Makan Malam Selepas Bacaan Yasin di Malam Nisfu Sya'ban

4:06 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada mulanya, kami hendak pulang ke LD, tetapi Fairuz mohon supaya jangan balik dulu. Jadinya, pada malam Nisfu Sya'ban 07 Mac 2023, kami cadang buat bacaan Yasin di kondo. Kononnya juga akan masak sedikit makanan untuk dijamah bersama. Apabila Abang Aznan dengar, katanya eloklah semua yang ada berkumpul di rumahnya. Boleh masak sama-sama.

Juadah Makan Malam sempena Nisfu Sya'ban.


Pada hari tersebut, ibu dan ayah Haziq sibuk menguruskan Faiz (adik Haziq) yang sedang menjalani pembedahan lutut di Hospital Queen Elizabeth. Tahun lepas Amie ada buat paparan entri : SELAMAT BERJUANG SKUAD SILAT SABAH DI SUKMA XX MSN 2022

Faiz mengalami kecederaan lutut yang serius sewaktu menyertai SUKMA tahun lepas. In syaa Allah, pada hari Jumaat 07 April 2023 Faiz akan dibawa pulang ke LD. Selepas menjalani pembedahan lutut, Faiz berehat di kediaman Fairuz dan Haziq.

Ayam Masak Merah

Kami hendak masak nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar. Amie beritahu Abang Aznan, lauk-pauk biarlah masak di kondo sahaja. Nanti masak nasi tomato di rumah Abang Aznan sebab kami tidak ada periuk pengukus. Rice cooker pun kecil saja.

Dalca ceker dan leher ayam.

Acar Kampung Bukit Hijau : Bubuh udang kering.

Firdaus bantu kupas limau mandarin dan susun anggur serta hirisan tembikai.

Ibu Haziq sempat buat acar peria dengan mangga muda.

Sayap ayam ini ibu Haziq goreng di rumah Abang Aznan sebab tak sempat goreng di kondo. Sedap makan apabila semua lauk masih panas.



Azwa bersama Acik dan Nasir dari Tuaran, bawa pengat pisang. Aduhai...sedapnya!

Amie masak nasi tomato di dapur Abang Aznan dengan menggunakan periuk kukusan. Alhamdulillah. Nasi tomato menjadi dengan jayanya!

Ayam Masak Merah dipindahkan dari periuk ke dalam bekas  lauk.

Dalca yang sangat sedap! Puji diri sendiri... tapi memang semua kata sedap...ahaks!

Deretan lauk-pauk yang akan dinikmati bersama nasi tomato. Nasi biasa pun ada. Mana tahu ada yang tak pandai makan nasi tomato.




Abang Aznan goreng udang salut tepung. Selepas selesai majlis bacaan Yasin, barulah Abang Aznan goreng. Katanya hendak hidangkan panas. Oleh kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk makan, jadi tak sempatlah dihidangkan semua sebab belum selesai menggoreng. Kiranya sambil makan sambil menggorenglah di dapur.

Udang Goreng Salut Tepung.

Selamat menjamu selera!


Ketika masing-masing sedang menikmati hidangan, Abang Aznan masih bersama udang goreng salut tepungnya di dapur. Kuali di sebelah, berisi sayap ayam goreng! 
Jajanan


Tradisi masyarakat Cocos, sekiranya ada majlis seperti doa selamat, bacaan Yasin atau bertahlil mereka akan menyediakan jajan untuk disedekahkan kepada para tetamu. Selepas bacaan Yasin sebanyak tiga kali, dan diakhiri dengan doa Malam Nisfu Sya'ban, semuanya mendapat jajan. Masing-masing boleh mengambil jajan yang disukai. Jajan-jajan ini disumbangkan oleh Abang Aznan.

Semua perempuan yang hadir pada malam itu dapat sehelai kain sarung pemberian Ery, isteri Abang Aznan.


14 comments

  1. Alhamdulillah hidangan menggiurkan selera sempena nisfu Syaaban

    BalasPadam
  2. Masyaa Allah.....limpahan rezeki..
    Seronoknya menikmati sambil mensyukuri..
    Cantik betul nasi tomato kukus tu..Nanti lapang-lapang share la resipi dan tips nya yer Cikgu..
    Saya setiap tahun kalau raya masak nasi tomato..Tapi nasi tomato cikgu lagi menarik..Nak juga saya jadikan panduan

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Mama Cella.
      Nasi tomato sebenarnya sedap, tak muak makan berkali-kali.

      Padam
  3. Alhamdulillah dapat berkumpul ramai2 dgn sanak-saudara sambil menikmati juadah yg menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki dapat berkumpul di malam yang mulia.

      Padam
  4. Rasa macam nak apply semula jadi adik angkat Abang Aznan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh isi borang ye SK. Nanti kita kirim kat mambang hahahha.

      Padam
  5. waduh banyak-banyak lauk nampak dalca ceker ayam je....alahaiiiii ceker ayam peberet tu. Seronok kan ada jajan. Ambil sepiring bawak lari...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak puas makan dalca malam tu Notie. Kena buat lagi ni.
      Ooo ya, cara ambil jajan tu, ambil sedikit-sedikit dari setiap piring yang tak sama, masukkan dalam plastik yang disediakan tuan rumah.

      Padam
  6. Abang Aznan kalau makan makan mesti ajak kerumahnya. Orang pemurah dilimpahi rezeki. Tengok macam-macam menu waktu berpuasa ni menduga keimanan betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sifat Abang Aznan, sentiasa ingat saudara-mara.
      Mudah-mudahan terus melimpah ruah rezekinya sekeluarga.

      Padam
  7. Abang Aznan ni sangat pemurah, kerap menjamu tetamu. Patutlah rezekinya sentiasa bertambah!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe