Hari Ini 14 September
9:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 14 September, hari ulang tahun kelahiran ANAK TEMBIKAI bujang kedua kami, Fuad. Dari awal pagi kami ucapkan selamat hari lahir untuk Fuad, dan sebentar tadi Encik Suami telefon Fuad lagi. Tidak seperti tahun-tahun dahulu, bulan Sepetember kami sibuk meraikan ulang tahun kelahiran bujang Farid, Fuad dan Fairuz serentak. Kali ini masing-masing berada di tiga penjuru yang berlainan. Abang Farid minta Fuad beritahu nak makan apa sebab Abang Farid nak belanja makan (minta tolong abang angkatnya hantar: Foodpanda) ke tempat tinggal Fuad di Klang.
Fuad ketika berusia setahun. |
Fuad usia 9 tahun. |
Di bawah ini gambar sepupu Fuad, Edy, Fatah, Kimi dan Aliyah di Selangor. Aliyah kongsi tarikh lahir dengan Fuad. Mereka merupakan anak kakak Amie yang telah kehilangan ayah untuk selama-lamanya ketika Edy (anak sulung) berusia 12 tahun. Kesemuanya telah menamatkan pelajaran masing-masing dan sudah bekerja. Kakak kita pun, in syaa Allah tahun hadapan akan pencen wajib.
Selamat menyambut ulang tahun buat Aliyah.
Edy, Kimi (tengah), Fatah dan Aliyah. |
Hari ini kita tak masak sarapan pagi. Kita hanya rebus dua biji telur. Encik Suami belikan bihun goreng sambal udang. Jadi, kita sarapan bihun goreng sambal udang dengan sebiji telur rebus. Sebiji telur lagi entah ke mana perginya!
Nasi Beriani Ikan. |
Tengah hari tadi, kita makan di Rumpun Selera. Kita makan nasi beriani lauk ikan goreng. Encik Suami makan nasi arab lauk ayam goreng berempah. Seperti biasa, selain papadom dan acar, hidangan dilengkapi dengan semangkuk kecil sup kosong.
Kita pesan supaya hidangkan papadom lebih sikit.
Keropok Papadom |
Nasi Arab Ayam Goreng Berempah |
Sampai rumah, kita masak sup ceker, tambah lobak merah dan kurma merah.
Selepas mendidih selama 10 minit, kita perlahankan api dan tutup periuk.
Biarkan renih selama satu jam.
Kita mandi dan kemudian solat asar.
Selepas itu kita sambung kerja kemaskini PAJSK.
Sesekali terhidu aroma sup ceker campur lobak merah dan kurma merah! Sungguh menggoda selera! Kita berhenti kemaskini PAJSK seketika dan ke dapur. Ceker @ kaki ayam sudah lembut, lobak merah sudah lembik dan kurma merah sudah mula pecah. Kita tambahkan sedikit garam / perasa. Kacau beberapa kali dan terus padamkan api dapur.
Kita cari lebihan salad di dalam peti sejuk dan bubuh dalam mangkuk. Kemudian kita tuangkan kuah sup serta isinya ke dalam mangkuk berisi daun salad tadi.
Jom hirup kuah sup! Sudahlah aromanya semerbak, kuahnya pula rasa manis-manis lobak merah dan kurma merah!
Selesai hirup sup, kita sambung semula kerja-kerja kemas kini PAJSK. Hari menjelang petang. Ketika kemas kini terakhir, kedengaran enjin kereta di luar pagar. Firdaus sudah pulang sekolah.
Encik Suami masuk ke rumah sambil berkata: Sedapnya bau sup!
Huurrmmm.... entri hari ini ditulis sekadar untuk mengingati tarikh 14 September! Tarikh kelahiran Fuad 24 tahun lalu. Semoga anakanda Fuad sentiasa sihat dan berjaya mengejar cita-cita, berjaya untuk dunia juga akhirat.
Sebelum menutup tirai malam 14 September, teringat sebuah buku pemberian rakan sekerja di awal pagi tadi. Sukanya hati kita terima naskhah tulisan Buya HAMKA berjudul Berbicara Tentang Perempuan. Tak sabar kita hendak menekuni isinya.
Berbicara Tentang Perempuan - Buya HAMKA |
Terima kasih Cikgu Hartini di atas pemberian yang sangat besar maknanya ini. Tak sangka sebaik sahaja melangkah ke meja, tiba-tiba Cikgu Hartini dengan senyum manisnya menunjukkan buku tersebut kepada kita dan katanya: Buku ini untuk cikgu!
Terima kasih Cikgu Hartini! |
26 comments
Hb Fuad dan Aliyah
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamSelamat ulangtahun kelahiran untuk Fuad, Edy, Fatah, Kimi dan Aliyah.Semoga Allah merahmati kalian semua.
BalasPadamAlahai ..kembang kempis hidung saya cuba mencari bau sup ceker dengan kurma merah tu..Terus saya ke dapur..
ya Allah..itu bau pandan..saya sedang masak agar-agar 🤭🤣..esok ada potluck
Serius..rasa teringin nak makan sup yang cikgu masak tu
Terima kasih Mama Cella.
PadamSatu hari nanti Mama Cella boleh hirup puas-puas sup ceker kurma merah hheheeee.
Sudah besar anak bujang.
BalasPadamYa, Encik Fairus. 24 tahun usianya.
PadamBesar dah baby tembikai ya, selamat hari lahir Fuad dan Aliyah.
BalasPadamYa, sudah bujang. Terima kasih ucapannya.
Padamalahai...macam mana lah rasa merindukan anak yang jauh. Anak saya kecik2 lagi. belum lepaskan ke mana mana
BalasPadamPada mulanya rasa rindu itu tak tertanggung, seksa! Lama-lama kurang juga sebab banyak sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.
PadamSelamat hari lahir, Fuad dan Aliyah. Wahhhh.. mommy makan2 sedap ya.
BalasPadamTerima kasih SK. Lama tak dating dengan Encik Suami.
PadamSelamat hri lahir Fuad dan Aliyah...nampak best la sup kaki ayam Kak Amie masak tu
BalasPadamTerima kasih SA.
PadamSedap hirup kuahnya SA. Menambah dalam mangkuk juga tu.
sedapnya sarapan pagi akak penuh udang ehehhe. Rare betul menu lunch nasi beriani lauk ikan goreng dan ayam goreng tu kak, tapi nampak sedap juga.
BalasPadamSelamat hari lahir buat Fuad, moga terus sukses dunia dan akhirat
Terima kasih Dana.
PadamDoktor gigi pesan makan yang lembut-lembut saja, itulah dicari ikan juga hehehee.
Happy birthday Fuad & Aliyah...sedapnya sup ceker, rasa manis buah kurma..
BalasPadamTerima kasih Nohas.
PadamYa, sedap ada kurma merah.
anak tembikai yg comel happybesday fuad n aliyah
BalasPadamYa Kak PI. Anak tembikai sudah bujangan.
PadamHepi belated birthday Fuad dan Aliyah. Sama tarikh juga dengan adik saya. Alahai kesian cikgu, kerja sampai dibawa ke rumah
BalasPadamWah, sama tarik ye. Happy belated birthday juga untuk adik Sal.
PadamMemang selalu sambung kerja di rumah. Tak cukup masa siapkan di sekolah.
Comel je sebut anak tembikai. Bila masing masing dah berjauhan begitulah sambut asing-asing. Mudah bila ada abang angkat ni. Boleh raikan orang tersayang dari kejauhan.
BalasPadamSelamat Hari Lahir untuk Fuad, semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta berjaya dunia akhirat. Aamiinn...
Rumpun selera, port makan favourite kak Amie ni. Segar rasa dapat makan sup panas dengan rencah begini. Kena upgrade line internet sekolah tu nampaknya. Terpaksalah membawa sampai ke rumah. Sabar je lah kan.
Terima kasih ucapan dan doanya Fizah.
PadamMemang selalu bawa kerja balik ke rumah. Tak cukup masa buat di sekolah. Kena sambung waktu petang atau malam sambil urus kerja-kerja di rumah sendiri hihihii.
Bila baca pengalaman Kak Amie masa mengandung dulu, teringat jugak zaman mengandung saya dulu. Lebih kurang jugak mual dan muntah2 teruk, sampai kena masuk hospital. Risau jugak takut baby tak cukup nutrisi, tapi kuasa Allah baby tak sihat membesar dalam perut.
BalasPadamKak Amie, boleh kongsikan resipi sup ceker ni ke? Ada letak sup bunjut dan bawang2 ke?
Itulah pengalaman dan pengorbanan seorang ibu. Apabila dikenang semula, tidak sangka mampu mengharunginya sehinggalah baby lahir ke dunia.
PadamNanti ada kesempatan Kak Amie buat entri resipi sup ceker ye. Tak perlu bubuh sup bunjut. Sup ini ringan saja, tujuan untuk hirup kuahnya.