Fuad Keracunan Makanan!

3:06 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat zohor, telefon berbunyi.
Fuad: Assalamualaikum Mom.
Amie : Waalaikumusalam.
Fuad: Sebenarnya saya tak mahu beritahu Mommy. Tapi hari ini kena cakap juga.
Amie: Kenapa dik?
Fuad : Saya hari ini di rumah. Tidak bekerja. Saya keracunan makanan sejak 04 Mac. 
Amie: Kenapa tak bagi tahu Mommy?
Fuad : Saya masuk hospital satu hari. Kena masuk air.
Amie: Lailahaillallah! Sekarang macamana?
Fuad : Masih lagi tak larat pergi kerja.

Ya Allah! Lindungilah anakku yang jauh di mata.
Saat-saat seperti inilah yang sangat sukar untuk dihadapi.
Pada 04 Mac 2023, Fuad sahur di kantin tempat kerjanya bersama beberapa orang rakan sekerja. Katanya, bau dan rasa daging yang dimakannya lain dari dari biasa. Katanya lagi, sudah tidak ada pilihan terpaksa makan sahajalah. Keesokannya, tiba-tiba suhu badannya terus naik. Fuad sangka kena demam denggi. Majikannya bawa ke hospital. Bukan Fuad seorang sahaja, tetapi ada lagi tiga orang kawannya yang mengalami keadaan yang sama. Mudah-mudahan Fuad bersama rakan-rakannya beransur pulih seperti sediakala dan dapat meneruskan ibadat puasa dengan sempurna.

Moga Fuad cepat sembuh.


Fuad sekarang berada di rumah sewanya. Katanya lagi tidak dapat berpuasa kerana perlu makan ubat. Yang sedihnya apabila Fuad kata, tak ada selera langsung untuk makan! Encik Suami minta Fuad minum air kelapa muda. Amie pula cadangkan Fuad telefon Ziah, sepupunya untuk hantar air kelapa muda tapi Fuad kata malu dan tak mahu susahkan orang. Alahai dik! Buanglah semua perasaan itu. Di saat-saat begini, kesihatan itu paling utama. Bukan tidak ada keluarga di sana. Ada nenek di kampung. Ada emak bapa saudara. Ada sepupu lagi! Bukan jauh sangat pun mereka. Tapi, itulah budak Fuad ini malunya sangat menebal dalam dirinya!

Jadi, Amie pun telefon Ziah untuk hantar air kelapa muda ke rumah sewa Fuad. Ziah terkejut, sebab ada Fuad beritahu kurang sihat tapi tidak beritahu keracunan makanan! Jadi, Ziah akan hantar air kelapa muda untuk Fuad.

Hari-hari Encik Suami telefon anak-anak termasuk Fuad, tapi Fuad tidak beritahu keadaannya. Semalam Fuad tanya, tahun ini hendak pakai baju raya warna apa? Tiket kapal terbang sudah dibeli. Katanya lagi, dia hendak cuti lama-lama di LD.

Sebenarnya, kami bercadang petang ini hendak ke Bazar Ramadan, tapi mengenangkan kami mengalami cerry berry selama dua hari selepas makan nasi beriani dan nasi dagang tempoh hari, tak jadilah hendak membeli lagi:JUADAH BERBUKA PUASA DARI BAZAR RAMADAN Ditambah pula setelah mendengar berita daripada Fuad, jadi buat masa ini tidaklah jejak kaki dulu ke Bazar Ramadan.

Firdaus tidak mengalami cerry berry sebab dia tak sentuh nasi. Dia hanya makan roti jala, dan itu pun hanya sekeping kerana katanya kuah kari ayam rasa lain macam! 

Terkini:

Ziah bawa Fuad balik kampung. Nenek terkejut, terus telefon kita. Adik ipar pula segera turunkan tujuh biji buah kelapa muda untuk Fuad minum.

10 comments

  1. Bagus dapat majikan bertanggungjawab macam tu... bawak ke hospital. Terbaik

    BalasPadam
  2. Allah, semoga Fuad sudah semakin sihat hendaknya... doa yg baik-baik aje buat mereka

    BalasPadam
  3. Allahu...
    Semoga Fuad kembali sihat dan dapat kembali berpuasa serta dimudahkan urusan balik beraya ke LD.

    BalasPadam
  4. Semoga Fuad lekas sembuh...anak2 jauh dimata mmg kita sbg ibu akan risau kan kak

    BalasPadam
  5. Allahuakbar. Setiap kali waktu puasa setiap kali tu jugak ada kes keracunan makanan. Pihak syarikat patut ambik tindakan dgn pengusaha kantin tempat kerja, atau sekurang-kurangnya panggil jabatan kesihatan periksa premis tempat penyediaan makanan. Semoga Fuad cepat sembuh.

    BalasPadam
  6. Semoga Fuad cepat sembuh. Ye, ye, kena minum air kelapa.

    BalasPadam
  7. alahaiiii kesian fuad...tapi bgs majikannya👍

    so hari ni mcm mn perkembangan dua kak? dah ok ke? dah boleh puasa mcm biasa?

    BalasPadam
  8. Allahu.. semoga Fuad cepat sembuh. Memang lemah je badan kalau keracunan makanan ni.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, walaupun jauh dari mommy & baba, ramai saudara yg dekat dgn Fuad. Normal la tu Kak Amie, budak2 ni malu nak mintak tolong saudara. Semoga Fuad cepat sembuh ya.

    BalasPadam
  10. Bersyukurla ada saudara dekat ngn Fuad ye kak, kalau tidak risaunya tak keruanlah. Risaunya dengan musim puasa ini kalau makanan yg dah tak elok dijual atau dihidangkan yg susah nya pembeli tu lah. Sudah bila keracunan terus lemah jadinya, moga Fuad dan akak sekeluarga terus kembali sihat

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe