Kisah Kapal Tentera Laut Indonesia Dibawa Gelombang Tsunami Hingga ke Tengah Kampung!

8:52 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari Desa Lampulo, Pak Arman terus membawa kami melawat Monumen PLTD Apung 1. Kapal ini pada asalnya berada di pelabuhan  Ulee Lheue. Semasa gelombang tsunami melanda pada 26 Disember 2004, kapal ini tertolak dari laut masuk ke daratan sejauh lebih kurang  3 kilometer dan terdampar  di tengah Kampung Punge Blang Cut di Banda Aceh.

Gambar kapal besi seberat 2,600 tan diambil dari dalam muzium di dalam PTLD Apung 1.



Monumen ini mengingatkan manusia bahawa alam jauh lebih kuat daripada segala perancangan manusia dan hidup kita boleh berubah dalam beberapa saat. Sewaktu bencana melanda semua manusia perlu  bersatu tanpa sempadan bangsa, agama atau negara. Semoga generasi masa hadapan dapat belajar betapa perlunya bersiap sedia menghadapi sebarang bencana dan malapetaka.

Sesungguhnya monumen ini bukan dibina untuk trauma tetapi untuk kesedaran.





Gambar sebahagian ( hadapan) kapal PTLD Apung 1.

Mungkin ramai tidak percaya ada sebuah kapal laut seberat 2,600 tan boleh berada di tengah kampung, jauh dari pantai dan jauh dari ombak. Tetapi di Banda Aceh, hal ini adalah benar. Kapal PTLD Apung 1 ini pernah terapung di lautan luas, sebelum tsunami 26 Disember 2004 menolaknya sejauh hampir 3 kilometer ke daratan. Hari ini kapal ini kekal berdiri sebagai monumen sejarah dan bukti fizikal kekuatan tsunami, serta tanda ingatan untuk manusia supaya tidak lupa bahawa hidup boleh berubah hanya dalam beberapa saat. Kapal ini bukan replika tetapi kapal sebenar.

Gambar sebahagian lagi (belakang) kapal PTLD Apung 1.


Para pengunjung boleh naik ke bahagian atas kapal dengan menaiki tangga. Untuk lawatan masuk ke monumen ini, pengunjung perlu membeli tiket. Tak sempat pula melihat berapa  harga tiket ke sini sebab semuanya diuruskan oleh Pak Arman.


PTLD Apung 1 ialah kapal milik Tentera Laut Indonesia (TNI AL) yang berfungsi sebagai kapal pembangkit elektrik. PTLD bermaksud Pangkalan Tentara Laut Diraja Indonesia. Kapal ini membawa generator besar sebagai sokongan elektrik untuk operasi pelabuhan dan kawasan pesisir di Banda Aceh.

Sebelum tsunami berlaku, kapal ini berlabuh di perairan Ulee Lheue. Ia menjalankan tugas logistik seperti biasa dan merupakan kapal laut sebenar yang direka untuk berada di atas air.

Namun segalanya berubah pada pagi 26 Disember 2004. Gempa besar 9.1 magnitud yang berlaku di dasar laut mencetuskan gelombang tsunami dahsyat yang menolak kapal ini dari laut, merempuh kampung, merobohkan rumah-rumah dan akhirnya berhenti di tengah kawasan penduduk di Punge Blang Cut. Ia benar-benar dihanyutkan gelombang besar sejauh hampir 3 kilometer ke daratan.





Pemandangan dari atas kapal PTLD Apung 1 - Masjid Baiturrahim Ule Lheue dan suasana sekitar.




Setelah lebih 20 tahun dimusnahkan gelombang tsunami, kini kawasan ini sudah pulih dan terbina kembali.










Keadaan PTLD Apung 1 di bahagian luar sebelum kami masuk ke muzium kecil di bahagian dalam

Pintu masuk ke muzium kecil.



Di sini kami cuba memahami sejarah dan kronologi tsunami 2004.


Kapal PTLD Apung 1 memiliki kepanjangan lebih kurang 63 meter, lebar 19 meter, tinggi 9 meter dan berat 2,600 tan. Kapal ini membawa sistem penjana kuasa (generator besar) dan tugasnya ialah menghasilkan tenaga elektrik untuk dibekalkan ke kawasan daratan, pelabuhan dan operasi tentera laut.

Struktur kapal ini diperbuat daripada besi marin tebal yang sangat kukuh dan masih kekal bentuk asal walaupun mengalami hempasan dan hentaman tsunami berkali-kali. Hari ini, dek kapal ini telah diubah suai sebagai laluan pelawat, dipasang pagar keselamatan, signboard sejarah dan panel penceritaan. Dari atas dek, kita boleh nampak rooftops kampung dan bandar Banda Aceh iaitu suatu pemandangan  yang tidak logik untuk sebuah kapal laut.





PTLD Apung 1 menjadi bukti fizikal bahawa tsunami Aceh bukan ombak biasa. Kapal besi seberat ribuan tan tidak boleh dipindah oleh tenaga manusia atau mesin berat biasa. Tetapi tsunami mampu melakukannya dalam masa yang singkat. Ini adalah kapal sebenar yang Allah biarkan sebagai bukti sejarah kepada manusia.


Gambar di atas (sebelum) dan gambar bawah (selepas) tsunami.




Monumen PTLD Apung 1 terletak di Kampung Punge Blang Cut, Banda Aceh. Kawasan ini kini menjadi salah satu tapak lawatan tsunami paling terkenal selain Museum Tsunami Aceh, Boat di Atas Rumah Lampulo dan Makam Massal Siron.

Pelawat boleh naik ke atas dek kapal dan melihat sendiri skala sebenar bencana ini daripada perspektif yang tidak boleh dibayangkan melalui gambar sahaja.



PTLD Apung 1 bukan sekadar destinasi pelancongan tsunami. Ia adalah saksi bisu sebuah tragedi besar yang meragut ratusan ribu nyawa dalam sekelip mata. Kapal ini berdiri sebagai peringatan dunia bahawa betapa kecilnya manusia di hadapan kekuatan alam, dan betapa berharganya masa, keluarga, hari ini, dan kehidupan.




Ketika ini hujan turun renyai-renyai!

1 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe