Kenangan Lebaran Hari Pertama & Kedua

11:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari raya pertama kami tidak ligat beraya seperti dahulu memandangkan cuaca yang sangat panas. Selepas beraya di kampung, kami bergerak ke tanah perkuburan menziarahi pusara keluarga terdekat yang telah pergi meninggalkan kami.

Di rumah adik ipar.


Kami sambung beraya di rumah keluarga terdekat, ke rumah Mak Ana yang terletak di atas bukit. Di sini semuanya hendak duduk di bawah kolong rumah sebab agak berangin. Jadi berayalah kami di bawah rumah orang!


Seperti tahun-tahun sebelumnya, hidangan wajib Mak Ana sediakan untuk kami sudah tentulah sate! Kalau dahulu, Mak Ana akan hidangkan sate rusa, tetapi sekarang rusa sudah jarang ada, jadi Mak Ana hidangkan sate ayam, kari daging lembu, dan rusa masak kicap serta buras.

Sate ayam & buras.

Firdaus dan kawan-kawan duduk di atas tangga.

Kemudian kami beraya di tiga buah rumah bapa saudara dan ibu saudara Encik Suami pula. Maka berkumpullah gang baju hitam di hari raya!

Bertembung dengan keluarga sepupu Encik Suami yang juga berbaju hitam dondon-berdondon!



Hari raya kedua, kami berkumpul lagi di rumah adik ipar untuk menghadiri majlis pertunangan Ummi Syazana.

Selamat bertunang Ummi Syazana.

Melihat anak-anak kecil berkaraoke, teringat tugas kami malam raya kedua ini! Di sebelah Lina, Jasman tetap dan berpencen dengan tugasnya sebagai pengurus P.A. Sistem.

Kami telah dilantik secara bidan terjun dua hari lepas untuk menjadi pengerusi pengelola majlis keluarga: Hari Keluarga Jurisah Sakinah! Acara ini diadakan setiap tahun ketika bulan Syawal. Kali ini dipercepatkan memandangkan ramai ahli keluarga yang akan meninggalkan LD beberapa hari lagi. Sudah tentulah kalau lambat diadakan, ahli keluarga sudah berkurangan dan tidak dapat menyertainya.

Agar-Agar Sirap Rose & Agar-Agar Kemenyan

Seperti biasa setiap keluarga akan membawa makanan masing-masing.  bagaimanapun kali ini kami putuskan supaya tidak membawa pelbagai jenis makanan untuk mengelakkan pembaziran. Hanya satu hidangan utama sahaja iaitu soto ayam, dan masing-masing dialu-alukan membawa pencuci mulut serta buah. Keputusan ini diambil kerana memikirkan di sebelah siang sudah makan berat dan menghadiri rumah terbuka.


Kami bahagi-bahagikan tugas kepada setiap keluarga, misalnya sebuah keluarga sediakan bihun @ suhun, sebuah keluarga lagi sediakan nasi himpit dan seterusnya ada keluarga yang sediakan sup serta ayam.
Amie sediakan pegedil kentang, sambal kicap dan tiga jenis agar-agar: Agar-agar Kemenyan, Agar-agar Sirap Rose & Agar-agar Pandan

Pegedil Kentang, Sambal Kicap & Tiga Jenis Agar-Agar

Anak buah dari Silabukan menjadi pengacara majlis pada malam itu.

Haziq tampil segak dengan pakaian corak songket ketika membacakan doa.

Kakak ipar, wakil keluarga sedang menyampaikan amanat.

Adik-beradik Encik Suami.

Majlis pada malam itu diadakan secara ringkas sahaja, tiada pulut kuning dan ayam panggang seperti biasa. Hanya sebiji kek sahaja untuk dipotong bersama.


Antara ahli keluarga yang hadir pada malam itu dengan pakaian tema hitam emas.


Majlis berakhir pada pukul sebelas malam.

Alhamdulillah. Selesai tugas yang digalas pada malam itu.


Belanja video keluarga menari tarian igal-igal  berlatar belakangkan lagi @ muzik Bajau.

5 comments

  1. Wah...meriahnya..
    Bagusnya dijadikan acara tahunan menjadi medan pertemuan saudara mara.Semua sporting pulak tu mematuhi jadual.
    Lincah En Majid menari ikut irama.
    Cikgu,adakan tarian igal-igal ini hanya ditarikan oleh kaum lelaki?
    Sebab nampak kaum lelaki sahaja menari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Igal-igal ditarikan oleh lelaki dan perempuan, tapi yang perempuan lebih suka jadi penonton saja malam itu.

      Padam
  2. Hehe.. meriahnya, tengok video. Seronok ada hari keluarga macam ni. Tema kombinasi hitam dan emas nampak cantik pula, bagi saya. :)

    BalasPadam
  3. Bagus cadangan tetapkan satu menu tu, Kak Amie. Semua dapat sama merasa, tidaklah ada yang tertinggal tak dapat dimakan kerana sudah kekenyangan.

    BalasPadam
  4. meriah betul kak, lagilah bila pakaian abang suami akak tu siap bertanjak bersongket memang lain dari lain. Meriah semua anak akak ada bersama

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe