Jalan-Jalan Cari Makan di Kokol Haven Resort

6:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung perjalanan setelah melawat Harimau Malaya di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan kami menuju ke Bukit Kokol, di Tombongon, Menggatal. Seperti di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, sekali lagi Abang Aznan belikan tiket untuk kami semua. Malam tadi Amie sempat kira jumlah kami, dan kesemuanya 24 orang termasuk baby Khadeeja.


Di sebelah pintu masuk menuju ke restoran.


Firdaus sempat bergambar di sebelah pintu masuk.


Jom masuk ke bahagian dalam, ke tempat makan.

Anjung Kokol Haven Resort


Kami menuju ke bahagian bawah.



Tempat makannya luas. Boleh buat pilihan duduk di bahagian yang disukai sama ada di bahagian dalam atau luar restoran.

Bahagian dalam restoran.



Yunita (Membelakangi kamera), Chica (berbaju biru) Mei Mei (baju merah dan Iskandar.

Sudah tentulah anak-anak yang paling teruja apabila berada di sini. Merekalah yang meriuhkan suasana.

Empat sekawan.

Yang ini pula, memang tak boleh berpisah. Firdaus, Aiman, Raffi dan Rayyan.


Sewaktu menunggu pesanan makanan dan minuman tiba, sempat pula anak-anak kecil ini memanjat bukit!


Antara minuman yang dipesan.



Penat bermain, cari minuman untuk lepaskan dahaga.


Budak-budak memang suka makan makanan begini. Kentang goreng dan burger!







Masing-masing memesan makanan yang disukai. 


Amie, Encik Suami dan kakak ipar memilih lemon madu.

Daging Panggang Black Pepper.

Nasi Goreng Telur.

Nasi Goreng Kampung.

Mi Goreng Tuaran.

Mi Goreng Tuaran ini kita punya. Kita pesan makanan yang lembut-lembut saja, sebab susah hendak kunyah. Bekas jahitan di gusi dan bekas cabutan geraham masih terasa 'sakit' nya ketika mengunyah. Jadi, pilihlah makan yang boleh ditelan-telan saja.

Bihun Goreng

Turut serta bersama ialah  anak buah kami, Ayen & family.


Kebetulan pada 07 September itu ulang tahun kelahiran menantu kakak ipar. Abang Aznan dan adik-beradiknya yang lain buat kejutan. Sebaik sahaja adik iparnya keluar dari surau selepas solat, Abang Aznan menyuruh anak-anak kecil menyambutnya sambil menyanyi!



Happy birthday Papa Aiman!


Itulah cerita sepetang di Kokol Haven Resort. Selepas makan-makan, sambut ulang tahun Papa Aiman pula. Sekali lagi terima kasih buat Abang Aznan yang menaja kami 24 orang, bayaran tiket masuk dan makan minum di sini.


Kami teruskan bersantai-santai di sini untuk menyaksikan suasana matahari tenggelam.

10 comments

  1. Seronoknya sedekali dapat berkumpul..
    Daging panggang black pepper tu saya pun nakkk...
    Bagusnya Abang Aznan...rajin buat kejutan hari jadi..semoga rezekinya juga dilimpahi Allah s.w.t

    BalasPadam
  2. terasa rindu utk ke sabah kembali. teringat zaman2 bujang dulu..

    BalasPadam
  3. cantik tempatnya selesa bersama keluarga bersantai makan2

    BalasPadam
  4. besar nya restaurant tu kak, sangat menarik deko dan pemandangan sekitarnya cantik. Sungguh menyelerakan tengok semua menu yang ada, berselera Daus makan lagi lah ada bff nya ya. Kepak goreng tu pun besar sungguh kak, kalau dekat sini kecik je udah macam puyuh hahahah

    BalasPadam
  5. menarik resortnya...bagusnya Abg Aznan, moga murah rezeki..

    moga cepat sembuh gusinya..

    BalasPadam
  6. Baiknya Abg Aznan, moga bertambah luas rezekinya.
    Nampak nyaman dan cantik tempat ni...

    BalasPadam
  7. Cantiknya tempat tu. Macam lebih tinggi dari aras laut ye. Makanan pun nampak menyelerakan, portion besar-besar. Kenyang makan tu. :)

    BalasPadam
  8. Nampak menarik tempatnya. Semoga murah rezeki Abg Aznan taja makan2 di sana.

    BalasPadam
  9. Ohh luas rupanya tempat ni. Tempat yang sangat menarik dan permandangan cantik. Ada juga aktiviti kat sini. Daging panggang blackpepper tu mengancam tekak sungguh kak Amie.

    Semoga bertambah tambah rezeki Abg Aznan belanja semua orang. Aamiin...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe