Jom Sarapan Cucur Sukun

9:19 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Moga ceria-ceria sahaja sepanjang hari. Sebelum memulakan sebarang aktiviti, eloklah alas perut terlebih dahulu. Sarapan apa pagi ini?

Amie buat cucur sukun. Ada sebiji buah sukun yang dibeli dua hari lepas. Rancangan asal hendak goreng separuh dan buat pengat sukun separuh. Apabila tekan bahagian luar buah sukun tadi, sudah rasa lembik! Setelah dibelah, memang tak ada harapan untuk digoreng atau dibuat pengat. Buah sukun sudah masak sepenuhnya. Sudah lembik tak boleh bawa bincang! Tak perlu dikupas kulit dengan pisau, sebaliknya siat saja dengan tangan, terus bercerai kulit dari isinya.

Sedang kita siapkan adunan untuk dibuat cucur, Encik Suami pula ingatkan kita, ada murtabak jawa dalam peti sejuk. Malam tadi kami ke rumah kakak ipar menghadiri majlis doa selamat. Hari Selasa depan, kakak ipar akan menunaikan umrah. Anak buah bungkuskan kami murtabak jawa untuk dibawa pulang.


Cucur Sukun

Hidangan Sarapan Pagi


Mulakan alas perut dengan buah betik terlebih dahulu.
Kita selalu ingat pesan Cikgu Nano, guru Sains di sekolah kami. Katanya, sewaktu perut kosong elok makan buah kerana akan membantu membuang kolestrol.

Murtabak Jawa

Malam tadi sempat sembang-sembang dengan besan kakak ipar yang kebetulan datang ke Lahad Datu. Besannya ini bertanya kepada Amie, kenapa orang LD panggil mutabak jawa sedangkan isinya sama saja sama ada ayam atau daging. Kalau di semenanjung biasanya dipanggil murtabak ayam atau murtabak daging saja. Amie kata, lain tempat lain namanya atau barangkali lain sedikit bahan olahannya. Murtabak jawa di sini selain telur dan ayam atau daging, campuran lainnya ialah hirisan kobis!

Buah Sukun

Buah sukun nan sebiji ini bersaiz kecil dan nampak layu bahagian batangnya. Tanggungkan dahulu nak buat pengat sukun. Kita sudah keluarkan sagu biji dan rendam. Jagung krim sahaja yang kita belum buka tinnya. Jadi, simpan semula ke dalam kabinet. 

Cucur Sukun


Nampaknya kali ini tak dapatlah kita kongsikan resipi cucur sukun mengikut sukatan. Kita buat main campak-campak saja. Seperti biasa, Amie tambahkan tepung gandum ke dalam bekas berisi isi buah sukun yang sudah hancur. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Jika agak keras, tambah sedikit air. Oh, hampir terlupa! Amie tambahkan satu sudu kecil serbuk ENO ke dalam adunan. Biarkan beberapa minit dan kemudian goreng sehingga kuning keemasan. 

Pisang Lemak Manis

Sewaktu kita goreng cucur sukun,Encik Suami suruh buka jendela dapur. Dihulurkannya setandan kecil pisang lemak manis. Pokok pisang ini menyelit tumbuh di tepi tangki air. Alamdulillah. Kecul-kecil tandan pisang, bolehlah dimakan kami sekeluarga.

7 comments

  1. Masa baca post bekal telur rebus pecah tu nampak buah sukun tu dalam hati terdetik sedapnya kalau buat pengat..
    Rupanya takdir jadi cucur sukun yer...hihihi

    Kalau sukun yang masih keras tu...saya pernah makan dibuat masak lemak cili api dengan ikan masin pun sedap cikgu...ala-ala macam nangka muda...

    BalasPadam
  2. Sayangnya sukun dah masak, tapi setelah diolah jadi cucur, rasa bercucuran airmata menengoknya, terserlah kesedapan dari rupanya.

    BalasPadam
  3. First time tgk cucur sukun nmpkkk menyelerakan

    BalasPadam
  4. Buat cucur taruk ENO memang cantik kan kejadiannya. Sedapnya cucur sukun

    BalasPadam
  5. Saya suka juga cucur sukun. Lembut dan manis.
    Takpelah tiada rezeki buat pengat sukun. Mungkin buat pengat pengat pisang.

    BalasPadam
  6. Dah masak sangat ye kak sukun nya sampai boleh di buat cucur? Dana kalau sukun suka di goreng dengan tepung cicah sambal kicap, buat pengat tak pernah lagi buat tapi mesti sedap kan sebab lemak manis

    BalasPadam
  7. Boleh juga ye buat cucur. Menarik juga dijadikan cucur. Belum pernah makan. Pertama kali tahu boleh dibuat cucur. Rezeki dapat makan cucur sukunlah jawabnya. Kalau dapat sukun goreng cicah sambal kicap memang sedap.

    Okay, lain kali boleh beli buah betik. Terima kasih share infonya kak Amie :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe