Petik Buah Mata Kucing Brazil di Kala Hujan
3:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hujan di tengah hari. Lebat!
Sejuklah pula. Kepala kita yang hampir pecah memikirkan pelbagai masalah 'negara' di tempat kerja sedikit demi sedikit menjadi lega.
Dalam hujan lebat itulah kita sempat makan tengah hari dengan Encik Suami.
Sampai di rumah, air hujan masih mencurah-curah membasahi bumi.
Hari ini hujan di tengah hari. Lebat!
Sejuklah pula. Kepala kita yang hampir pecah memikirkan pelbagai masalah 'negara' di tempat kerja sedikit demi sedikit menjadi lega.
Dalam hujan lebat itulah kita sempat makan tengah hari dengan Encik Suami.
Sampai di rumah, air hujan masih mencurah-curah membasahi bumi.
Dari tempat letak kereta, kita terpandang buah mata kucing brazil yang mungkin dikekah oleh tupai. Atau pun burung? Atau kelawar? Nak kata burung macam besarlah pula paruh burung sedangkan yang selalu datang ke Taman Firdaus hanya burung-burung kecil seperti burung pipit.
Kita beritahu Encik Suami buah mata kucing brazil sudah banyak yang masak. Warnanya pun sudah nampak matang. Rupanya, dalam hujan itu juga Encik Suami petik buah mata kucing. Katanya, esok akan sambung petik sebab sekarang hujan.
Eh, mana buahnya? Yang dibawa masuk besen berisi daun mata kucing saja!
Oh, rupanya buah mata kucing brazil tersembunyi di bawah daun.
Inilah buah mata kucing brazil yang basah ditimpa hujan.
Jom kupas sebiji. Kita makan. Inilah rupa buah mata kucing brazil.
Isinya tebal dan rasanya manis!
18 comments
pertama kali tengok buah mata kucing brazil...popular brazil..ada bayam jg...
BalasPadamEntah apa sebabnya dapat nama brazil belaka.
PadamRasanya sama ke dgn mata kucing biasa Kak Amie? Saya penggemar buah mata kucing hehe.
BalasPadamTak sama. Mata kucing brazil ni saiz dia kalau besar lebih kurang telur ayam gred double A.
PadamSy suka simpan dlm peti ais, makan sejuk-sejuk sedap
BalasPadamKalau saya tak sempat masuk peti sejuk. Petik terus ngap... hahahahaa!
Padamgeramnya nengok kak, dahla besar buahnya tebal pulak isi nya...
BalasPadamYa Dana. Makan tiga biji pun rasa kenyang.
Padamini sama ke yang ada orang panggil buah matoa tu kak?
PadamPertama kali tengok buah mata kucing brazil. Besar buahnya ya, Kak Amie.
BalasPadamYa, besar Farrah. Puas makan.
PadamKalau dapat terbang ke LD...perkara pertama saya nak lalukan ialah petik buah mata kuning Brazil ni...
BalasPadamKedua...petik.buah mangga udang..kalau ada la🤣
Ada buah mangga udang di belang, depan dapur. Marilah.
PadamDah beli anak pokok buah matoa ni tapi belum tanam atas tanah lagi hehe.. tak sabar nak bagi dia besar. Mak biasa dapat buah ni dari kawannya, tu yang pernah makan. Kalau tidak, memang tak taulah kewujudan buah ni.
BalasPadamMatoa dan mata kucing brazil berbeza.
PadamMatoa lonjong sikit. Saaiznya kecil sedikit dari mata kucing brazil. Apabila buah masak ada warna kemerah-merahan dan gelap sedikit
warnanya hampir sama dengan daun. saya pun tak perasan tengok pic tu
BalasPadamKalau dah matang pun kulitnya masih hijau ye. Betul betul tebal isinya ye. Puas hati makan.Mungkin sekumpulan burung yang dah makan tu kot.
BalasPadamReally good stories, I enjoy a lots while I reading it, keep sharing more on this.
BalasPadamGreen Glass Door Game
Windows 10 activator txt
how late is the closest grocery store open