik Cikgu Norkiah nak pakaian koboi dalam film Masam Manis🤭
    Siap ada syarat tu daun salad 3 & popia 12..Apa makna angka tu Daus?🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah budak satu ni... nak makan 3 helai daun salad saja. 12 batang tu sebab semalamnya dalam pinggannya hanya ada 10 kot.

      Padam
  2. Ini bukan koboi ni Kak, ini kayangan ni 🤩
    Gandingan semua tu nampak macam menu hotel la Kak Amie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari makan kuetiaw goreng di pinggir kayangan hihihii.

      Padam
  3. patutlah asek dahaga je, mmng panas sungguh 37 tuu huhuhu.
    Koey teow goreng nampak sedap sangat nii hehehe dgn airnyaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang panas betul kan.
      Syukurlah tengah malam tadi hujan lebat.

      Padam
  4. Alamak..macam ni koboi ye...baru SA tau...hehehe...sedap plak tengok cili jeruk tu ha...pergi rumah Mak Cella pun ada kuew tiaw goreng...meriah betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kata koboi sebab tak ada taugeh dengan kerangnya SA hihihiii.

      Padam
  5. 37 degree tu kat sini dari last week, masa tu pun dah jam 3.15 pm. Memang terasa lah bahangnya bila duduk di rumah. Di ofis tak terasa sebab aircond keliling.
    Cantik gandingan jus oren dan lobak merah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah, terasa sangat bahang kepanasannya di dalam kelas. Kesian tengok budak-budak sampai merah muka.

      Padam
  6. mengancam kuewteau K Amie ni. he hee amboi Firdaus pandai dia pesan popia goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah makanan kesukaannya dua tiga hari ini Cik Nur.

      Padam
  7. Baru tau koboi makan kuetiau ... hehehehe

    BalasPadam
  8. Dekat sini pun panas juga, tapi hari ni mendung, cuma tak hujan.
    Sedap tengok kuetiau. Lagi-lagi ada cili jeruk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Nur makan kuetiaw goreng dengan cili jeruk.

      Padam
  9. Kwetiau goreng sedap banget ,saya penyuka serba mie dan sejenisnya ,nampak lezat,iyalah pandai memanfaatkan bahan yg ada supaya tak mubazir ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Gunakanlah apa bahan yang ada. Yang penting seisi keluarga dapat menyantap dengan penuh selera.

      Padam
  10. Terasa2 pulak tekak ni macam nak makan Kueyteow Goreng jugak ni, Kak Amie.

    BalasPadam
  11. aduh siap pesan kene goreng 12 ketul popia ye... aduhla Daus ni comel betul... kuetiaw goreng koboi tapi dana tengok isi nya aduh penuh lauk kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe