Belanja Kawan-Kawan Penoreh Tanpa Sengaja: Rupanya Birthday Minggu Depan
8:12 PGBismillahirrahmanirrahim.
Dua minggu lepas, Amie buat pesanan bihun sup melalui rakan penoreh. Jirannya memang jual bihun sup, jadi senanglah dia beruurusan. Amie kata nak belanja kawan-kawan pada hari Khamis sempena ulang tahun Amie. Lepas itu Amie terfikir, biasanya kalau hari Khamis ramai penoreh getah yang puasa sunat. Kita anjaklah ke hari Jumaat.
Jadi, pagi ini terbitlah aroma segar dari kuah sup. Ada dua bakul bihun sup dan dua buah termos berisi kuah supnya. Agihan diberikan kepada semua warga kerja ladang termasuk orang pejabat, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.
| Bihun Sup |
| Bihun Sup |
Bolehlah kawan-kawan sarapan seadanya.
| Kuih Sup |
Rupanya Amie salah hari! Hari Khamis (dianjak ke Jumaat) yang Amie sebut-sebut sebagai hari ulang tahun itu bukannya untuk tahun ini, tahun 2025 tetapi hari Amie akan bersara beberapa tahun lagi! Allahu Akbar!
Inilah kalau hari-hari zikir mengira tarikh dan hari pencen, kalau dah pencen, nak balik kampung, nak tanam pokok-pokok keliling rumah, nak cabut rumput dan siram pokok setiap pagi supaya boleh keluarkan peluh!
4 comments
Tarikh bersara dengan tarikh ulang tahun sama kan Amie?
BalasPadamSemoga yang baik² untuk Amie. Sihat² selalu.
Ya, sama. Saya tersilap hari.
PadamBagus dah pack siap² macam ni, masing² dapat satu portion. Semoga Kak Amie baik² sahaja sehingga tiba waktu bersara nanti.
BalasPadammenarik nya mihun sup sana kak, siap ada telur rebus... dah macam lodeh pulak. Uik camne boleh salah tarikh ni kak... punyala tak sabar nak bersara ya
BalasPadam