Jalan-Jalan Cari Makan di Home Steak Home Sri Perdana Lahad Datu
10:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Sabtu 24 September 2022. Sebelah paginya wajib hadir ke sekolah. Ikut program Satu Murid Satu Sukan dari pukul 7:00 sehingga pukul 8:30 pagi. Mulai pukul 9:00 pagi sehingga pukul 11:15 pagi gotong-royong membersihkan kelas, cuci kelas dengan sabun, lap dinding sehingga hilang segala kesan kotor dan akhir sekali mop lantai kelas. Ibu bapa turut membantu membersihkan bilik-bilik khas seperti makmal sains, dan kawasan sekitar. Memang ikut berpeluh-peluh!
Dalam sibuk menghadiri program sekolah, kami tidak lupa untuk meraikan salah seorang geng kaki jalan berpindah tempat kerja. Sedih pula rasa, hilang kawan kaki jalan dan hilang kawan sewaktu sarapan bersama.
Dalam sibuk menghadiri program sekolah, kami tidak lupa untuk meraikan salah seorang geng kaki jalan berpindah tempat kerja. Sedih pula rasa, hilang kawan kaki jalan dan hilang kawan sewaktu sarapan bersama.
Kami sepakat memilih untuk makan tengahari bersama Sue di Home Steak Home yang terletak di Sri Perdana. Amie tumpang Kam, dan Kam pula ada urusan ke Fajar Centre. Jadi, kami paling lewat sampai ke Home Steak Home.
Fish & Chips |
Banyak menu western yang ditawarkan di sini.
Bersama Sue dan rakan-rakan. |
Oleh kerana kita orang terakhir tiba, jadi kenalah tunggu pesanan sementara kawan-kawan yang lain sudah sedia untuk menjamu selera.
Oh, sangkaan kita orang terakhir sampai! Rupanya Rachawaty (tudung pink belacan) merupakan rakan terakhir tiba!
Nampak ceria belaka wajah-wajah yang sebenarnya keletihan memerah tenaga di sekolah!
Bismillah. Masing-masing mula menikmati hidangan yang dipesan.
Fish & Chips |
Chicken Chop & Cheese |
Chisken Chop |
Nampaknya ramai yang memesan fish & chips dan chicken chop.
Kita memesan mushroom soup dan fish & chips serta fresh orange.
Fish & Chip |
Alhamdulillah.
Sedap!
Puas hati!
Dan makan sampai licin!
Pinggan kita licin!
Pinggan kawan-kawan pun licin sama!
Pernah makan lamb chop dan beef steak di sini, tetapi sangat berpuas hati dengan fish & chips!
19 comments
Lapar sangat tapi memang kena habiskan makanan.
BalasPadamCantik persembahan makanan.
Makanan memang patut dihabis sebab tidak berat, hanya protein dengan serat saja.
PadamMenarik hidangan di sini, Kak Amie. Tambah menyelerakan bila makan ramai2, tak sedar pinggan dah licin, heheheh.
BalasPadamMungkin penat selepas aktiviti di sekolah terutamanya gotong-royong perdana tu.
PadamOh, ada karbohidrat juga, tapi tak banyak kentang gorengnya.
Padamlepas penat bekerja, menjamu selera dengan kawan kawan..indah betul kan...semoga ukhwah yang terjalin berkekalan hingga ke syurga
BalasPadamAmin ya Allah.
Padamchicken chop berlinang cheese sedap tu
BalasPadamMenggoda sungguh chicken chop bercheese tu kan Kak PI.
Padamset western dia menggoda betul kak, nampak besar fish n chip dengan chicken chop tu.
BalasPadamMemang puas hati Dana. Ikan goreng tu panas lagi.
Padamitu yang best tu kak, kadang dapat kt kedai udah sejuk lembik pulak tepungnya tu
PadamMemang nampak fish & chips tu sangat menggoda.
BalasPadamSeronoknya kak Amie ada geng jalan yang ramai.
Berganti-ganti ikut orang tu kalau berjalan. Sekali kumpul, ramai jumlahnya kan Ujie.
PadamBestnya makan togeder geder🤭
BalasPadamSemoga yang berpindah terus sukses di tempat baru
Indahnya persahabatan, kongsi suka duka, kongsi makan juga.
Padamsedap kan makan ramai-ramai. tu yang habis licin. saya suka fish and chip
BalasPadamWah, kita geng ye Sal.
PadamWalaupun bersedih tapi dalam masa yang sama seronok meraikan. Menu sedap sedap kak Amie. Samalah selera kita kalau western order fish & chips. Harus licin pinggan :)
BalasPadam