Kota Kinabalu - Kudat : Hentian Ulu Kukut Kota Belud

6:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat lebih kurang 180 kilometer. Berkonvoilah kami sebanyak empat buah kereta menuju ke sana. Kami berhenti seketika di pintu masuk Hutan Simpan Ulu Kukut, Kota Belud. Bilik air di situ bersih dan tidak ada bau yang tidak menyenangkan.

Selamat Datang ke Hutan Simpan Ulu Kukut, Kota Belud.

Berhenti rehat seketika di Hentian Ulu Kukut.

Pisang Hijau.

Hanya ada beberapa buah kedai di sini. Selain menjual makanan ringan, ada air mineral dan air dalam tin. Selain itu, hanya ada buah-buahan seperti pisang dan tembikai sahaja. Melihat pisang hijau yang ranum dan semerbak harum, rasa ingin beli dan makan tapi takut perut pula meragam di tengah jalan! Baik jangan cari pasal! Biar menyesal tak makan pisang, jangan menyesal sepanjang jalan sebab sudah termakan!

Sekali lagi terima kasih daun keladi buat Abang Aznan kerana membayar semua makanan dan minuman yang dibeli oleh kami semua. Menurut Encik Suami, Abang Aznan juga yang membayar duit minyak semua kereta yang bergerak ke Kudat.


Entah apa nama pisang ini. Pisang susu kot?




Yang ini kita tahu. Namanya pisang rastali.



Buah tembikai ini saiznya kecil saja. Harganya RM3.00. Apabila kita angkat, ringan pula. Memanglah ringan. Saiznya pun sebesar kepal kita saja.


Sekarang kami sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan.


Antara pemandangan yang dapat disaksikan di kiri dan kanan jalan.


Kami berangan-angan untuk singgah beli jagung bakar. 
Di belakang jagung yang bergantungan itu ada longgokan kayu apai untuk membakar jagung.



5 comments

  1. Masyaa Allah pemurahnya Abang Aznan...
    Semoga Abang Aznan dan kita semua diberkati dan dirahmati Allah...

    BalasPadam
  2. pisang hijau tu mmg nama dia pisang hijau ke kak? ke pisang nangka tu sebab hijau lg dah masak dah selalu bau nya mmg wangi

    BalasPadam
  3. suka lah tengok jagung tergantung gitu, nampak fresh betul semuanya ya kak

    BalasPadam
  4. Masyaallah, sangat pemurah Abang Aznan ni.. Semoga Allah murahkan rezekinya.

    BalasPadam
  5. Abg Aznan memang pemurah orangnya. Semoga Allah limpahi rezeki berpanjangan untuknya. Aamiin..Dalam diam belanja ahli keluarga.

    Comel pulak buah tembikai tu. Murah dan sesuai dengan saiznya. Bagus juga jual jagung macam tu. Macam fresh petik dari pokok. Haa jangan cari pasal makan pisang masa jalan. Kang mana nak cari toilet.Nayaa...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe