Cari Apa di Pasar Tani?
6:11 PTGOleh kerana tidak jadi masak, kita ceritalah sahaja apa yang dicari di Pasar Tani LD pagi tadi. Selain membeli sarapan, kami beli buah-buahan. Kami tidak beli sayuran hijau sebab masih ada stok dalam peti sejuk.
Mata terpandang petai! Harganya pun jauh lebih murah dari biasa. Sekilogram RM30.00. Alhamdulillah, sampai di rumah apabila dikopek, tidak ada orang di dalamnya. Selain petai, beli juga jantung pisang dan juga cili hijau. Itulah antara 'sayur' yang kami beli. Beli juga telur masin.
Paling tak sabar tentulah hendak makan petai!
| Petai, jantung pisang & cili hijau. |
| Beli buah-buahan tempatan. |
| Belimbing |
| Jambu Air Madu |
| Jambu Bol |
| Betik |
| Salak Madu |
| Manggis |
Esoklah kita masak asam pedas ikan.... ahaks!
0 comments