­
Juices / Smoothies

Jus Epal Hijau Dengan Tembikai Susu - Green Apple and Honeydew Juice

Sebelum menutup tirai malam ini, Amie sudahi dengan hidangan jus buah epal hijau dengan tembikai susu. Sekiranya kita rajin amalkan pengambilan jus buah-buahan, insya-Allah kita akan memulakan hari setiap pagi dalam keadaan selesa kerana jus buah-buahan membantu melancarkan proses perkumuhan dengan teratur, boleh mengatasi masalah sembelit dan rasa perut yang tidak selesa. Sebenarnya kalau kita mahu dan jika rajin serta suka, pelbagai jenis...

Continue Reading

Ikan

Kari Kepala Ikan Merah Dengan Nenas

Selamat malam semua...dah makan malam belum? Amie sekeluarga petang tadi mengadap kari kepala ikan merah. Anak-anak kata kuah karinya sedap. Memang Amie akui rasanya dan juga kepekatannya... Amiekan suka kuah kari yang pekat-pekat. Bonda pun suka masak kari pekat-pekat tapi bonda pandai buat rempah kari sendiri (rasanya tentulah jauh lebih sedap berbanding rempah kari yang dah siap). Lagi satu, mungkin cara Amie masak kari...

Continue Reading

Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow

Kuey Teow Goreng

Amie singgah sebentar di kedai beli  sebungkus roti, kononnya kalau rajin nak buat puding roti. Sedap kalau buat puding roti sendiri, dan rasa kenyang bila kita makan. Masuk dapur, lain pula ceritanya.... terpandang sebungkus kuey teow dengan seikat daun kucai dalam bakul di tepi tingkap..... alamak ni mesti gara-gara keletihan malam tadi sampai terlupa nak simpan semua bahan yang dibeli di dalam peti sejuk....

Continue Reading

Sambal

Sambal Terung Pipit Dengan Udang

Hmmmm.... anak-anak memang tak suka makan ikan sup. Asalkan yang berkuah...masak pindang, singgang, asam rebus... mereka kata macam ikan tu masih hidup. Macam-macamlah alasan sebab mereka hanya suka ikan goreng, ikan sos, ikan masak kari ....kecuali yang berkuah-kuah. Amie masakkan mereka sambal udang tapi ada syaratnya tau.... Amie tumpangkan terung pipit dalam sambal udang. Lama sangat tak makan terung pipit. Masa kecik2 dulu...

Continue Reading

Ikan

Ikan Jenahak Sup Dengan Daun Selasih

Selamat malam semua pengunjung.... malam ini Amie masak ala kadar saja sebab sehari suntuk menghabiskan masa dalam perjalanan pergi dan balik dari Lahad Datu-Tawau-Lahad Datu ikut rombongan meminang sekaligus hantaran. Alhamdulillah, semuanya selesai tapi masih Amie fikirkan betapa belanja kahwin sekarang ini melambung tinggi... asyik fikir tentang benda tu, nanti lauk makan malam tak siap pulak. Suami kata dia sangat letih memandu dan...

Continue Reading

Juices / Smoothies

Red Apple with Carrot and Lime

Malam ini Amie sempat sediakan jus campuran untuk Amie dan suami serta anak-anak. Biasanya Amie campurkan susu segar dalam jus dan gunakan penapis yang agak jarang supaya hampas yang halus-halus terutamanya lobak merah, masuk sedikit dalam minuman. Sesetengah orang tidak suka minum bersama keladaknya sekali... yang tak suka tu, bolehlah gunakan penapis yang biasa. Amie tidak gunakan gula atau susu cair sebaliknya Amie...

Continue Reading

Desserts

Yam Flavour Ice Cream With Mango and Dessicated Coconut

Assalamualaikum semua.... hari ini agak sibuk dan letih sedikit sebab menyiapkan tugas yang belum selesai dari kelmarin. Oleh kerana masa yang diberi sangat suntuk, terpaksalah korbankan banyak perkara.... bukan apa, bantu murid-murid yang menghadapi ketiadaan kad pengenalan kerana masalah dokumen ibu bapa dan sebagainya. Oleh kerana hari Isnin perlu diserahkan, memang sakit tengkuk mengadap komputer, menyemak dokumen dan membuat senarai semak. Sedih sangat...

Continue Reading

Juices / Smoothies

Mango Juice

Dua hari lepas, semasa Amie pusing-pusing bandar menunggu gambar pasport siap di kedai gambar, Amie sempat memborong sebakul buah mangga. Sebenarnya, sekarang bukan musim mangga tapi Amie lihat di pasar ada beberapa buah lori pick-up jual cara borong...RM10 boleh dapat banyak. Amie pun tak kira berapa puluh biji dalam bakul tu... berat dan wangi. Sebenarnya, itu mangga dari Filipina. Kalau sedang musimnya, tak...

Continue Reading

Telur

Shiitake Mushroom Omelette

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pengunjung yang sudi singgah di dapur Amie. Nampaknya cuaca asyik mendung sepanjang hari. Kelmarin hujan, hari ini pun hujan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas segala rahmat-Nya. Bila hujan selalu, pokok-pokok di sekeliling rumah pun semakin subur. Apabila memandu ke tempat kerja pada waktu pagi, Amie suka buka tingkap kereta untuk menghirup udara segar...hmmmmm nyamannya. Biasanya Amie...

Continue Reading

Masakan Ala Bajau

Latok @ Rumpai Laut Dengan Ikan Kayu Panggang

Selamat malam rakan-rakan pengunjung. Apa khabar hari ini, hari Rabu.... tentu sihat dan yang penting perut pun kenyang, hati pun senang nak jalan-jalan dari rumah ke rumah, dari dapur  ke dapur sampailah ke dapur Amie yang sentiasa berasap ni. Sebenarnya resepi hari ini merupakan hasil tangan kelmarin tapi tak sempat nak muatkan gambar sebab lambat sangatlah ........ Kelmarin petang  selepas berurusan di Pejabat Imigresen Lahad...

Continue Reading

Lembu / Kambing / Lamb / Rusa

Lamb Curry

Suami Amie kata hidangan petang (kami makan nasi sebelum pukul 6.00) hari ini seimbang kerana Amie masak kari kambing biri-biri serta dihidangkan bersama acar mentah. Maksudnya, hidangan berlemak digandingkan dengan acar yang mengandungi rasa masam. Macam biasalah, kalau masak kari, Amie memang suka yang pekat-pekat.... Bahan-bahan:500 gram kepingan kambing biri-biri muda (potong ikut suka)5 biji kentang (buang kulit dan belah 2)3 cawan santan...

Continue Reading

Acar

Acar Mentah

Lama benar Amie menyimpan hasrat untuk membuat acar mentah (resepi orang kampung Amie semasa kenduri-kendara). Kenapa namanya acar mentah ye..... Sebenarnya gini, masa Amie kecil2 dulu selalu ikut bonda pergi 'rewang' di majlis kenduri - kendara di kampung. Dari situlah Amie mengenali acar mentah ini. Salah satu bahan acar mentah tu ialah timun. Sebahagian isi dan kulit timun di potong panjang untuk dibuat acar rampai (acar...

Continue Reading

Kuih-Muih

Pembetulan: Kuih Bongkok Sebenarnya Kuih Brongkok

Assalamaualaikum, dan selamat petang kepada semua pengunjung. Kelmarin Amie muatkan gambar kuih bongkok seperti di bawah ini.... Sebenarnya selama ini Amie salah dengar, tak tahulah pekak badak barangkali. Orang sebut lain, Amie fikirkan lain. Pagi tadi Amie bertanya kepada beberapa orang rakan keturunan Bugis tentang kuih bongkok. Malangnya, mereka kata tidak ada nama 'bongkok' dalam kuih tradisi mereka. Setelah Amie terangkan rupa bentuk...

Continue Reading

Kuih-Muih

Kuih Bongkok

Sebelum menutup tirai petang Ahad ini, Amie masukkan gambar kuih bongkok pemberian jiran sebelah rumah. Kalau pagi tadi anak daranya yang keempat hantar kerabu pucuk paku dengan ikan putih masak sos, petangnya pula anak daranya yang ketiga hantar kuih bongkok dan anak teruna Amie juga yang diseru namanya...... he he he. Amie tak pernah buat kuih bongkok dan sesiapa yang belum pernah makan...

Continue Reading

Ketam / Sotong / Udang

Udang Goreng Dengan Serbuk Perencah Bijirin Mentega

Setiap kali masak udang dengan butter cereal seasoning powder, Amie gunakan daun kari sebagai penambah aroma tapi kali ini Amie tukar daun kari kepada daun limau purut. Hasilnya sama saja cuma bezanya dari segi bau dan tidak mempengaruhi kelazatan hidangan sebab kalau dah namanya masak butter cereal seasoning powder, memanglah sedap.... Bahan-bahan:25 ekor udang kertas (bersihkan dan belah belakang)10 biji cili padi (hiris)7 helai...

Continue Reading

Sayur

Labu Masak Lemak dengan Ikan Yu Kering

Sebenarnya dari kelmarin lagi Amie dah potong-potong labu dan ikan yu kering, lepas tu simpan balik dalam peti sejuk. Pagi tadi Amie keluarkan lagi labu tu dak letakkan di tepi sinki untuk dimasak buat hidangan tengahari. Teringat pula, kelmarin suami pesan masak sayur kangkung. Jadilah resepi Amie kali ini masak lemak labu dengan ikan yu kering campur dengan kangkung. Bahan-bahan:400 gram labu (buang...

Continue Reading

Kerabu

Kerabu Pucuk Paku & Ikan Putih Masak Sos

Amie sedang berkira-kira untuk menyediakan makan tengahari.... tiba-tiba anak dara jiran sebelah panggil anak teruna kami.......dan melalui tingkap kaca, Amie lihat si dara hulurkan 2 buah mangkuk kaca. Alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi.... mangkuk-mangkuk tu berisi kerabu pucuk paku dan juga ikan putih masak sos.... masih panas. Bila Amie jeling jam, baru pukul 11.00 pagi, ini bermakna jiran Amie masak tengahari lebih awal dan mungkin dia...

Continue Reading

Sarapan Pagi / Minum Petang

Cekodok Pisang & Coffee Plus

Sesikat pisang berangan hampir masak ranum terletak di hujung meja makan sejak dua hari lalu.... Amie terfikir untuk buat cekodok. Hmm...2 tahun lepas Amie terlibat sebagai pengadil pertandingan memasak sempena aktiviti RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) di SMK Sepagaya anjuran bersama SM St. Dominic. Ini merupakan salah satu aktiviti di antara 7 aktiviti lain termasuk menganyam ketupat, sepit bola ping pong dan...

Continue Reading

Ikan

Terubuk Masin Kukus Cendawan Shiitake

Hmmm....rupa-rupanya hampir 2 bulan yang lalu, Amie beli lebih 7 jenis ikan kering di Pasar Tanjung di Tawau. Amie bungkus elok-elok dan simpan di bahagian bawah peti sejuk sehingga Amie terlupa untuk memasaknya, maklumlah ikan kering itu kan masin, taklah selalu kita makan. Pagi tadi bertemulah kembali dengan bungkusan -bungkusan kecil yang masih elok tidak terusik mengandungi keping-keping ikan kering keratang, talang, kurau,...

Continue Reading

Aneka Hidangan Sup

Sayap Ayam Sup Daun Selasih - Basil Lemon

Hari ini Sabtu, esok mestilah Ahad ye...  hari pembersihan (gotong-royong keluarga kemas rumah termasuk dapur) dan sudah semestinyalah peti sejuk. Pagi ini, berkira-kira untuk menghabiskan stok bekalan yang tinggal sepotong dua tu, kumpul semua dan masaklah sekali harung...he he he...jadilah sayap ayam sup daun selasih... Sebenarnya, kami pernah makan nasi ayam penyet di Tawau (cerita dalam resepi Nasi Ayam Penyet), dan hingga hari...

Continue Reading

Ikan

Steamed Milkfish (Baulu Kukus)

Balik kerja petang tadi, buka peti sejuk...nak tengok apa ikan yang sesuai untuk dijadikan hidangan malam ini. Tiba-tiba terpandang seekor ikan (mungkin suami beli), tapi suami belum balik kerja. Semalam tidak ada pula ikan nan seekor tu dalam peti sejuk. Tanya anak...(hari ini anak bongsu cuti sekolah sebab sambutan Cap Goh Meh), rupanya jiran sebelah bagi. Ooo....Alhamdulillah, rezeki Allah. Jiran inilah juga yang...

Continue Reading

Kerabu

Salad Timur & Barat (Laut & Darat)

Dah puas makan salad dari barat, kerabu dari timur dan pelbagai rasa telah dicuba...kali ini ambil jalan tengah pula. Buat salad antara timur dan barat. Apa bendanya yang Amie buat tu sampai jauh-jauh benar pergi timur ke barat, barat ke timur, tak cukup bahan dari darat, bahan dari laut pun turut sama dicampur.  Tengok sajalah rupa salad timur & barat di bawah ni...

Continue Reading

Masakan Ala Cina

Ba Bao Chicken Soup

Masyarakat berketurunan Cina yang menggemari sup daripada 8 jenis herba ini mempercayai bahawa sup ini banyak membawa kesan kesihatan yang baik untuk bahagian dalaman tubuh badan manusia.  Caranya mudah sahaja... anda hanya perlu membeli herba 8 jenis yang sudah dikhaskan untuk tujuan di atas. Cuma, kita perlu merenih sup ini sehingga 3 jam lamanya. Sekiranya kita gunakan ayam kampung...adalah lebih baik. Kalau tak...

Continue Reading

Masakan Ala Cina

Berkenalan Dengan Herba Cina (Ba Bao: Lapan Bungkus / Jenis)

Syukur ke hadrat Ilahi....dijadikannya manusia lengkap dengan segala kesempurnaan fizikal, dianugerahinya otak serta diberinya akal untuk berfikir. Dijadikannya segenap penjuru alam dengan pelbagai kejadian yang tak terungkap oleh akal dan fikiran akan segala rahsia di sebaliknya. Justeru, andai air lautan dijadikan sebagai tinta menulis segala kejadian Allah, tidak akan mencukupi jumlah air itu...bahkan dikatakan kita hanya memiliki hanya setitik ilmu dari air lautan itu......

Continue Reading

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

1.
2.
Mulan 35 comments
3.
4.
Puan Hazel 23 comments
5.
Suria Amanda 23 comments
6.
Cuya 23 comments
7.
anamizu 22 comments
8.
dear anies 21 comments
9.
Rawiwa 17 comments
10.
namakucella 16 comments

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe