Sambal Tomato Air Tangan Firdaus
7:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi masuk dapur berdua dengan Firdaus. Firdaus hendak tolong masak. Jadi, kita ajar Firdaus masak Sambal Tomato. Seronok sangatlah Firdaus apabila sambal tomatonya menjadi. Amie ubah sedikit cara masakannya berbanding masakan sambal tomato sebelum ini di sini:
- Sambal Tomato Sedap
- Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
- Sambal Tomato Versi Udang Kering
- Sambal Tomato Versi PKPB
- Sambal Tomato Amie's Little Kitchen
- Sambal Tomato
- Sambal Tomato
| Sambal Tomato Air Tangan Firdaus |
| Bahan-bahan untuk Sambal Tomato |
| Cili Padi |
Biasanya Amie kisar semua bahan untuk sambal tomato, tetapi kali ini Amie hanya kisar cili padi sahaja. Untuk haluskan udang kering, Firdaus gunakan chopper. Bawang merah dan bawang putih dihiris kasar, begitu juga dengan tomato. Potong-potong sahaja.
Resipi Sambal Tomato Air Tangan Firdaus
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 200 gram cili padi - kisar
- 150 gram udang kering - tumbuk / kisar kasar
- 700 gram tomato - potong / hiris
- 10 biji bawang merah besar - hiris kasar
- 1 labu bawang putih - hiris kasar
- 3/4 cawan minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng bawang merah serta bawang putih hingga layu.
- Masukkan udang kering, goreng hingga terbit aroma.
- Masukkan hirisan tomato. Masak lagi sehingga layu.
- Kemudian masukkan cili padi kisar, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Setelah sambal mendidih dan bawang serta tomato mulai hancur, perlahan api dapur.
- Jika tidak cukup rasa masam dari tomato bolehlah masukkan asam keping atau pes asam jawa.
- Setelah terbit minyak, padamkan api dapur
Sambal Tomato Air Tangan Firdaus ini memang sedap walaupun agak pedas sedikit. Keenakan sambal ini disebabkan penggunaan bawang merah yang banyak dan digoreng terlebih dahulu menimbulkan rasa manis semula jadi. Ditambah pula hirisan tomato memang menjadikan rasanya cukup sempurna. Penggunaan tomato yang dihiris dan hancur dimasak bersama sambal memang memberikan kelainan rasa berbanding tomato yang dikisar.
Penambah keenakan sambal sudah tentulah dengan adanya udang kering. Dalam resipi sambal tomato yang Amie kongsikan link di atas, banyak versinya termasuk gunakan ikan bilis dan juga belacan. Ikut sukalah mana yang digemari.
Sambil melihat-lihat Firdaus masak sambal tomato, Amie masak nasi. Hari ini kami makan nasi beras bario. Firdaus tolong buang kulit udang. Dapatlah dibuat perencah peria. Amie masak lemak ketam dan panggang ikan layar.
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
Pukul 4:30 petang siaplah kami dua beranak masak di dapur. Bukan main seronok Firdaus dapat makan Sambal Tomato! Tak habis-habis memuji sedap. Habis sepotong ikan layar panggang Firdaus makan dengan sambal.
| Bismillah |
1 comments
Nampak sambal tu nak cuba buat la.....mesti berselera makan dengan nasi tu.
BalasPadam