Nasi Lemak Kuah Kari

11:44 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri Nasi Lemak Kuah Kari ini merupakan cerita cari makan pada hari Khamis. 
Kelmarin, selepas semua selesai menunaikan solat Jumaat, keluarga Encik Suami beramai-ramai konvoi dari Lahad Datu ke Kunak untuk menziarahi sepupu mereka yang kehilangan isteri untuk selama-lamanya. Amie pun ikut serta.

Kami sampai semula ke LD menjelang pukul 8:30 malam. Rupanya banjir melanda taman perumahan kami! Encik Suami sangat terkejut kerana sebuah tayar kereta yang dibuka dan terletak di sebelah kereta tadi, beralih tempat sampai ke pintu pagar. Kasut-kasut pun pandai berjalan, dan ada yang hilang keluar ikut longkang kecil. Pagi tadi barulah selesai bersihkan kekotoran dan lumpur di sekitar rumah.

Hari ini kami ada dua jemputan kahwin. Sebelum itu Amie pesan Encik Suami, perhatikan betul-betul kalau ada pesanan atau makluman di bawah kad jemputan. Maklumlah, sudah rasa cukup malu apabila kami terlepas pandang ketika menghadiri majlis kahwin suatu ketika dahulu. Rupanya kami tidak perasan ada pesanan supaya daftar kehadiran melalui QR Code. Apabila kami sampai ke dewan, seperti biasa Encik Suami terus masuk tetapi dipanggil keluar semula oleh AJK yang bertugas di pintu. Encik Suami ditanya, sudah daftar kehadiran atau belum. Kalau belum daftar online, tidak boleh masuk. Di situ ada beberapa orang AJK menyemak nama para tetamu yang hadir di kertas yang mereka pegang.

Amie dan Fairuz berpandangan, dan kami cepat-cepat beritahu Encik Suami supaya tinggalkan majlis. Amie dan Fairuz faham situasi tersebut, tetapi Encik Suami lambat tangkap maksud itu! Jadi Amie dan Fairuz segera kembali ke kereta sementara Encik Suami dan Firdaus berada di pintu dewan 'disoal siasat AJK' majlis.

Tidak lama kemudian Encik Suami dan Firdaus menyusul ke tempat letak kereta. Amie cuba rasionalkan situasi tersebut kepada Encik Suami, bahawa tujuan daftar kehadiran tetamu mungkin untuk tujuan tempat duduk dan tempahan makanan. Tarikh akhir daftar ialah dua hari sebelum majlis. Encik Suami merungut juga. Katanya, majlis jemputan dari keluarga sendiri pun berprotokol kalah-kalah majlis menteri.

Jadi, pulanglah kami ke rumah setelah berpakaian cantik untuk menghadiri majlis kahwin. Sampai hari ini masih tidak dapat lupakan kata-kata Encik Suami : Besarnya kemaluan kita.... ahaks!

Cerita makan tengah hari pada hari Khamis. Firdaus hendak makan di Happy Spoon Cafe. Sudah itu tempat kegemarannya, ikutkan sajalah. Kami memesan:


Encik Suami - Nasi Lemak Kuah Kari


Lauk nasi lemak memang sudah lama dipelbagaikan. Kadang-kadang ada yang tak terfikir oleh kita. Di Happy Spoon Cafe, nasi lemak dihidangkan dengan pelbagai aksesori dengan harga RM18.00.


Nasi Lemak Kuah Kari yang penuh aksesori.

Nasi Lemak Kuah Kari didatangkan dengan seketul ayam goreng, kuah kari dituang di atas nasi lemak, ada serondeng ikan, sambal tumis, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Sama seperti nasi lemak yang pernah kami makan di Sandakan, ada acar timun.


Inilah gaya gorengan ayam di Happy Spoon Cafe. Rangup di luar, lembut di dalam.

Firdaus - Nasi Ayam Buttermilk

Anak-anak memang suka makanan yang lemak berkrim!




Laksa Asam Happy Spoon Cafe agak berbeza daripada laksa asam yang biasa kita makan. Kuahnya sama dengan kuah laksa biasa tetapi aksesorinya agak berbeza. Ada hirisan daging ayam, hirisan kobis, bawang goreng dan daun sup. Tiada hirisan bawang besar.


Seperti biasa, kalau hidangan berkuah begini memang kuahnya dahulu yang Amie hirup, dan tinggallah laksanya di tengah-tengah. Mungkin laksanya banyak sangat, itu yang tak habis makan.

Cendol kongsi bertiga.

Keropok Lekor

6 comments

  1. kesiannya datang nak meraikan pengantin,sekali tak boleh masuk..kenduri pun dah level digital sekarang ni ye kak,kena alert juga la lepas ni risau dapat malu nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap kami jugalah. Ingatkan style kampung-kampung. Sebenarnya bukan kami saja, ramai lagi tetamu yang senasib kami....ahaks!

      Padam
  2. Biasanya kalau kena RSVP ni mesti mereka hanya tempah makanan makanan mengikut jumlah kehadiran je. Kesian la kalau datang dari jauh tapi tak boleh masuk dewan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya perasaan malu tu yang tak boleh lupa hihihi.

      Padam
  3. Zaman sekarang memang ada RSVP tu, tapi takde lah pula AJK majlis buat spot check nama...lepas nie,memang kena beringat lah..
    Rumah kak Amie banjir? Hujan kah? Dalam rumah terjejas sekali? Banyak betul soalan nya..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebenarnya yang byang malu teramat sangat sebab ada spot check.
      Ya, kelmarin hujan kami tiada di rumah.
      Sebenarnya setiap pintu maduk rumah kami ada tembok, jadi air hujan tak dapat masuk. Cuma bahagian luar rumah, dinding, pasu bunga, pagar, dan kerusi meja di luar yang penuh lumpur.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe