Menyantuni Undangan Perkahwinan Pengantin Cocos

11:35 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kami mengatur tiga aktiviti dalam sehari. Sebelah pagi, kami menghadiri undangan perkahwinan anak sepupu Encik Suami di Dewan Bakso Legend Perdana Square. Menjelang tengahari, seorang sahabat lama dari Kuala Lumpur dijangka tiba ke Lahad Datu dan akan ziarah ke rumah kami. Sebelah petangnya pula, kami akan bertandang ke majlis persandingan anak jiran sebelah.

Gambar kenangan bersama pengantin yang berpakaian tradisi Cocos.

Selamat menempuh gerbang rumahtangga buat anak buah kami Nurfarhanim dan pasangannya, Ahmad.

Memang seronoklah melihat tetamu ikut bertemasya di majlis kahwin begini. Riuh rendah berebut ayam panggang yang diikat di hujung tebu! Berebut kain yang telah dipijak oleh pengantin! Berteriak kegirangan menyambut duit dan gula-gula yang dilemparkan. Hadoi! Kita pun tak tahu nak tangkap gambar macamana.

Selain itu majlis serakalan turut diadakan. Teringat waktu majlis kahwin kami, 28 tahun lalu, meriah sungguh FIL adakan majlis itu. Ketika kompang dan gong dipalu, terasa dup dap dup dap jantung bergetar! Eh, kita pun pakai pakaian tradisi Cocos juga tau.... ahaks!


Tradisi Cocos yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini.


Majlis serakalan.


Kita duduk di bahagian belakang sambil menikmati kudap-kudapan kuih lidah dan kuih nek katik.


Firdaus suka sanga makan kuih talam keladi. Entah berapa kali dia ambil!


Hidangan makan untuk para tetamu.
Kami agak tergesa-gesa meninggalkan majlis kerana 'tetamu' kami sudah hampir sampai. Jadi, hanya setakat ini sahajalah suasana majlis yang dapat diraikan bersama. Majlis ini dijadualkan hingga  ke petang.


Sebelum kami melangkah keluar, sempat menyaksikan seketika persembahan tarian untuk pengantin. Tarian ini merupakan tarian tradisi masyarakat Cocos yang dipanggil melenggok. Penari memakai pakaian yang dipanggil baskad.


Amie belanja video tarian melenggok!



27 comments

  1. bagusnya adik daus ni..suka makan kuih tradisional. anak anak sya yg kembar lelaki tu je suka makan kuih macam tu..yang lain semua suka makan naget & sosej

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kuih talam keladi tu penuhi seleranya. Tu sebab dia ambil banyak kali.

      Padam
  2. Penat jugak nak melenggok tu, suami Kak Amie, haruslah pandai jugak melenggok kan. Daus bolehlah belajar nanti dari daddy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakwe kita ni memang dulu jurulatih tarian SK. Kita jumpa dia pun waktu kita kursus tarian di bawah kelolaan Kem. Kebudayaan & Kem. Pendidikan.

      Padam
  3. Really good place the food was also too good always recommended my friends to visit there at one, such a nice blog keep sharing more, Now it's time to avail african gowns for ladies for more information.

    BalasPadam
  4. Menariknya majlis kahwin ni, masih mengekalkan adat & budaya lama. Mesti meriah dan menjadi memori manis utk semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, warisan budaya nenek moyang dari Pulau Cocos masih diteruskan.

      Padam
  5. Saya kena Google dulu pasal budaya Cocos ni sbb pertama kali tau. Rupa2nya byk lagi budaya di Malaysia ni yg saya tak tau.

    Meriah dan seronok menghadiri majlis perkahwinan yg masih lagi mengikut adat lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila adat begini masih diteruskan, hubungan kekeluargaan, identiti kaum dan jati diri dapat dikekalkan.

      Padam
  6. Balasan
    1. Nampak macam senang saja kan Kak PI, tapi ada seninya.

      Padam
  7. Wah,seronok melihat kayanya budaya pelbagai etnik.
    Rasa macam warna kuning dan biru selalu menjadi pilihan.Adakah memang warna biru dan kuning mempunyai maksud tertentu atau kebetulan sahaja?
    Mendengar paluan gendang dan tarian lenggok seakan ada sedikit persamaan dengan gendang keling dan serunai di Kedah..
    Bila dengar ada satu macam perasaan nak ikut sama bersilat dan berlenggok..Orang Kedah kata naik seh🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tidak terfikir untuk memahami warna tersebut. Barangkali ada yang tersirat di sebaliknya. Memang betul tu Mama Cella, biasanya baju pengantin warna biru dan selendang kuning. Saya pun dulu pakai begitu.

      Padam
  8. meriahnya. baju pun cantik. suka pergi majlis penuh adat dan tradisi macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majlis penuh adat tradisi ini menunjukkan kecintaan terhadap warisan budaya mereka kan Sal.

      Padam
  9. Wow...lain la adat masyarakat sana...SA suka tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak kaum di sini SA. Setiap kaum lain adatnya. Meriah kan.

      Padam
  10. Masih kekalkan tradisi. Bagus juga orang luar macam saya dapat tengok. Harap dapat hadiri satu. Insya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masih dikekalkan. Semoga generasi muda dapat mengenali dan memahami budaya begini.

      Padam
  11. bestnye, lama tak pergi kenduri kahwin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas PKP, banyak dapat undangan kenduri kahwin.

      Padam
  12. meriah betul baju pengantin cocos ye kak.... peminat kuih talam rupanya si Daus ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih talam tu memang sedap. Saya pun ikut menambah hihihii.

      Padam
  13. Unik baju pengantin cocos. Penuh aktiviti seharian kak Amie. Seronok tengok majlis kahwin meriah macam ni. Selamat pengantin baru buat pengantin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah budaya warisan orang Cocos. Zaman terus berlalu, tetapi warisan budaya tidak lenyap.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe