Jalan-Jalan Cari Makan di Bataras Hypermarket Bundusan

7:09 PTG

Bismillahirahmanirrahim.
Fairuz dan Haziq menyambung tugas menghantar ikan ke Papar setelah  'ajar' kami cara-cara untuk masuk ke kondominium. Ditunjukkannya ikan kerapu yang disebutkannya beberapa hari lalu. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk, bukannya ikan kerapu tetapi ikan merah atau ikan jenahak!

"Aik! Katanya ikan kerapu. Kenapa ikan jenahak pula? Nak masak apa ni dik?"

"Masak apa-apalah Mommy," sahut Fairuz sebelum meninggalkan kami.

"Sedap tu kalau masak asam pedas!" Terdengar suara Haziq dari belakangnya.


Ikan jenahak ini bersaiz agak besar. Tidak ada bekas atau besen yang boleh memuatkan ikan ini untuk direndam. Kita cari akal. Syukurlah ternampak penutup sinki! Jadi, letakkan sajalah ikan merah dalam sinki dan rendam di situ. 
Encik Suami ajak kami pergi ke Bataras Hypermarket Bundusan yang terletak lebih kurang dua minit pemanduan dari kondominium. Bolehlah kami beli barang keperluan dapur. Balik ke kondominium nanti, agak-agaknya ikan merah sudah nyahbeku.

Nasi Kuning & The Gang

Perut rasa laparlah pula. Encik Suami ajak singgah makan di kafe yang terletak di sebelah pintu masuk Bataras Hypermarket. Kita pun tak ingat apa nama makanan yang Encik Suami pesan. Macam rupa nasi kuning dengan lauk ayam goreng. Siap ada acar dan sambal.

Burger Ayam & Kentang Goreng.


Kita hanya temankan dua beranak ini makan sebab mulut kita rasa pahit. Badan pun rasa tak berapa sedap. Selepas makan kami mencari barang-barang dapur seperti sayur, buah-buahan, udang, tepung, minyak dan sebagainya. Teringat Haziq sebut asam pedas, kita pun beli daun kesum dan kacang bendi. Memandangkan kami akan menginap beberapa malam di kondominium, jadi belilah bahan-bahan yang boleh dimasak sama ada untuk sarapan pagi atau makan tengah hari. Lagi pun, Amie memang tidak bercadang untuk ke mana-mana. Hanya hendak berehat sahaja sehinggalah badan kembali sihat sepenuhnya.

Tengah hari tadi, kita kongsikan beberapa keping gambar bersama Fairuz.sewaktu berkunjung ke Kota Kinabalu. Petang tadi, kita terima mesej bergambar daripada Fuad. Rupanya Fairuz kongsikan  dengan Fuad salah satu gambar kami berdua.


Fairuz tuliskan di bahagian atas gambar : Penyesalan akan wujud selepas sedar perjuangan dan perasaan kita tidak dihargai.
Dan ditambah bahagian bawah gambar: Yang penting sudah direstui.

Allah ya Allah.
Teringat entri kita :Restu Ibu Sepanjang Jalan.
Diri ini seorang ibu yang inginkan segala kebaikan untuk anak-anaknya. Lebih setahun lamanya diri ini bermohon yang baik-baik sahaja akan segala keputusan yang Fairuz ambil. Mudah-mudahan Allah terus memberi petunjuk ke jalan yang benar. Lakukanlah yang terbaik demi masa depanmu wahai anakku!
Lantas, air mata yang hampir tumpah kutahan-tahan, kutelan!

7 comments

  1. Caption Fairuz tu macam ada yang tersurat dan tersirat saja🤭
    Seorang emak pastinya tidak pernah putus mendoakan anak-anaknya dalam setiap detik waktu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada yang tersirat! Turut menyedarkan saya dan babanya bahawa hidup ini tidak boleh terus-terusan pentingkan dan kehendak diri. Berilah peluang kepadanya. Barangkali di hatinya juga tidak gembira setiap kali didesak untuk sambung belajar. In syaa Allah, rezeki ada di mana-mana. Inilah jawapan untuk doa-doa kami.

      Padam
  2. Amiinnn...
    Alhamdulillah..
    Turut sama menjentik hati saya😭

    BalasPadam
  3. Ya jangan berputus asa doa.
    Gembira Fairuz emaknya memasak untuk beberapa hari.

    BalasPadam
  4. walau apa pun janji restu ibu ayah sentiasa mengiringi ya kak...

    BalasPadam
  5. Baru nampak muka Firdaus. Memang sedap tu masak asam pedas. Mesti Fairuz gembira bila mommy dan baba merestuinya. Alhamdulillah...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe