Restu Ibu Sepanjang Jalan

1:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selasa: 06 September 2022.
Kira-kira pukul 3 petang, kami sampai di pusat beli-belah CKS Tuaran. Ketika itu Fairuz bersama Haziq, sepupunya sedang menguruskan penghantaran bekalan ikan di situ. Oleh kerana Fairuz sudah berpindah tempat kediaman, jadi kami terpaksa mengambil kunci daripadanya.

Kami melihat Fairuz menjalankan tugasnya dari dalam kereta.


Beginilah kerja-kerja menghantar bekalan ikan ke pasar raya. Pihak pengurus pasar raya sudah menetapkan jenis ikan dan kuantiti yang dikehendaki. Ikan dihantar ikut pintu belakang pasar raya. 
Firdaus pula tidak sabar hendak berjumpa Fairuz, terus keluar dari kereta.


Senyum gembira penuh rindu seorang adik!


Setelah selesai urusan hantar bekalan ikan ke CKS Tuaran, kami mengekori Fairuz memandu ke CKS Telipok pula. Pada ketika itu Encik Suami bersuara: Cuba baca tulisan di tong ikan itu!

Restu Ibu Sepanjang Jalan

Setelah membaca ungkapan : Restu Ibu Sepanjang Jalan itu, kita berpandangan dengan Encik Suami. Pada ketika itu terbayang rentetan peristiwa sebelum ini:
  • Selepas keluar keputusan SPM, Fairuz ingin sambung belajar ke kolej di Semporna tetapi kita tidak benarkan. Alasannya, Fairuz masih keanak-anakan, memandangkan dia bongsu tidak jadi (kerana hadir Firdaus ketika usianya 12 tahun), rasanya Fairuz belum boleh mengurus dan membawa diri. 
  • Kebimbangan bahawa anak ini belum matang berakhir apabila dia menerima tawaran sambung belajar ke tingkatan enam.
  • Tamat STPM, Fairuz tidak duduk diam. Fairuz ikut abang-abang sepupunya menguruskan bekalan ikan dari Semporna, Kunak dan Tambisan ke Kota Kinabalu. Ikan-ikan besar dan mahal dihantar ke restoran dan pasar raya Kota Kinabalu. Pernah beberapa kali Fairuz jual ikan saiz kecil di sekitar kampung di Lahad Datu. Semuanya habis terjual dalam masa yang singkat.
  • Jarak perjalanan yang jauh sudah tentu sangat meletihkan. Biasanya mereka membawa 1-2 tan bekalan ikan segar termasuk udang, sotong dan kahanga. Dalam seminggu hanya dua atau tiga kali sahaja ulang alik Lahad Datu - Kota Kinabalu.
  • Lebih kurang dua bulan ulang-alik LD-KK, akhirnya mereka mendapat peluang menambah beberapa lagi tempat penghantaran bekalan ikan.
  • Usaha abang-abang sepupunya yang tidak mengenal erti penat, sehingga kini mereka mempunyai 22 tempat untuk menerima bekalan ikan di sekitar Kota Kinabalu. Selain perniagaan ikan, mereka juga mempunyai cabang perniagaan lain.
  • Tempat paling jauh, sejauh tiga jam pemanduan ialah Keningau. Bekalan ikan dihantar seminggu sekali atau dua kali dalam kuantiti yang banyak iaitu 1 tan atau 1,000kg.
  • Boleh dikatakan hampir sepanjang tahun kita memujuk Fairuz untuk sambung belajar. Katanya, dia ingin sambung belajar juga tetapi tunggulah dahulu. Kami sentiasa berbincang bersama Encik Suami, Farid dan Fuad tentang masa depan Faiuz. Kalau boleh, sambunglah belajar dahulu seperti abang-abangnya.
  • Selain doa yang tidak putus-putus supaya lembutlah hatinya untuk belajar, kita juga sering bertukar fikiran dan mendapatkan nasihat daripada kawan-kawan.
  • Kawan-kawan menasihati kita agar sokong usaha Fairuz. Fairuz tunjukkan minat melibatkan diri melakukan kerja-kerja fizikal. Fairuz sudah nampak hala tuju hidupnya. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia pada usahanya. Lain anak, lain minatnya..
Sticker Restu Ibu Sepanjang Jalan membuatkan mata kita berhabuk sepanjang mengekornya dari Tuaran ke Telipok!

Hujan gerimis masih membasahi bumi!
Allah ya Allah! 



Sekarang bekalan ikan dihantar ke CKS Telipok pula. Lain pasar raya, lain jenis ikan yang diminta dan kuantitinya juga tidak sama. Apa yang sempat kita lihat ialah, ikan yang rosak seperti pecah perut akan diasingkan dan tidak ditimbang. Menurut Fairuz, ikan tersebut akan diberikan kepada pekerja di pasar raya. Sebenarnya ikan yang rosak ini masih elok, cuma tertindih oleh ikan besar yang lebih berat atau pecah perut.

Ikan Basung.

Ikan Tulai.

Ikan Kerisi.

Kami mengekor Fairuz dari belakang.

Setelah hantar ikan ke pasar raya di Menggatal, Fairuz memandu kami ke Penampang pula. Di situlah kami akan bermalam iaitu di Gardens Condominium tempat kediamannya.

The Gardens Condominium

Tugas menghantar ikan tidak berakhir di situ sahaja. Sebaik sahaja kami masuk ke Gardens Condominuim, Fairuz bersama Haziq meneruskan tugas menghantar bekalan ikan ke Papar pula! Pukul 10:10 minit malam, barulah mereka pulang ke kondominium. 

Rutin tugas mereka, biasanya mereka menunggu panggilan daripada abang sepupu (Aznan)  sekiranya kapal ikan tiba di jeti. Pada pukul 11 malam hingga pukul 3 pagi Fairuz bersama Haziq diketuai oleh Aman akan mengambil ikan, memilih jenis ikan yang ditempah dan meraih 1 tan (1,000kg) segar. Keesokan harinya kerja-kerja agihan ke setiap pasar raya yang telah menempah dengan mereka akan dilakukan. Tidaklah setiap malam mereka bersengkang mata dari pukul 11 hingga 3 pagi di jeti. Mereka akan ke jeti apabila bekalan agihan ikan sudah habis. Dahulu, mereka pernah mengambil bekalan ikan dari Kudat.

Dan ada hari-hari tertentu mereka tidak menghantar ikan di sekitar Kota Kinabalu, sebaliknya menghantar ke satu tempat sahaja tetapi sejauh 3 jam perjalanan pergi dan 3 jam perjalanan balik iaitu di Keningau. Suatu ketika dahulu mereka hantar bekalan ikan ke Ranau tetapi tidak diteruskan memandangkan harga yang diminta sangat rendah dan tidak berbaloi dengan kos penghantaran.


Sempat bergambar dengan Fairuz sebelum dia keluar menghantar ikan. Bangunan di belakang itu ialah Gardens Condominium. Tempat tinggal Fairuz ini dibayar oleh syarikat (abang sepupunya), dengan bayaran RM2,000 sebulan. Lengkap dengan setiap bilik berpenyaman udara, WIFI dan segala kelengkapan tempat tidur dan dapur. Selain gaji bulanan, Fairuz bersama Haziq mendapat elaun makan sebanyak RM20.00 sehari.

Fairuz bertanggungjawab menguruskan kenderaan pacuan empat roda yang membawa tong ikan berkapasiti 1,000 kg.


Kita tidaklah bertanya kepada Fairuz siapa pasang sticker Restu Ibu Sepanjang Jalan. Satu hari, ketika kami makan malam di rumah Abang Aznan, isteri dan adik-adiknya bercerita, mereka rasa tersentuh hati membaca sticker yang Fairuz lekatkan di belakang tong ikan. Kalau mereka tersentuh hati, apalagi hati ibunya sendiri?

Pada kesempatan yang lain, kita bergambar dengan Fairuz di belakang tong ikannya. Kita tanya: Kenapa adik lekatkan sticker begini?

Jawabnya: Saya suka baca. Saya rasa seperti saya anak yang soleh!


Kita pun sahut: Buat kerja bagus-bagus ya dik.
Jangan lupa solat. Jangan tinggalkan solat.
Sekian. Kisah hati ibu dan anak!
Ya Allah! Lindungilah anakku walau di mana dia berada.
Amin.


Kasihnya ibu membawa ke syurga.
Kasihnya ayah sanggupkah berpisah?
Kasihnya anak berkorban nyawa.


15 comments

  1. Sebak pulak baca. Penting sangat restu ibu ni agar anak anak lebih berjaya. Ye, perasaan ibu apatah lagi bila Fairuz sendiri yang lekatkan sticker tu. Berharap sangat tu restu dari mommy dan baba. Lain anak lain rezekinya. Betul betul rindu Firdaus dengan abangnya Fairuz tu. Tak sabar nak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia tak pernah lawan cakap ibu, tapi rupa-rupanya si ibu tidak sedar sudah kurang berlaku adil terhadap perasaanya. Mudah-mudahan rezeki Allah sentiasa menyebelahinya.

      Padam
    2. Alhamdulillah..Fairuz memang anak yang baik. Semoga Allah limpahi rezeki dan memberkati segala usaha Fairuz. Aamiinn...

      Padam
  2. Kita yang baca pun mata berhabuk Kak Amie:(
    Moga apa pun jalan yg dipilih, Fairuz sentiasa berjaya dan dilindungi-Nya. Mungkin skrg dia kerja dgn sepupu- sepupunya, di masa depan dia jadi Tauke pula aamin 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang terbaik PH.
      Berikan sokongan moraldan sentiasa iringi dengan doa. Mudah-mudahan akan sukses hala tuju hidupnya pada masa hadapan.

      Padam
  3. Alhamdulillah...
    Respect dengan anak muda yang berani terjun ke bidang perniagaan...
    Semoga Fairuz berjaya dunia dan akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Komen abang-abang sepupunya, setakat ini Fairuz memang sentiasa beri komitmen dalam kerjanya.

      Padam
  4. Semoga Fairuz terus sukses dan insyaallah akan datang mempunyai perniagaan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Faizah.
      Amin ya Allah, mudah-mudahan terangkat doa itu.

      Padam
  5. Sekarang ni yang penting ada pekerjaan.
    Ramai yang belajar tinggi2 pun takde kerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Wak. Ilmu perlu, pekerjaan memang penting untuk teruskan kehidupan.

      Padam
  6. Fairuz suka kerja yang melibatkan fizikal dan bergerak ke sana sini.
    Teruskan berdoa yang terbaik untuk Fairuz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul NA. Macam-macam bidang kerja, ada yang melibatkan pemikiran dan ada yang memerlukan pergerakan fizikal.

      Padam
  7. sambil baca ni kita lak yg sebak menitik air mata kak oi, yelah kasih seorang ibu kan...
    Rindu sgt la tu Daus pada abangnya tu, dah lama tak jumpa ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelbagai perasaan ibu dalam tempoh membesarkan anak-anak. Perasaan lain pula timbul apabila anak-anak sudah dewasa dan ingin memilih jalan hidup sendiri. Sebagai ibu, hanya mampu doakan yang terbaik untuk anak-anak.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe