Lauk Berbuka : Kari Daging Tetel, Acar Mangga Campur Peria & Ikan Cencaru Goreng Kunyit

12:25 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Baru ada kesempatan tulis entri. 15 minit lagi ke pukul 12:00 tengah malam. Petang tadi masak Kari Daging Tetel. Sebenarnya malam semalam hiris lima kilogram daging untuk persediaan masak rendang. Kami beli daging nombor satu sahaja, daging import. Hendak beli daging manis, hanya mampu dongak merenung ke langit kayangan. Sewaktu hiris daging, ada bahagian daging bersalut lemak. Kita asingkan dan dapat fikiran untuk memasaknya dalam slow cooker. Kemudian kita masak kari untuk lauk berbuka. Kita tambah Acar Mangga Campur Peria, kegemaran Encik Suami. Kemudian kita goreng baki  ikan cencaru bahagian ekor. Kita goreng kunyit gaya Suria Amanda. Dua hari lepas kita pun goreng ikan cara yang sama tapi bahagian kepala.

Alangkah enaknya kalau ada sambal belacan! Semua bahan ada di dapur tapi ketiadaan mambang, tak jadilah hendak menyambal! Apa khabar si mambang di Tanah Jauhar. Dah tak nampak jalan ke LD ye. Nak belikan tiket kapal terbang, tak terdayalah pula sebab semuanya sudah berlipat ganda macam tambang pergi ke Australia! Biarlah si mambang duduk lama-lama gemukkan diri di sanun.

Kari Daging Tetel. Acar Mangga Campur Peria & Ikan Cencaru Goreng Kunyit

Kari Daging Tetel


Kari Daging Tetel ini kita masak biasa sahaja, cuma yang luar biasanya di akhir masakan kita perahkan jus limau nipis ikut gaya masakan keluarga sebelah Encik Suami. Firdaus pula menambah-nambah nasi sampai habis licin nasi di periuk! Selalunya kalau buka makan nasi, masi lagi berbaki tapi kali ini sampai Firdaus tercari-cari lagi! Alhamdulillah, selera makannya sudah bertambah!
Ada masa nanti kita kongsikan masakan kari gaya MIL ini.


Kita layankan saja selera Encik Suami untuk makan acar mangga campur peria lagi. Encik Suami boleh habiskan acar ini seorang. Entah di mana sedapnya... ahaks!


Banyak stok bunga kantan di dapur. Kecil comel jew kuntumnya. Kata Blogger Syazni Rahim, nampak macam jambangan tulip pulak dah apabila kita susun dalam koleh. Untuk Acar Mangga Campur Peria, kita gunakan sekuntum bunga kantan sahaja.


Dua hari lepas kita goreng ikan cencaru gaya Suria Amanda. Sewaktu makan, kita lihat Encik Suami asyik kaut bawang putih goreng kunyit bawa masuk pinggannya. Asyik dia saja yang makan bawang putih goreng, kita dapat sisanya saja... ahaks! Hari ini kita goreng lagi, tapi lebihkan bawang putih supaya dapat makan sepuasnya. Sebelum berbuka, sambil tunjuk Ikan Cencaru Goreng Kunyit, Encik Suami kata:  Rupanya bawang putih goreng! Sedap. Ingatkan serondeng! 
Terima kasih SA. Memang sedaplah Ikan Cencaru Goreng Kunyit.


Encik Suami sediakan jus tembikai satu jug besar. Firdaus minta kita kirakan berapa gelas dia minum jus tembikai sewaktu berbuka. Woooo.... banyak gelas! Tak terkira!


Kami sambung minum jus tembikai sewaktu buat sedikit kerja di dapur. Balik solat terawih, Encik Suami sambung cat pagar. Kita buat kerepek jejari ketam. Gorengan pertama habis Firdaus makan. Seterusnya Encik Suami pula sambung. Hasilnya, dapatlah separuh balang! Nampaknya esok kena cari bahan dan buat lagi.


Sewaktu goreng kacang gajus, gas dapur habis! Terpaksalah Encik Suami berhenti mengecat pagar dan bawa tong gas ke kedai, tapi kedai sudah tutup! Encik Suami pinjam tong gas dari rumah kakak ipar pula. Panjang pula akal fikirannya. Kebetulan pula kakak ipar ada tiga buah tong gas. Sebenarnya pada sebelah petang kita sudah ingatkan Encik Suami supaya beli gas lagi. Kami ada dua tong. Satu sedang digunakan dan satu lagi kosong! 


Kita ambil kesempatan buat ayam pandan. Gulung-gulung saja ayam dengan daun pandan. Dapatlah gulung 1/3 daripada perapan ayam. 2/3 lagi sambung esok pulalah. Ayam pandan itu tadi kita kukus dan kemudian disejukbekukan untuk hari raya.


Kita intai sotong kering yang sudah diganti air. Wah, sotong semakin kembang! In syaa Allah esok akan dipotong dan disimpan. Beginilah hari-hari terakhir sebelum menjelang raya. Buat persediaan sedikit demi sedikit supaya tidak kelam kabut.

24 comments

  1. Mambang tak ada pun, banyak juga hasilnya. 😁👍 Sedap kari daging tetel.

    BalasPadam
  2. Rare tu kari perah dgn limau... mmg x pernah tau rahsia masakan gaya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang keluarga belah suami perahkan jus limau nipis di akhir masakan kari. Unik kan.

      Padam
  3. Sedapnyer kari tetel.
    Lepas ni cuba buat masak asam tetel pula. Letak binga kantan tu

    BalasPadam
  4. pukul 12 akak belum tidur lagi, kalau dana mahu kesingan nak bangun bersahur nanti tu. Semua dah siap segala persiapannya ya kak, kalau raya jumaat atau sabtu semua dah sedia kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sedia sikit-sikit Dana. Nanti tidaklah kelam-kabut.
      Kadang-kadang Kak Amie tidur lewat.

      Padam
  5. SA malam tadi pukul 9.30 dah x boleh tahan- tahan mata dah...sedap kan buat ikan cencaru goreng macam tu..cuba tukar buat ayam goreng versi macam tu kak amie...sedap..tapi tambahkan daun kari bagi aroma lagi sedap....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya goreng ikan tuna, bubuh gorengan bawang putih begitu. Habis anak-anak makan. Sedap katanya.

      Padam
  6. puasa ini pun hampir tiap hari air tembikai ada kat rumah, sedap minum waktu musim panas ni. Sedap nengok gajus dan kerepek crabstik tu kak... kudapan gini memang selalu cepat habis di makan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gajus dengan kerepek jejari ketam tu memang laku keras.
      Syukurlah Encik Suami rajin kisar tembikai buat jus. Kak Amie masak juadah berbuka.

      Padam
  7. Terima kasih Kak Amie kongsikan persiapan utk juadah ry tu...sy pun semalam dah mula buat persiapan, ambil inspirasi dari akak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama PH.
      Buat sikit-sikit supaya tak kalut nantinya.

      Padam
  8. rajinnya kak amie dah banyak buat persiapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Afzan.
      Dekat-dekat raya nanti tak kelam-kabut buat persiapan.

      Padam
  9. kuihnya belum raya lagi udah habis. mesti enak sih. Kari tetel aduhaiiiiiii mengoda sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.... belum raya dah habis, kena buat lagi.

      Padam
  10. samalah, buat sikit-sikit. kalau nak buat semua sekaligus tak terlarat

    BalasPadam
  11. Karinya ingetin saya dengan kari yg biasa dibuat mama 😍. Pake tetelan juga.

    Bunga kantan itu saya juga sukaaa sangat kak Amie. Biasanya dibuat sambel, tapi di sini disebut kecombrang. Saya suka wangi khas nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... pernah dengar kecombrang. Rupanya bunga kantan!
      Terima kasih kongsi info.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe