Jalan-Jalan Cari Makan di Kokol Haven Resort
6:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung perjalanan setelah melawat Harimau Malaya di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan kami menuju ke Bukit Kokol, di Tombongon, Menggatal. Seperti di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, sekali lagi Abang Aznan belikan tiket untuk kami semua. Malam tadi Amie sempat kira jumlah kami, dan kesemuanya 24 orang termasuk baby Khadeeja.
Sambung perjalanan setelah melawat Harimau Malaya di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan kami menuju ke Bukit Kokol, di Tombongon, Menggatal. Seperti di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, sekali lagi Abang Aznan belikan tiket untuk kami semua. Malam tadi Amie sempat kira jumlah kami, dan kesemuanya 24 orang termasuk baby Khadeeja.
Di sebelah pintu masuk menuju ke restoran.
Firdaus sempat bergambar di sebelah pintu masuk.
Jom masuk ke bahagian dalam, ke tempat makan.
Anjung Kokol Haven Resort |
Kami menuju ke bahagian bawah.
Tempat makannya luas. Boleh buat pilihan duduk di bahagian yang disukai sama ada di bahagian dalam atau luar restoran.
Bahagian dalam restoran. |
Yunita (Membelakangi kamera), Chica (berbaju biru) Mei Mei (baju merah dan Iskandar. |
Sudah tentulah anak-anak yang paling teruja apabila berada di sini. Merekalah yang meriuhkan suasana.
Empat sekawan. |
Yang ini pula, memang tak boleh berpisah. Firdaus, Aiman, Raffi dan Rayyan.
Sewaktu menunggu pesanan makanan dan minuman tiba, sempat pula anak-anak kecil ini memanjat bukit!
Antara minuman yang dipesan.
Penat bermain, cari minuman untuk lepaskan dahaga.
Budak-budak memang suka makan makanan begini. Kentang goreng dan burger!
Masing-masing memesan makanan yang disukai.
Amie, Encik Suami dan kakak ipar memilih lemon madu.
Daging Panggang Black Pepper. |
Nasi Goreng Telur. |
Nasi Goreng Kampung. |
Mi Goreng Tuaran. |
Mi Goreng Tuaran ini kita punya. Kita pesan makanan yang lembut-lembut saja, sebab susah hendak kunyah. Bekas jahitan di gusi dan bekas cabutan geraham masih terasa 'sakit' nya ketika mengunyah. Jadi, pilihlah makan yang boleh ditelan-telan saja.
Bihun Goreng |
Turut serta bersama ialah anak buah kami, Ayen & family. |
Kebetulan pada 07 September itu ulang tahun kelahiran menantu kakak ipar. Abang Aznan dan adik-beradiknya yang lain buat kejutan. Sebaik sahaja adik iparnya keluar dari surau selepas solat, Abang Aznan menyuruh anak-anak kecil menyambutnya sambil menyanyi!
Happy birthday Papa Aiman! |
Itulah cerita sepetang di Kokol Haven Resort. Selepas makan-makan, sambut ulang tahun Papa Aiman pula. Sekali lagi terima kasih buat Abang Aznan yang menaja kami 24 orang, bayaran tiket masuk dan makan minum di sini.
Kami teruskan bersantai-santai di sini untuk menyaksikan suasana matahari tenggelam.
10 comments
Seronoknya sedekali dapat berkumpul..
BalasPadamDaging panggang black pepper tu saya pun nakkk...
Bagusnya Abang Aznan...rajin buat kejutan hari jadi..semoga rezekinya juga dilimpahi Allah s.w.t
Selamat menjamu selera semua
BalasPadamterasa rindu utk ke sabah kembali. teringat zaman2 bujang dulu..
BalasPadamcantik tempatnya selesa bersama keluarga bersantai makan2
BalasPadambesar nya restaurant tu kak, sangat menarik deko dan pemandangan sekitarnya cantik. Sungguh menyelerakan tengok semua menu yang ada, berselera Daus makan lagi lah ada bff nya ya. Kepak goreng tu pun besar sungguh kak, kalau dekat sini kecik je udah macam puyuh hahahah
BalasPadammenarik resortnya...bagusnya Abg Aznan, moga murah rezeki..
BalasPadammoga cepat sembuh gusinya..
Baiknya Abg Aznan, moga bertambah luas rezekinya.
BalasPadamNampak nyaman dan cantik tempat ni...
Cantiknya tempat tu. Macam lebih tinggi dari aras laut ye. Makanan pun nampak menyelerakan, portion besar-besar. Kenyang makan tu. :)
BalasPadamNampak menarik tempatnya. Semoga murah rezeki Abg Aznan taja makan2 di sana.
BalasPadamOhh luas rupanya tempat ni. Tempat yang sangat menarik dan permandangan cantik. Ada juga aktiviti kat sini. Daging panggang blackpepper tu mengancam tekak sungguh kak Amie.
BalasPadamSemoga bertambah tambah rezeki Abg Aznan belanja semua orang. Aamiin...