Kek Lapis Asam Manis

9:21 PTG

Sumber    : Kompilasi Masakan Sarawak
Resepi     :  Kek Lapis Asam Manis
                  Chef  Sarji Ramli
Rasa nak melompat!!!! Kenapa Amie???? Dah mabuk ke???... Tak kisahlah orang nak kata apa, yang penting Amie benar-benar teruja petang ini. Mungkin biasa saja bagi orang lain tapi luar biasa bagi Amie.... apa benda tu Amie? Alaaa...... baru pandai buat kek lapis asam manis.... orang tak heran pun!!!!. Tak apa, orang tak heran pun tak apa, yang penting Amie mesti rasa hairan sebab selama ini Amie kira memang tangan Amie ini kaku bab tepung, mentega, telur dan gula.... kalau buat semua tak jadi, semua bantat. namun berkat ketekunan lebih-lebih lagi nak bagi semangat untuk si bongsu, Amie pun usahalah mana yang mampu untuk bermesra dengan keluarga kek. Okey tak hasil tangan Amie di bawah nie???...


Kiranya inilah kejayaan Amie yang pertama buat lapis-lapis selain kek pisang kukus dengan kek coklat kukus. Huh.... boleh tahan juga untuk menyiapkannya. Sempat sembahyang Mahgrib semasa mengukus. maklumlah buat 6 lapis...  walaupun tak secantik mana tapi rasanya boleh tahan biarpun sekadar biskut marie dengan haw flakes saja... hi hi hikkk. Kepada yang dah biasa buat, tegur2lah mana yang tak kena, dari segi warna ke, teksturnya ke, apa-apalah.... dah kepada yang  belum pernah buat tapi nak cuba, Amie akan susun satu persatu cara pembuatannya....ewahhhh macam dah expert yea...malulah sikit dengan kawan2 blogger yang buat kek gebu2 tu....



Resepi Asal
Bahan-bahan:
400 gram mentega
300 gram biskut Marie - Amie blend jadikan serbuk
200 gram gula kastor - Amie gunakan 1 cawan
20 bungkus Haw Flakes - Amie gunakan 17 bungkus - beli memang 20 bungkus
10 biji telur ayam - asingkan putih dan kuningnya
1 tin susu pekat manis - Amie guna susu Krimer Pekat Manis Gold Coin -505 gram
sedikit serbuk koko / atau pewarna lain -  Amie gunakan 4 sudu serbuk koko

Cara:
1. Putih telur dipukul bersama gula kastor hingga kembang - gunakan mixer.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dikacau.
3. Dalam bekas lain, pukul mentega bersama susu pekat hingga kembang.
4. Campurkan kesemua adunan bersama serbuk biskut Marie. Kacau hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Satu bahagian biarkan dengan warna asal.
7. Satu bahagian lagi campurkan dengan serbuk koko atau warna lain.
8. Panaskan pengukus. Masukkan satu senduk adunan koko ke dalam loyang dan kukus hingga masak selama 15 minit - Amie masukkan 2 senduk.
9. Susun Haw Flakes di atas lapisan pertama tadi dan masukkan lapisan kedua - adunan yang tidak berwarna.
10. Kukus dan ulangi 8 dan 9 hingga habis semua adunan.



Beginilah rupa lapisan pertama tadi. Susun Haw Flakes di atasnya. Kalau nak bagi rapat-rapat pun boleh juga. terpulanglah. Yang di bawah ni pula setelah lapisan kedua.... dan Amie dapat 6 lapis, ada yang nipis ada yang agak tebal... itulah namanya belajar, lain kali Amie kena hati-hati membuatnya.



...aduiii...kekku ini cacat.... sebab tu... ada biskut Marie yang tak hancur tu cacatkan pandangan mata he ehe... Apa pun, penghargaan buat diri sendiri adalah perlu kerana atas keyakinan yang penuh, jadilah kek lapis asam manis yang sangat enak ini walaupun terpaksa mengambil masa melebihi 2 jam untuk menyiapkannya. Hmmm....awal2 lagi pakwe Amie dah tapau separuh nak bagi rasa kawan2nya esok....ngeeee...



Amie tak jadi melompat, tapi rasa nak melompat aje.... ni kalau Ucu Faridah dan rakan2 lain yang pandai buat kek baca ni mesti dia gelak2 nie...@ senyum2 kambing....hi hi hi

8 comments

  1. Tahniah Amie! tentu seronokkan kalau apa yg kita masak tu menjadi..Tambah2 buat kek lapis ni yg memang perlukan kesabaran & kerajinan! Kalau dekat boleh juga merasa kek Amie ni ye..!

    BalasPadam
  2. mamanajmi,
    terima kasih byk2.... mamanajmi sgt memahamiku... he he he sodap tau! Nak hantar jauh sgt.....tak sempat sampai dah basii...

    BalasPadam
  3. sedapnya kak...

    saya suka kek lapis :D

    BalasPadam
  4. klu saya pun rasa nak melompat bila apa yg dihasilkan menjadi.. pernah makan kek ini.. tp tak pernah buat sendiri.. he..he..

    BalasPadam
  5. habsah,
    mmg sedap... tak tipu punye... he ehe..

    BalasPadam
  6. haniz,
    tu la pasal nak lompat....sbb first time buat and first time jugak makan...rasanya pulak sgt sedap!

    BalasPadam
  7. dah lame x buat kek lapis.. huhu.. tak sabar pulak nak balik rumah, nk buat kek lapis..

    BalasPadam
  8. aisya,
    buat jangan tak buat, nanti antar sikit sbb kakamie punya dah abisss...temahak nih takpuas makan he ehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe