Sembang Petang Jumaat

5:03 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom temankan kita sembang di dapur. Hari ini Jumaat 02 September. Esok cuti sekolah bermula selama seminggu. Pagi tadi sewaktu kita keluar dari bilik guru, Charis Liau dan Wee Xin Hui mendekati kita. Rupanya mereka hendak bantu bawakan beg kita ke kelas. Tentu mereka ternampak ada balang rempeyek! Kita sempat jamu anak-anak kesayangan kita makan rempeyek dan pisang. Biar mereka kenali kuih tradisi masyarakat Melayu. Banyak kali jugalah Amie beli rempeyek dan kali ini semua dapat merasa kecuali Stephenie  dan Aaron Duncan kerana tidak hadir.


Rempeyek Ikan Bilis + Kacang Tanah.



Habis licin dua balang!


Bawa sesikat pisang empat puluh hari juga. Vinces sangat suka makan pisang! Kalau boleh dia hendak habiskan satu sikat, tapi kawan-kawan yang lain seperti Arthur, Neoh, Siau Wei Sheng dan lain-lain pun hendak makan juga. 


Cikgu Jusna belanja makan kek batik. Ya ampun! Sangat sedap. Kita makan dua potong. Ikutkan hati hendak tambah lagi tapi apabila teringat janjitemu dengan doktor gigi pada sebelah petang nanti, rasanya cukuplah dua potong itu! Nanti tak pasal-pasal yang manis-manis masuk 'lubang' gigi geraham yang hendak dicabut! Aduhai... tak dapat bayangkan kalau sakit gigi tiba-tiba!

Pukul dua petang janji temu dengan doktor gigi. Seperti biasa, minta tolong Encik Suami hantar ke klinik. Oleh kerana Encik Suami ada urusan kerja, jadi kita pun ditinggalkan seorang diri di klinik gigi. Selalunya kalau Encik Suami temankan, kita bertarung di bilik rawatan, Encik Suami rehatkan  badan di kerusi urut.


Alhamdulillah. Jahitan gusi dibuka, dan sebatang gigi geraham yang tidak dapat diselamatkan terpaksalah dicabut. Setelah selesai cabut gigi, kita telefon Encik Suami untuk ambil kita. Oleh kerana sudah tiba waktu asar, jadi kami pulang ke rumah.


Dalam perjalanan pulang, buka WhatsAap. Guru kelas Firdaus kirim gambar aktiviti Program Kesenian dan Muzik. Bukan main seronok Firdaus dengan rakan sekelasnya beraksi dengan parang ilang! Patutlah pagi tadi sewaktu sama-sama ke sekolah, Firdaus asyik menyanyi dan ada perkataan 'parang ilang' dalam seni kata lagunya!



Video aktiviti Program Kesenian dan Muzik yang disertai oleh murid kelas Firdaus.

Rumah jiran dihias dengan pintu gerbang menunjukkan ada majlis perkahwinan.

Malam tadi kami ke rumah jiran sebelah menghadiri majlis khatam Quran dan berzanji. Anak lelaki jiran kami selamat bernikah pada pagi tadi. Tak dapatlah kami hantar pengantin kerana hari bekerja. In syaa Allah, kami akan hadir sewaktu majlis sanding pada hari Ahad.

Tiba-tiba Encik Suami kata, perutnya lapar. Allahu Akbar! Gara-gara menguruskan gigi, terlupa pula untuk isi perut. Awal pagi tadi Encik Suami masak nasi, jadi hanya masak lauk sahaja. Terpandang beberapa tanngkau bunga telur pemberian jiran malam tadi, eloklah masak sambal telur. Amie kisarkan cili merah. Goreng sebentar telur yang sudah dikupas. Kemudian tumis bahan kisar, masukkan telur dan petai.

Sambal Telur dengan Petai

Encik Suami sudah sediakan pinggan berisi nasi, daun salad dan juga hirisan buah pir. Sayangnya kita tak boleh makan sebab baru sahaja cabut gigi! Aduhai....cium aroma sambal sahajalah!

Sewaktu kita tumis sambal, kita teringat oleh-oleh yang jiran beri. Ada pulut dan juga rendang daging. Kita pun panasan semula kesemuanya.

Pulut & Rendang Daging.

Ya Allah!
Kita teringin makan pulut dengan rendang!
Oh, gusi! Cepatlah sembuh!


Bilalah boleh makan ni?

7 comments

  1. Laa, kesian Amie. Sabor ye, kejap je ye. Makan bubur dulu la. Semoga cepat sembuh. :)

    BalasPadam
  2. Jumaat semalam rasanya cepat sangat masa berlalu, banyak benda tak sempat buat terutama melawat ahli keluarga yang kurang sihat tapi kena berkemas nak balik kl semula.

    BalasPadam
  3. Mmmm....bagi saya sakit gigi adalah sakit yang lebih dahsyat daripada sakit bersalin..ngeriii

    BalasPadam
  4. semoga cepat sembuh kak Amie. jangan makan panas-panas ya baru cabut gigi tu. selamat bercuti sekolah!

    BalasPadam
  5. Kita pernah menangjs di pejabat, gara2 sakit gigi.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..rezeki dikongsi bersama. Seronok dapat menjamu orang lain kan. Bila sakit gigi, agak potong selera sikit. Tapi takpelah, ada hikmahnya kurangkan manisan gitu :)
    Semangat Firdaus join aktiviti sekolah. Good boy Daus!

    BalasPadam
  7. gerbang gitu tanda ada majlis kahwin ye kak? menarik...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe