Asam Pedas Ikan Jenahak

8:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekembalinya kami dari Bataras Hypermarket Bundusan, Amie dapati ikan merah yang direndam sudah lembut. Encik Suami telefon Fairuz, pukul berapa akan sampai ke kondo. Menurut Fairuz, antara pukul 9 hingga 10 malam. 
Kelengkapan di dapur hanya seadanya tetapi tidaklah sehingga menyusahkan tidak boleh memasak. Hati kita pun rasa senang melihat ada dapur dan ketuhar yang boleh digunakan. Penapis air Coway, peti sejuk saiz besar dan mesin basuh.

Asam Pedas Isi Ikan Jenahak.


Kita memikirkan bagaimana untuk membersihkan ikan jenahak ini. Akhirnya dapat akal! Setelah dibersihkan sisik, kita minta Encik Suami lapah isi ikan. Bahagian kepalanya kita simpan. Bahagian sebelah ikan yang dilapah kita hendak jadikan asam pedas. Bahagian isi sebelah lagi bersama tulang besarnya, kita simpan bersama kepalanya di dalam peti sejuk.

Memandangkan Fairuz dan Haziq pulang agak lewat, jadi kita pun lambat-lambatlah masak. Pukul 8 malam barulah masak nasi. Kemudian kita masak asam pedas pula. Sekali lagi Encik Suami telefon, ingin tahu sudah selesai atau belum urusan mereka berdua. 

Buah-buahan tidak dilupakan. Setiap hari Encik Suami kisarkan buah epal untuk kita.

Hidangan makan malam.

Fairuz dan Haziq sampai di depan muka pintu pada pukul 10:10 malam! Sementara mereka membersihkan diri dan menukar pakaian, kita pun panaskan asam pedas ikan jenahak dan tumis sayur. Encik Suami isi nasi ke dalam mangkuk.

Sayur Tumis Campur

Sayur tumis campur-campur dengan udang, kacang manis, putik jagung dan cendawan tiram.

Telur Masin & Salad: Green Cos Lettuce

Asam Pedas Isi Ikan Jenahak

Melihat kesibukan Fairuz dan Haziq, fahamlah kita mengapa sewaktu kita mesyuarat seminggu di Kota Kinabalu pada bulan Mac, Fairuz terpaksa batalkan pertemuan pada sebelah petang. Katanya, habis bekerja pada pukul 9 atau10 malam. Keika itu kita Google Meet pula!

Kita berangan-angan akan berehat-rehat sahaja keesokan harinya. Bangun pagi boleh buatkan sarapan sebelum Fairuz menyambung kerjanya. Tiba-tiba Encik Suami beritahu : Esok pagi Abang Aznan ajak kita ke Zoo Lok Kawi! Abang Aznan menyewa rumah di taman perumahan tidak jauh dari kediaman Fairuz.

9 comments

  1. Berseleralah Fairuz & Haziq makan agaknya ye Kak Amie... Kita tgk gambar pun dah terliur hehe ...

    BalasPadam
  2. Saya pun peminat asam pedas juga kak amie.. tak kiralah asam pedas versi mana.. pekat atau kuah ceroi... semua pun suka

    BalasPadam
  3. sedapnya menu tu semua kak.... asam pedas ikan jenahak tu memang terbaik lah, fresh lagi nampak ikannya tu

    BalasPadam
  4. Merah menawan asam pedas..ikan jenahak tu kalau kat sini memang sekilo hampir rm50..

    BalasPadam
  5. Terubat rindu anak2 dapat merasa air tangan Kak Amie kan. Sibuk benar Fairuz, kerja sampai pukul 10 malam!

    BalasPadam
  6. Bagusnya anak buah sewa rumah dan ajak ke Zoo Lok Kawi.

    BalasPadam
  7. Terliur tengok asam pedas Kak Amie. Sekarang tengah jadi hantu asam pedas. Hehe..Alhamdulillah senang hati kalau rumah anak bujang serba lengkap. Mesti penat tu balik agak lewat. Dapat makan masakan mommy hilang penat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe