Sarapan Mi Tarik Labu Goreng Pedas dengan Chicken Meatball

11:07 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini redup saja. Rancangan awal hendak bangun awal pagi dan sarapan di luar. Selepas solat subuh, letak semula kepala di bantal. Rasa hendak demam pula sebab semalam tidur agak lewat. Baiklah berehat seketika lagi.

Setelah rasa segar sedikit, kita pun turun ke bawah. Encik Suami sedang baiki mesin basuh. Entah berapa tahun umur mesin basuh yang kami digunakan itu. Nampak uzur benar! Mungkin perlu beli mesin basuh yang baharu.

Sarapan apa pagi ini?
Ada stok mi tarik pebagai jenis dalam kabinet dapur. Kita tarik Mi Tarik Labu. Encik Suami kata Mi Tarik Labu lebih sedap. Kita rebus 150 gram sahaja. Kalau rebus semua 300 gram sebungkus, takut tak habis makan pula. Lagi pun kita sudah isi perut dengan betik!

Mi Tarik Labu Goreng Pedas dengan Chicken Meatball


Betik

Kita cuba biasakan bersarapan dengan buah-buahan dahulu. Elok untuk proses penghadaman dan pencernaan. Setakat ini hanya buah betik dan tembikai sahaja yang biasa kita makan banyak di awal pagi. Encik Suami pula suka makan limau sunkist. Kalau rajin, kita  buat jus timun campur epal hijau pula. Boleh diiminum sama ada di awal pagi atau sebelum tidur malam. Mudah-mudahan pengambilan pemakanan begini membantu menjaga kesihatan tubuh badan kami yang sedang dimamah usia ini.



Kita kongsikan resipi Mi Tarik Goreng Pedas dengan Chicken Meatball di bawah ini. Kita tambah air setelah perencah terbit minyak. Tujuannya untuk mendapatkan Mi Tarik Labu  goreng basah-basah sedikit.

Bahan-bahan:
  • 150 gram Mi Tarik Labu - rebus 8 minit - angkat - bilas  dengan air paip - toskan
  • 10 biji chicken meatball
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam / perasa pilihan - jika perlu
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 sudu udang kering - rendam hingga lembut
  • 10 tangkai cili kering
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minya.
  2. Tuangkan air dan biarkan mendidih. Masukkan chicken meatball.
  3. Setelah kuah hampir pekat, masukkan Mi Tarik Labu disusuli dengan kicap manis dan sos tiram.
  4. Gaul rata. 
  5. Jika kurang rasa, bolehlah tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

11 comments

  1. Ala.. dah terlambat pulak nak join Kak Amie sarapan Mee Tarik Labu Goreng Pedas. Hari ni kita bersarapan buffet, lepas sarapan, jalan2 cari penat pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sarapan buffet tu sah la kat hotel kan🥰
      Seronoknya bercuti

      Padam
    2. Nanti penat tu simpan dalam tupperware kedap udara ye SK. Boleh jadi kenang-kenangan hihihii.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ya, licin jew lintas tekak...sluurrrppp...sluurrppp!

      Padam
  3. Sini pun pagi pagi mendung..Sekarang hujan turun masih belum berhenti. Perut minta di isi, tengok menu kak Amie ni rasa lapar balik. Belum pernah rasa mi tarik labu. Nanti nak cari jugalah buat stok. Bagus amalkan makan buah-buahan dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah mi tarik Fizah. Ada kelainannya dengan mi biasa.

      Padam
    2. Baiklah, kena shopping sendiri nanti. Kalau bagi list kat suami, takut lain pulak dibelinya nanti. Hehehe...

      Padam
  4. Wah...mee tarik labu...
    Saya pin dah lama tak masak mee -mee ni...Esok macam bak masak mee jugak lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy cooking Mama Cella. Jangan lupa tinggakan sepiring untuk saya.

      Padam
  5. Sedaap ... Nym nyam .... Amie jago masak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe