Kota Kinabalu - Kudat : Hentian Ulu Kukut Kota Belud
6:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat lebih kurang 180 kilometer. Berkonvoilah kami sebanyak empat buah kereta menuju ke sana. Kami berhenti seketika di pintu masuk Hutan Simpan Ulu Kukut, Kota Belud. Bilik air di situ bersih dan tidak ada bau yang tidak menyenangkan.
Selamat Datang ke Hutan Simpan Ulu Kukut, Kota Belud. |
Berhenti rehat seketika di Hentian Ulu Kukut. |
Pisang Hijau. |
Hanya ada beberapa buah kedai di sini. Selain menjual makanan ringan, ada air mineral dan air dalam tin. Selain itu, hanya ada buah-buahan seperti pisang dan tembikai sahaja. Melihat pisang hijau yang ranum dan semerbak harum, rasa ingin beli dan makan tapi takut perut pula meragam di tengah jalan! Baik jangan cari pasal! Biar menyesal tak makan pisang, jangan menyesal sepanjang jalan sebab sudah termakan!
Sekali lagi terima kasih daun keladi buat Abang Aznan kerana membayar semua makanan dan minuman yang dibeli oleh kami semua. Menurut Encik Suami, Abang Aznan juga yang membayar duit minyak semua kereta yang bergerak ke Kudat.
Entah apa nama pisang ini. Pisang susu kot?
Yang ini kita tahu. Namanya pisang rastali.
Buah tembikai ini saiznya kecil saja. Harganya RM3.00. Apabila kita angkat, ringan pula. Memanglah ringan. Saiznya pun sebesar kepal kita saja.
Sekarang kami sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan.
Antara pemandangan yang dapat disaksikan di kiri dan kanan jalan.
Kami berangan-angan untuk singgah beli jagung bakar.
Di belakang jagung yang bergantungan itu ada longgokan kayu apai untuk membakar jagung.
Di belakang jagung yang bergantungan itu ada longgokan kayu apai untuk membakar jagung.
5 comments
Masyaa Allah pemurahnya Abang Aznan...
BalasPadamSemoga Abang Aznan dan kita semua diberkati dan dirahmati Allah...
pisang hijau tu mmg nama dia pisang hijau ke kak? ke pisang nangka tu sebab hijau lg dah masak dah selalu bau nya mmg wangi
BalasPadamsuka lah tengok jagung tergantung gitu, nampak fresh betul semuanya ya kak
BalasPadamMasyaallah, sangat pemurah Abang Aznan ni.. Semoga Allah murahkan rezekinya.
BalasPadamAbg Aznan memang pemurah orangnya. Semoga Allah limpahi rezeki berpanjangan untuknya. Aamiin..Dalam diam belanja ahli keluarga.
BalasPadamComel pulak buah tembikai tu. Murah dan sesuai dengan saiznya. Bagus juga jual jagung macam tu. Macam fresh petik dari pokok. Haa jangan cari pasal makan pisang masa jalan. Kang mana nak cari toilet.Nayaa...