Umbut Kelapa Masak Lemak Putih
11:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini agak sibuk dengan beberapa urusan yang hendak diselesaikan. Sekarang barulah ada masa untuk masuk dapur. Cerita dari dapur sudah tentulah apabila buka tudung saji, nampak hidangan kampung. Hari ini Amie olah umbut kelapa, masak ikut gaya rakan-rakan dari Kelantan iaitu dengan memasukkan ikan kembung tumbuk ke dalam masakan. Amie olah ikut citarasa sendiri. Rasanya? Ya ampun! Sangatlah sedap! Rasa seolah-olah berada di pondok tepi sawah menikmati hidangan tengahari selepas menuai padi! Amie temankan umbut kelapa masak lemak putih dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Hidangan Makan Tengah Hari. |
Cerita sedikit tentang ikan yang kita jadikan lauk hari ini. Encik Suami beli ikan bunak @ ikan tudung periuk @ ikan telinga gajah.Diborongnya empat ekor. Kita tak sempat nak bersihkan, jadi simpan dahulu ikan-ikan itu dalam freezer. Pagi tadi kita keluarkan. Nampaklah kurang segar, matanya pun sudah masuk ke dalam dan tidak bersinar. Nampak macam marah jew ikan itu kan.... ahaks!
Apa yang ingin Amie kongsikan ialah, di antara empat ekor ikan tersebut salah seekor bentuknya tidak sama. Cuba lihat gambar atas dan gambar bawah.
Nampak kan ikan yang di belakangnya itu muncungnya panjang sikit, tetapi ikan di depannya maca tak bermuncung! Jadi, selama ini asal nampak ikan leper saja Encik Suami beli! Mungkin dari keluarga ikan yang sama. Sama jugalah seperti ikan mabung, ikan pelaling, ikan kembung, ikan termenung dan sekeluarga dengannya. Kadang-kadang keliru juga dengan rupa bentuk dan nama-nama ikan. Dan kadang-kadang sekali harung kita anggil ikan kembung!
Nanti kita cuba siasat nama-nama ikan ini.
Ikan Bunak Goreng |
Kita kelar-kelar ikan bunak dan bubuh garam kunyit, kemudian goreng garing.
Daun salad romaine lettuce dan lobak merah celur. |
Umbut Kelapa Masak Lemak Putih |
Inilah menu istimewa hari ini: Umbuk Kelapa Masak Lemak Putih! Entah berapa lama tidak makan umbut kelapa. Apabila makan, tak ingat dunia... ahaks!
Tidak lupa, ada sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.
Jom kita lihat resipi Umbut Kelapa Masak Lemak Putih yang sangat menggoda selera ini.
Bahan-bahan:
- 500 gram umbut kelapa - rebus hingga lembut - toskan - hiris ikut citarasa
- 500ml santan cair
- 200 ml santan pekat
- 1 batang serai - diketuk
- 1 tangkai cili merah - hiris
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu kecil lada hitam / putih
- 2 ekor ikan kembung (saiz kecil) - rebus - asingkan isi dari tulang
Cara memasak:
- Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama umbut kelapa, serai dan bahan tumbuk.
- Biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan hirisan cili merah diikuti dengan santan pekat, garam / perasa pilihan.
- Kacau selalu dan biarkan mendidih sekali lagi dan terus padamkan api dapur.
Firdaus tak cukup merah ikan goreng seekor! Dia minta ikan Encik Suami pula.
Sekian. Terima kasih sudi berkunjung ke dapur kita. Jumpa lagi. Selamat malam.
14 comments
Ikan goreng dengan masak lemak putih. Memang kombinasi yang padu sangat. Boleh menambah nambah nasi..
BalasPadamItulah istimewanya menu turun-temurun. Walaupun ringkas, tetap menambat selera.
PadamEh, kita pun terasa nak temankan makan sekali. Masak nasi lebih, Kak Amie.
BalasPadamMari SK. Masih ada nasi lagi. Masak lemak umbut kelapa pun masih panas. Jom tuang atas nasi bagi banjir.
Padamtak kisahlah nama apa kan. dah digoreng garing makan dengan masak lemak putih memang sedap
BalasPadamYa Sal. Firdaus pun berselera ratah ikan goreng, makan nasi dengan kuah lemak.
PadamNampak sedap semua hidangannya
BalasPadamTerima kasih Wak. Jemput.
PadamMasak lemak, sambal belacan dan ikan goreng memang kombinasi yang lengkap dan menyelerakan!
BalasPadamTak boleh dinafikan. Itulah kombinasi masakan kampung yang sentiasa menambat selera.
PadamYa ampun...
BalasPadamsedapnya masak lemak putih umbut kelapa..
Suka kalau datang dapur cikgu dapat kenal macam-macam nama ikan yang saya tak pernah tengok
Itulah kebesaran dan kekuasaan Allah. Semakin kita gali dan kenali segala ciptaan-Nya, semakin banyak pula rupanya yang kita tak tahu!
PadamSedapnya umbut. Lama tak makan. Biasa jumpa masa kenduri. Sejak covid tak ada kenduri kendara rasa lama tak jumpa dah. Dapat bayangkan kesedapan bila tambah isi ikan tumbuk tu kak Amie. Susah juga nak mencari umbut. Ikan goreng kelar banyak camtu goreng garing cicah sambal, perghhh..tak pandang orang sebelah dah bila makan. Hehehe...
BalasPadamumbut kelapa sedapnya, masak lemak rasanya manis
BalasPadam