Coretan Hari Ini
3:37 PTGMi Goreng & Telur Mata Kerbau |
Lempeng cair cicah sambal ikan tuna. |
Hari ini cuaca cerah tetapi menjelang petang nampak sedikit mendung.Terpandang di puncak dahan epal bidara, bunga telang dan bunga akar dani berebut-rebut kedudukan! Di sebelahnya pula bunga mata kucing brazil tidak lepaskan peluang menonjolkan diri. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Bunga telang nan sekuntum tertinggal di perdu pohon epal bidara. Rakan-rakannya sudah menjulang di puncak sanun bersama bunga akar dani. |
Bunga mata kucing di Taman Firdaus. |
Kali terakhir petik buah mata kucing brazil pada petang raya kedua sewaktu Abang Farid sampai ke rumah. Hari ini kelihatan bunganya lebat di hujung julai. |
Rimbunan bunga akar dani yang mekar di siang hari, dan harum mewangi menghiasi malam. |
Sebelum ke pasar, sempat intai sekuntum lagi bunga kantan yang muncul! |
Tembikai RM5.00 sekilogram. |
Hari ini kami membeli sedikit bahan makanan termasuk sayap ayam. Nampaknya harganya sudah turun menjadi Rn19.90 sen sekilogram. Cerita sedihnya ada yang terpaksa beli dengan harga RM25.00 sekilogram. Tengok juga bahagian peha, RM15.90 sekilogram.Tembikai pula sudah turun harga juga, RM5.00 sekilogram.
Nanas : RM9.00 sekilogram. Beli sebiji RM22.00. Timun Jepun : 6 biji RM14.80 sen. |
Fuad kata teringin hendak makan tempe dan bawa balik Klang. Entah sejak bila budak ini pandai makan tempe. In syaa Allah, petang ini kita cuba buatkan sambal tempe kering. Esok Fuad akan gerak ke Kota Kinabalu. Katanya, baiklah naik kapal terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur sebab harga tiket sangat mahal dari Tawau. Itu pun harga yang Fuad dapat sehala KK-KL RM849+++.
Anggur untuk Fairuz, untuk hilangkan pahit mulut akibat demam. |
Terima kasih sudi singgah beraya di dapur maya ini.
5 comments
Uniknya bungkusan tempe di LD. Comel pulak.
BalasPadamMahal pula nanas bila dijual per kg. Rasa kat sini jual harga per biji.
selamat hari raya kak amie sekeluarga
BalasPadamcomel bungkusan tempe nya, kali pertama tgk camtu, sini segi 4 nipis je. ehh mangga tu buat kecur tekak even tgk je. slmt hari raya aimie. maaf zahir batin
BalasPadamSebenarnya saya tau nama bunga akar dani tu dari blog cikgu..Sebelum ni tak tau nama.Sekarang asal nampak bunga akar dani ni kat mana-mana auto teringat cikgu
BalasPadamSama dekat sini. Lepas habis raya, harga ayam pun turun. :)
BalasPadamSedap tengok mi goreng.