Cerita Hari Ini

8:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari ini, dimulakan dengan langkah keluar dari rumah. Malas hendak pandu kereta sendiri, jadi minta tumpang Encik Suami. Hanya sempat rebus telur dua biji. Encik Suami belikan sarapan pagi, nasi putih dengan sambal ikan. Sebenarnya hendak beli nasi kuning tapi entah kenapa 'tertukar' nasi putih pula! Barangkali gara-gara terlalu banyak perkara yang difikirkan.

Nasi Putih & Dua Biji Telur Rebus


Telur rebus yang dibawa dibahagiadua dengan Kam. Kita makan sebiji, Kam makan sebiji. Seawal pukul 6:20 pagi kami bersarapan di kantin. Kelas kita hari ini bermula pukul 6:45 pagi. Waktu rehat, perut masih berasa kenyang sebab sarapan berat. 

Pada pukul 12 sehingga 2 petang, ibu bapa dijemput hadir untuk program penyerahan laporan prestasi murid di sekolah Firdaus. Encik Suami hantar gambar laporan prestasi Firdaus melalui aplikasi WhatsAap. Ketika itu kita sedang bermesyuarat.


Tulisan sangat kecil, tak dapat baca dengan jelas.  Alhamdulillah, Firdaus dapat keputusan yang baik untuk kesemua 9 mata pelajaran. Setakat ini Firdaus mendapat Tahap Penguasaan Minimum (TP3 untuk subjek Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik. Manakala Tahap Penguasaan 4 untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Bahasa Arab.

Antara komen yang diberikan:
  • Murid ini sangat aktif dalam PdPc.
  • Veri good. Have interest's and shows your effort in learning English. Doing the work's given  well and able to listen, speak, read and write.
  • Murid ini memahmi dan melakukan tugas sains dengan baik serta memberi respon yang sangat tinggi.
  • Firdaus menunjukkan minat dalam Pendidikan Islam.
  • Firdaus selalu menunjukkan minat untuk belajar.

Ketika mesyuarat, perut sangat lapar kerana tak sempat makan sebelum mesyuarat. Tamat sahaja kelas, terus masuk bilik mesyuarat! Ketika dalam perjalanan pulang, minta Encik Suami melencong ke restoran Rumpun Selera. Banyak makanan dan lauk-pauk yang sudah habis. Kita ambil nasi beriani. Nampak tinggal seketul ikan masak sambal. Kita taruh dalam pinggan nasi. Acar pun sudah habis. Kita gantikan dengan terung goreng dan kacang bendi celur. Tuang sedikit air asam.


Nasi Beriani Sambal Ikan


Alhamdulillah. Sedap juga makan nasi beriani dengan saki baki lauk yang ada.


Tidak ketinggalan keropok papadom untuk diratah-ratah.


Tambah tiga ketul bergedel kentang.

Bihun Goreng Campur

Encik Suami makan bihun goreng saja.



Selepas makan, singgah pasar di Seri Perdana. Tidaklah jauh dar restoran, dan tak sampai 200 meter pun kalau berjalan kaki. Ternampak petai mata besar di pintu masuk pasar. Entah di mana tuan punya petai. Jadi tak tahu berapa RM sekilogram. Kami beli ayam segar dan sebiji buah kundur.


Tiba di rumah, azan asar mula berkumandang. Kita renih sup ayam dengan kundur, lobak merah dan kurma merah. Seperti kelmarin, selepas 10 minit mendidih, kita kecilkan api dan renih sup selama  satu jam. Kita mandi dan solat asar. Rancangannya, hendak siapkan tugas online, memasukkan markah ke dalam sistem SAPS tetapi apabila buka laptop, terlelap pula!
Kita terjaga apabila terhidu aroma sup ayam campur labu kundur dari dapur!

Terbayang betapa nikmatnya hirup kuah sup panas yang wangi!
Alhamdulillah.

Sup Ayam + Buah Kundur + Lobak Merah + Kurma Merah


Selamat malam rakan-rakan yang sudi berkunjung ke dapur maya Amie. Esok 16 September 2022 cuti umum sempena Hari Malaysia. Namun, hati kita dan hati kawan-kawan yang lain terus mendongkol kerana kami wajib datang ke sekolah. Apalah etinya cuti! Esok sepatutnya kita ada janji temu dengan doktor gigi, tetapi gara-gara patuh arahan terpaksalah batalkan appointment tersebut. Tulang gusi kita yang dipotong sewaktu pembedahan kecil tempohari perlu dibetulkan semula.

Entahlah!


24 comments

  1. Aduh...
    spoil mood la kalau cuti umum kena kerja...😥
    Kenapalah tiada pertimbangan yang sewajarnya dari yang berkenaan..
    Ish annoiying betul ka.saya pula yang tumpang rasa dongkol..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang selalu sangat kena ganggu tak kira cuti apa pun. Cuma kita dan kawan-kawan masih mampu bersabar. Siapalah kami ini, sekadar timun hendak melawan durian. Menggolek kena, digolek pun kena. Institusi kerja kami itu paling cemerlang di LD Mama Cella. Nama kena jaga, KPI mesti tercapai. Dalam senyum ketawa, sebenarnya hati kami menangis.

      Padam
  2. Selamat buat Firdaus. Eh .... Ternyata buah kundur bisa dibuat sayur ya, Amie. Hebat. Di tempat saya kundur cuman untuk obat demam panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benar Ibu Nur. Semerbak aromanya ketika direnih. Apalagi sewaktu hirup kuahnya, terasa manis campuran lobak merah dan kurma merah.

      Padam
  3. Tahniah Daus dapat keputusan cemerlang dan komen yang baik daripada guru2nya

    BalasPadam
  4. Selamat hari Malaysia kak Amie. Tahniah Daus keputusan yang baik. Teruskan usaha ya. Alamak betulkan tulang gusi tu ngeri pulak Bunyi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sal.
      Itulah kesannya sebab akar gigi terselit, setelah gusi dibelah tak dapat tarik akar. Terpaksa potong tulang gusi pula.

      Padam
  5. Maaf kak Amie lama tak singgah sini. Baru ada masa singgah.
    Kadang otak tak selari dengan perbuatan mungkin banyak fikir agaknya tu. Atau tak cukup rehat.
    Alhamdulillah, tahniah Firdaus cemerlang dalam semua subjek.
    Papadom makan dengan nasi bertambah selera dibuatnya! Lama tak nampak buah kundur, lama jugak tak makan buah kundur.
    Bertabahlah Kak Amie, hari cuti pun terpaksa datang kerja. Semoga urusan appointment dengan doktor gigi dipermudah oleh Allah. Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mengapa Fizah.
      Kak Amie pun apabila ada masa, barulah blogwalking.
      Betul tu Fizah, banyak yang difikir dan tak cukup rehat.
      Belum lagi cari tarikh baru untuk appointment gigi. Terima kasih doanya.

      Padam
  6. Faham sangat perasaan tu bila cuti um kena datang kerja :(
    Di sana petai dijual secara timbang kilo ye Kak Amie? Sy biasa jumpa di sini ikut tangkai. Itupun dah ditentukan bil tangkai & harganya.
    Nanti share resepi sup ayam tu boleh Kak Amie? Tq hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar sajalah kan PH. Syukurlah ada bersama rakan-rakan yang senasib. Itulah dugaan untuk mencari rezeki.
      Kadang-kadang petai dijual ikut papan. 3-4 papan berharga RM10-RM15.
      In syaa Allah nanti di lain entri saya kongsikan resipi sup ayam itu ya.

      Padam
  7. Alamak, semoga dipermudahkan urusan Amie. Hari cuti pun kena kerja. Adoi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nur.
      Apa nak buat sebab sudah diperangkap dengan aku janji Saya Yang Menjalankan Amanah.

      Padam
  8. Selamat Hari Malaysia Kak Amie. Tahniah buat Firdaus, dapat keputusan yang cemerlang. Sup ayam Kak Amie nampak sedap, teringin rasanya nak hirup kuahnya jugak huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Malaysia juga Carneyz.
      Terima kasih ucapan untuk Firdaus.
      Sup ayam itu ringan sahaja, tanpa rempah tetapi ada rasa manis dan harum kundur, lobak merah dan kurma merah.

      Padam
  9. Tahniah atas kecemerlangan Firdaus. Tentu ada ganjarannya untuk anak yang rajin seperti Daus. Aduh, kesian mommy kena kerja pulak.

    BalasPadam
  10. Tahniah Firdaus!! Semoga terus berjayaaa! Sedapnya sup ayam.. sy suka kalau ada kaki ayam sekali.. Tapi mak abah x bg makan kaki ayam.. huhu..

    BalasPadam
  11. Aduh...mana boleh ganggu masa cuti macam ni?Sepatutnya biarlah para guru juga berehat.Kalau nak hadap keje memang tak akan pernah habis.
    Btw Tahniah 'Daun' masih guna nama Daun atau sudah bertukar gelaran budak encem tu kak amie hihi

    BalasPadam
  12. awalnya mula kelas kak 6.45 pagi, huhuhu kalau dekat sini mau masih ada yang belum bangun pagi lagi heheehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe