Rezeki Pagi Ini
2:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Berminggu-minggu jugalah kami buat persiapan, sampai tidur malam pun termimpi-mimpi sebab hendak siapkan kerja. Tak cukup kaki dan tangan terima arahan dan kerahan tugas. Dijadualkan hari ini seramai 17 orang pegawai dari pelbagai peringkat atasan akan melawat ke tempat kami. Tiba-tiba lawatan dibatalkan dan ditunda pada bulan Oktober pula! Tak tahulah nak cakap apa sebab semua tertekan dengan gangguan membuat persiapan!
Kita ceritalah yang baik-baik sahaja. Awal pagi lagi rakan sekerja Teacher Kwan beritahu ada kek atas meja kita, sempena ulang tahunnya. Thank you Teacher Kwan.
Kek ulang tahun Teacher Kwan. |
Kita bawa bekal honeydew yang wangi dan manis. Ini kita sediakan untuk anak murid kita. Selain itu, kita bawakan keropok dan juga pulut serunding kelapa. Alhamdulillah, habis licin. Mudah-mudahan akan datang pula rezeki pada hari yang lain.
Keropok Ikan. |
Pulut Serunding Kelapa |
Untuk diri sendiri, kita bawa hirisan betik. Terima kasih kawan-kawan yang sudi makan betik yang kita bawa.
Bekal berat untuk alas perut sebelum menoreh getah sudah tentulah nasi kuning yang kita sempat beli di warung. Nasi kuning lauk sambal ikan tuna dan telur rebus. Harap-harap kenyanglah sampai tengah hari.
Kita beli juga kuih penjaram untuk dimakan bersama.
Ada yang bawa / beli kuih cempiang @ kuih ubat nyamuk.
Ada juga yang bawa popia dan karipap.
Nava bawa pisang.
Awal pagi lagi Nava bersuara: Ubi! Ubi! Ubi organik. Tidak guna baja kimia.
Rupanya ubi keledek. Amie sangka ubi kayu.
Rupanya ubi keledek. Amie sangka ubi kayu.
Waktu rehat kita nampak ubi keledek sudah siap direbus. Ingatkan hendak makan waktu tengah hari. Apabila tengok dalam bekas sekali lagi, ubi keledek sudah yilek!
Walaupun perut rasa lapar tetapi, ada juga kuih yang sempat kita ambil dan letak di meja. Jadi, tengah hari tadi kita isi perut dengan kuih penjaram, kuih kuping gajah, karipap dan kuih doraemon.
Hadiah bunga daripada murid Sue. |
Sedih pula rasa hati apabila dapat berita salah seorang rakan kami, Sue akan berpindah tempat kerja. Apa pun semuanya rezeki Allah. Moga Sue gembira bertugas di tempat baharu.
13 comments
Nasi Kuning beli dari warung tapi rupanya macam dari dapur sendiri. Ke... Kak Amie bawa tupperware dan beli terus isi dalam tupperware tu?
BalasPadamUntungnya murid ada cikgu rajin bawakan buah.
Bawa tupperware , hulur kat tuan warung suruh isi. Haaa.... Lestarikan alam sekitar, jimatkan sumber dan elak pencemaran. Eh, mokcik ni berleter pulak.... ahaks!
Padamsemua nya nampak sedap..bunga pun..cantikss
BalasPadamLembut jew warna bunga tu kan.
PadamKuih kuping gajah dan kuih doraemon tu camne.
BalasPadamSedapnya kek...pulut serunding my peberet....lagi kalau serundingnya banyak rempah...yummy
BalasPadamkuih ubat nyamuk tu camno...pertama kali dengor...sebab dia macam melingkor gitu ke
BalasPadamKak Amie....sedapnya...Sabar je SA tengok entry ni...semua sedap
BalasPadamArgh sudah, teringin pulut serunding pulak ni 😂 kuih kuping gajah tu pertama kali sy dengar Kak Amie...
BalasPadamAlhamdulillah....melimpah rezekinya..
BalasPadamlepas makan nasi kuning menoreh yer cikgu🤭
Dulu- dulu kat kampung saya kalau yang kerja menoreh dikatakan "cikgu" kerana menoreh tu diandaikan menulis manakan pokok -pokok getah yang banyak diibaratkan sebagai murid-murid..
hihihi
Wahhhh.. semua sedap. Cikgu Amie share lah resepi pulut serunding kelapa tu.
BalasPadamKek tu menggoda sangat kak, pastu aduhai honey dew tu sedapnya dahla wangi manis lembut aduhai. Sedap semua menu potluck tu kak
BalasPadamSangat tak best bila kita dah prepare semua tiba tiba tak jadi pulak. Sabar je lah kan.
BalasPadamDalam banyak banyak makanan, terasa lama betul tak makan pulut serunding kelapa tu. Suka yang ada rasa pedas pedas sikit.