Buka Puasa Makan Nasi Lauk Ikan Tenggiri Masak Tempoyak
11:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi, dalam perjalanan dari balik menoreh, singgah beli ikan. Kononnya hendak beli ikan tenggiri. Rupanya ikan tenggiri hanya tinggal sepotong pada bahagian leher. Eh, ikan ada keher ke? Maksudnya bahagian yang hampir dengan kepala... ahaks! Kita beli jugalah sebab teringin hendak makan buat lauk makan nasi untuk berbuka puasa.
Kita masak yang mudah dan ringkas sahaja iaitu rebus dengan tempoyak dn bubuh bunga kantan.
Encik Suami kata, malam ini malam pasung. Tak perlulah masak banyak, sebab dia akan solat terawih di kampung dan ada majlis makan selepas solat terawih. Baliknya pula, memang banyaklah makanan yang dibawa termasuk kuih pasung, roti jala dan pelbagai kuih lain.
Selain Ikan Tenggiri Masak Tempoyak, kita tambahkan sayur tumis peria. Kita tumis dengan biji sawi, daun kari dan sedikit serbuk kari. |
Firdaus pesan awal-awal supaya gorengkan kentang untuknya. |
Encik Suami sediakan jus tembikai. |
Resipi Ikan Tenggiri Masak Tempoyak
Bahan-bahan:
- sekeping ikan tenggiri seberat 250 gram
- 3 sudu besar tempoyak
- 1 kuntum bunga kantan - belah 4
- 10 tangkai cili padi
- 3 cm kunyit hidup
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai - diketuk
- 1/2 batang timun - belah 2 - potong ikut saiz yang disukai
- 600 ml air - kalau hendak kuah pekat kurangkan kuantiti air
- garam / perasa pilihan
- Tumbuk dalam lesung cili padi, kunyit hidup dan tempoyak.
- Masukkan air ke dalam periuk bersama serai dan bahan tumbuk.
- Kemudian masukkan timun. Masak sehingga mendidih.
- Seterusnya masukkan ikan bersama asam keping dan bunga kantan.
- Biarkan kuah mendidih sekali lagi dan ikan masak.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
15 comments
Tudia....sedap-sedapnya lauk.
BalasPadamSaya punya zoom in nak tengok "telur udang" sambil membayangkan bebiji halus berwarna oren di bawah perut udang.Sekali,baca lagi slow-slow...
Ooo,ok telur + udang la🤣.
Saya terkenang zaman kanak-kanak tangkap udang sawah penuh telur bawah perutnya..Cucuk berderet pada lidi kelapa dan bakar atas bara api tepi periuk nasi.🦐🦐🦐
Sedapnya ikan tenggiri masak tempoyak. 😋
BalasPadamMenarik telur udang tu, telur dadar campur udang ke kak amie?
BalasPadamsedap nya ikan tu kak, sedap hirup kuahnya tu.... telur dadar udang tu memang menggoda, udang masuk dalam apa je pun sudah tentu sedap kan.
BalasPadamsaya kalau lauk asam rebus macam ni makan nasi kuah mesti nak banjir...surrrpp dengan sudu nikmatnya kak
BalasPadamTerkesip-kesip lidah kita menonton tayangan gambar dari sanun.
BalasPadammasak asam rebus tempoyak ikan tenggiri sdap yakmat tu
BalasPadamSedap-sedap semuanya kak amie..terliur pulak tengok tenggiri masak tempoyak tu...tapi tempoyak mcam susah sangat nak jumpa sekarang ni..bukan musim agaknya
BalasPadamSedap plak tengok asam rebus ikan tenggiri..rasanya ada lagi baki ikan tenggiri kat rumah...boleh buat ni...
BalasPadamfuhhh sedapnyaaaa masak tempoyakkkkk
BalasPadamMujurlah sy baca 2x, telur udang tu Kak Amie... Ingatkan telur udang mcm telur sotong tu, jenuh pikir macamana dapat telur udang sebanyak tu 🤣
BalasPadamkita serupa..🤭
Padamtempoyak untuk berbuka? wow!
BalasPadamunik juga masak tempoyak bubuh bunga kantan
BalasPadamGulai tenggiri tempoyak nampak sedap,saya jarang sekali makan tempoyak,pernah coba,asam manis tapi segar yaa,kepala ikan itu favorit saya😀
BalasPadam