Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap hari ada sahaja penoreh yang bawa bekal ke ladang. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kawan-kawan. Ada yang setiap hari membawa (membeli) beberapa jenis kuih seperti karipap, popia, kaswi, kek pisang, cempiang dan sebagainya. Ya Allah! Kurniakanlah rezeki yang berlipatganda kepada rakan-rakan penoreh yang ikhlas membawa kuih untuk kami makan bersama. Sesungguhnya para penoreh yang masuk awal pagi ke ladang, sempat alas perut dengan sekeping dua kuih!
Bukan apa! Pembawa kuih-muih inilah yang menyelamatkan perut kami dari kelaparan kerana kantin tidak beroperasi sebelum kami masuk kebun untuk menoreh! Kelas bermula pukul 6:45 pagi sedangkan kantin belum bersedia melayan kami.
Kalau hendak dihitung memang tidak terkira jenis kuih yang kami makan. Gambar-gambar di bawah ini Amie ambil buat kenang-kenangan, waktu kenyang dan waktu lapar bersama pada minggu-minggu yang lalu.
| Samosa Inti Kentang |
| Karipap |
| Kuih Bom |
| Nona Manis Jagung |
| Kuih Bunga Pandan |
| Roti Canai |
| Barobbo' |
Alhamdulillah.
Rezeki Allah!
Inilah yang akan jadi kenangan apabila semuanya bersara nanti.

